Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 4.088
Hari ini : 51.119
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 49 50 51 52 53 >  Last ›
donia (Portugis)
isteri orang besar-besar, mem: maka permaisuri pun bercakap-cakap dgn segala para puteri dan ~ sekalian. 
donor I
IB penderma darah
donor II

Tr, Kl; berdonor bergelimang, bergelumang, lecak

dop
IB; ~ roda Id penutup roda
dopis

Id, bp ubat bedil atau penggalak (senapang)

dor I
bunyi spt bunyi senapang
dor II
† daur
dorang
Jw ikan bawal
dorman (Bio)

bkn jangka masa ketika aktiviti biologi haiwan atau tumbuhan berkurang

dorna Jk orang yg suka membuat orang bertelingkah dll, penghasut, pengacum;

mendornai membuat orang bertelingkah dll, menghasut, mengacum, mengadu domba

doro Mn; berdoro
meluncur (turun)
dorong; mendorong

1. menyorong (ke depan), menolak (dr belakang ke depan), tampil (ke depan): kereta yg kehabisan minyak itu telah didorong ke tepi jalan; 2. ki memberangsangkan, mempengaruhi, menyebabkan (jadi sesuatu): tidak pernah saya ketemui orang yg sanggup menolong dan ~ saya melanjutkan pelajaran saya spt Pak Man itu; keinginan hendak mengembara ke negeri orang telah ~ saya utk bekerja di kapal; apa yg diutarakan mereka dlm mesyuarat itu adalah didorong oleh sentimen yg meruap-ruap di dada mereka; keengganan King Philip membenarkan mereka berniaga telah ~ orang-orang Belanda mencari jalan ke tempat-tempat yg banyak mengeluarkan rempah di Timur Jauh;

mendorongkan menyorongkan (ke depan), menolakkan, menampilkan (ke muka): dia ~ lagi badannya di celah-celah orang ramai itu ke pintu stadium;

terdorong 1. terlangsung (ke depan), tersorong (tertolak) ke depan: Panglima Hitam telah ~ lalu jatuh; 2. ki terlanjur (melakukan sesuatu yg tidak baik), terlajak: sesudah ~, baru timbul rasa sesal pd dirinya; ~ lidah (mulut, kata) ki terlepas (terlajak) cakap; 3. terpaksa (terpengaruh, tertarik) utk melakukan sesuatu, diberangsangkan, dipengaruhi, didorong: tiba-tiba sahaja perasaannya begitu ~ utk mencurahkan segala isi hatinya;

~ kaki badan merasa, ~ lidah emas padahannya prb kata mesti dikotakan, janji mesti ditepati, berbuat sesuatu mesti berani menanggungnya;

dorongan 1. sorongan, tolakan, asakan; 2. ki galakan, anjuran, desakan, perangsang: masyarakat kita sekarang telah berpecah-belah kerana mengikut pendapat dan ~ penganjur-penganjur yg bertentangan faham; dia berjaya kerana ~ yg kuat drpd ayahnya sendiri;

keterdorongan keadaan (perihal) terdorong: ~ orang utk berkelakuan berlebih-lebihan apabila menghadapi provokasi;

pendorongan perihal atau perbuatan mendorong;

pendorong 1. (benda) yg mendorong (menyorong, menganjur, dll), penyorong, penolak; 2. ki sesuatu atau orang yg mendorong, penggalak, pemberangsang: tidak ada ~ yg kuat utk orang bukan Melayu supaya bersungguh-sungguh mempelajari Bahasa Kebangsaan.

dorongarah (Bio)
gerakan bahagian-bahagian pokok (spt akar, daun dll) yg disebabkan oleh cahaya matahari, tarikan bumi, atau air
dos I

IB 1. kotak drpd kertas tebal; 2. kertas tebal, kadbod, kardus

DOS
akronim bagi disk operating system (sistem pengendalian cakera)
dosa

1. perbuatan melanggar hukum Tuhan atau agama: segala halal haram, ~ pahala telah pun diketahuinya benar-benar; lebih baik mati dgn tidak berpahala drpd hidup bergelumang ~; 2. perbuatan atau kelakuan yg bertentangan dgn prinsip-prinsip moral: perbuatannya itu adalah satu ~ yg besar terhadap keluarga mereka; menebus ~ berikhtiar supaya dosa dapat diampunkan;

~ kering dosa (kesalahan) yg sengaja dilakukan walaupun diketahui hukumannya dr segi agama;

berdosa 1. melakukan dosa: orang yg ~ akan menerima balasannya; 2. bersalah kerana menentang orang tua (hukum adat, negara, dsb): lain orang yg ~ lain pula yg dituduh;

pendosa orang yg berdosa: sesungguhnya seorang ~, secara semantik dikenal sbg orang yg fasiq.

dosej (doséj)
1. amaun dos ubat; 2. pemberian dos
dosen (dosén)
IB guru di perguruan tinggi  
dosimeter (dosiméter)
alat utk mengukur dos sinar (spt sinar-x)
dosir I IB †; mendosir
mengajar di perguruan tinggi
dosir II
IB fail surat-surat bkn sesuatu perkara
‹ First  < 49 50 51 52 53 >  Last ›