Ditemukan : 1433 Record
cerkas
cergas
cerkau → cekau
cerlak
cerlang I
cahaya terang; ~ cemerlang bercahaya terang;
mencerlang bercahaya, berkilau;
kecerlangan ki keelokan, keindahan
cerlang II
Kl; ~-cerlak (-cerlok) berlat-lat (berselang-selang)
cerlih
sj tupai yg kecil, Callosciurus spp
cerling I †; mencerling
mengerling
cerling II
sj burung, burung perling, cemperling, Aplonis strigatus
cerlok → cerlang II
cerlung; mencerlung
memandang dgn mata yg terbeliak, menatap dgn tajam
cermai
1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya kecil-kecil dan masam), cermela, Cicca acida; 2. = ~ belanda sj tumbuhan (pokok kecil), Eugenia michelii; 3. = ~ burung a) sj tumbuhan (pokok), Leptonychia heteroclita (glabra); b) sj tumbuhan (herba), Indigofera hirsuta
cermak
tulah, kerama
cermat
1. dgn penuh periksa (perhatian), saksama, teliti: kabinet telah bersidang beberapa kali dan mengkaji dgn ~ sebelum mengambil keputusan itu; 2. hati-hati dlm berbelanja, hemat, jimat, tidak boros: kalau tidak ~, takkanlah dia boleh jadi kaya;
bercermat berhati-hati, berteliti: kami berbual-bual dan masing-masing ~ menjaga adab supaya tidak berlaku langgar bahasa;
mencermati mengecamkan, memerhatikan dgn sungguh-sungguh;
mencermatkan 1. melakukan sesuatu dgn cermat (teliti, hati-hati); 2. menghematkan, menjimatkan: ia memberitahu saya bagaimana ~ wang belanja;
kecermatan 1. perihal bercermat, ketelitian; 2. perihal berhati-hati (beringat-ingat, berjimat), kehematan, kejimatan: kehidupan mereka tergantung sangat-sangat pd ~ mereka menggunakan air
cermela
cermai; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok renek), Phyllanthus gomphocarpus; b) sj tumbuhan (pokok renek), asin-asin, cekur (cekuk) manis, Sauropus androgynus
cermi
sj cacing dlm usus (perut), cacing kermi
cermin I
1. = ~ muka kaca (biasanya dicat dgn raksa dll di bahagian belakangnya) utk melihat rupa muka sendiri, kaca muka: ia menggantungkan ~ itu di dlm bilik tidur; 2. kaca, gelas: ia menjengah-jengahkan mukanya ke tempat lauk-pauk yg dilingkungi ~ tebal; 3. ki = ~ perbandingan sesuatu yg dijadikan contoh (pelajaran, teladan) utk diikuti dll: tingkah laku seseorang guru itu menjadi ~ bagi murid-murid; 4. ki sesuatu yg menggambarkan (membayangkan) keadaan lahir atau batin (spt perasaan, fikiran, dll): sastera ialah ~ masyarakat tempat ia diciptakan
~ bantal cermin kecil pd bantal seraga; ~ cekung cermin yg melengkung ke dlm; ~ cembung cermin yg melengkung ke luar spt bahagian luar bola; ~ mata kaca mata; ~ melengkung cermin yg cekung (cembung); ~ pembesar kanta yg digunakan utk melihat sesuatu dgn lebih besar; ~ penghidupan sesuatu yg boleh menjadi contoh (teladan, pelajaran) utk hidup; ~ sisi cermin yg dipasangkan pd sisi kanan atau pd kedua-dua sisi kenderaan (utk membolehkan pemandunya melihat kenderaan yg datang dr belakang); ~ telinga Id alat utk melihat dlm telinga; ~ terus sl cermin yg digunakan oleh tukang tilik (jurutenung) utk mengetahui atau meramalkan sesuatu; ~ wasiat cermin yg sakti atau hikmat; buruk muka ~ dibelah prb kerana kesalahan sendiri, orang lain yg dipersalahkan;
bercermin 1. melihat muka sendiri dlm cermin (air jernih dll): ia memakai pakaian sambil ~; 2. memakai cermin, ada cerminnya, berkaca: almari pakaian biasanya ~; ~ mata memakai cermin mata; 3. ki mengambil teladan (contoh, pelajaran): kenapa kita mesti ~ kpd orang jahat; 4. ki meneliti, memeriksa; ~ bangkai mendapat (menanggung) malu; jangan ~ di air keruh prb jangan diturut teladan yg buruk;
mencermini melihat pd cermin (supaya dapat melihat muka sendiri dll): bukan dicermini mukanya dahulu;
mencerminkan membayangkan sesuatu yg lahir atau batin (spt sesuatu keadaan, pergolakan, perasaan, sikap, dll), menggambarkan: akhbar tersebut ~ dasar luar Filipina; muzik dapat ~ perasaan sedih, gembira, dll;
mempe(r)cermin 1. menggunakan sesuatu sbg cermin; 2. = mempercerminkan selalu melihat (menyaksikan): hatinya telah kian renggang drpd nafsu kpd wang berbilang, kpd pangkat kehormatan yg selalu dipercerminkan drpd Tuan Direktornya;
tercermin tergambar, terbayang: drpd ciptaan seninya yg bersungguh-sungguh itu, ~lah seluruh pergolakan jiwanya;
cerminan gambaran, bayangan: ketiga-tiga watak ini memang dimaksudkan sbg ~ setengah-setengah manusia;
pencerminan perihal mencerminkan: begitu juga karyanya lebih mementingkan unsur ~ sosial
cermin II
~ batu sj tumbuhan (herba), Pentasacme caudatum
cermin III
1. sj ikan laut, caping, sagai, Caranx carangus; 2. sj ikan laut, betek, rambai, Caranx armatus; 3. sj ikan laut, ebek, rambai landih, sagai, Caranx gallus (Alectis indica)
cerminan
gambaran, bayangan: ketiga-tiga watak ini memang dimaksudkan sbg ~ setengah-setengah manusia;
cerna
† 1. hancur jadi sebati (bercampur, satu); 2. (bkn makanan dlm perut), hadam, hancur jadi cair, larut;
mencerna 1. menjadi hancur (luluh); 2. memikirkan, memahami: Ramli terpegun ~ buah tutur yg dipungutnya sepotong demi sepotong dgn bersusah payah;
mencernakan 1. menghadamkan, menghancurkan (makanan hingga jadi larut atau cair utk diserapkan ke dlm darah): kerja ~ makanan itu tamat di dlm usus kecil; 2. memasukkan atau menyerapkan (ke dlm fikiran, jiwa, hati, dll);
tercerna 1. sudah dicernakan (dihadamkan, diserapkan, dsb), terhadam; 2. terserap: dgn demikian, adat kebiasaan ~ dlm bentuk tulisan;
pencernaan proses mencernakan (makanan dlm perut), penghadaman: soal ~ makanan dapat diatasi dgn pertolongan ubat
|