Ditemukan : 1433 Record
cura II
Mn; bercura; ~-bura = bercura-cura mengeluarkan kata-kata keji
cura I
kelakar, seloroh, olok-olok; berbuat ~ berkelakar, bermain-main, berseloroh: kalau tuan buat ~, harus tuan tidak dapat balik ke negeri;
bercura; tidak ~ tidak main-main, dgn sungguh-sungguh, melakukan (menganggap) sesuatu dgn betul-betul (benar-benar)
cur
bunyi spt bunyi menggoreng pisang (air turun dr pancuran dll)
cupul
1. tidak cukup panjang, pendek sedikit, singkat; 2. longgar (ikatannya, belitannya)
cupu II
sj tumbuhan (pokok), cerapu, mencupu, Garcinia prainiana
cupu I, cupu-cupu
1.cepu, kotak; 2. lubang lesung, lubang tempat kaki tiang dipasang
cuplikan
kutipan, petikan
cuplik
Jw; mencuplik mengutip (karangan dll), memetik;
cuplikan kutipan, petikan
cero
Kl, Tr cair: kenapa teh ni ~?
ceroboh I
1. tidak senonoh atau tidak sopan (bkn kelakuan, perbuatan, dsb), melanggar tatasusila, biadab: berlaku ~ terhadap anak gadis orang; 2. keji, hina;
menceroboh 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dsb): engkau berani ~ memegang tangan anakku!; dialah orangnya yg selalu ~ masuk ke bilik gadis atau isteri orang; 2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenaran (dgn tujuan utk mengganggu, mencabuli, melanggari, dsb): pengganas komunis telah ~ masuk ke kawasan sempadan Malaysia-Thai;
mencerobohi 1. melakukan perbuatan ceroboh (curang, tidak senonoh, dll) terhadap (seseorang), berlaku biadab terhadap perempuan utk mencemarkan kehormatannya dsb, mencabuli: jadi kau yg masuk ke bilik Aida dan cuba hendak ~nya tadi? 2. memasuki kawasan orang atau wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenaran (dgn tujuan hendak mengganggu, menyerang, mendudukinya, dsb): bangsa yg berniat jahat sahaja yg ~ negeri orang; mempertahankan tanah air drpd dicerobohi tentera asing;
ceroboh-mencerobohi saling mencerobohi: satu tempoh kestabilan dan tidak ~ selama 40 tahun;
kecerobohan perihal ceroboh, kecabulan, kebiadaban, ketidaksopanan (kelakuan, tindakan);
pencerobohan perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh(i), pencabulan: kita mesti mempertahankan diri drpd ~ musuh; kita sering terdengar rungutan nelayan kita tentang ~ nelayan asing ke kawasan perairan negara ini;
penceroboh orang (negara dll) yg menceroboh(i)
ceroboh II
Jk 1. tidak hati-hati, tidak ingat-ingat, tidak cermat (teliti); 2. gabas, kasar, tidak rapi atau kemas (perbuatan)
ceroboh-mencerobohi
saling mencerobohi: satu tempoh kestabilan dan tidak ~ selama 40 tahun;
cerobong I
paip (pembuluh) tempat keluar asap (pd kapal, kereta api, kilang, dll), serombong; terobong
cerobong II
sj tudung kepala (topi)
cerocok
1. sj alat, kerocok, orok-orok; 2. Mn paip, pembuluh, serombong, cerat
ceroi
Kd cair (masakan yg berkuah)
ceroma
sj tumbuhan (herba), akar lubang, akar ulam tikus, Mikania scandens
cerompong
muncung meriam (senapang), ceropong
ceronggok; berceronggok
duduk berkumpul ramai-ramai: mereka itu duduk ~ dgn hati yg amat masyghul
cerongkah
~-cerongkeh tidak teratur, congkah-cangkih
|