Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 3.952
Hari ini : 52.509
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 47 48 49 50 51 >  Last ›
dolok I
(Batak) † gunung
dolok II
Id, bp batang kayu yg belum dibelah
dolomit (Kim)

sj mineral karbonat yg merupakan sumber penting magnesium

domah; pendomah;
raja ~ = raja penomah sl hadiah (pemberian, ganjaran) yg dibawa oleh utusan
domain → mandala
domba

kambing kibas; ~ Allah Id Jesus Christ (Roman Katolik);

mengadu domba; adu domba  

domestik (doméstik)
1. bkn hal (urusan dll) dlm negeri: para penulis harus menulis tentang masalah ~ di sekitar mereka; 2. bkn kegiatan rumah tangga: tugas ~ termasuk dlm dunia keluarga yg tidak sepatutnya dijalankan oleh agensi lain.
dominan
1. berkuasa atau berpengaruh, mendapat tempat atau kedudukan yg (berkuasa, berpengaruh, dsb): kita sering terjumpa cerita yg mengisahkan bagaimana suatu kaum yg lebih ~ itu mempergunakan kaum lain sbg `buffer` dlm suatu pertembungan; terdapat juga akhbar dwibahasa Inggeris/Melayu, bagaimanapun halaman bahasa Inggeris lebih ~; 2. (Bio) bkn sifat yg lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk (ibu bapa bagi manusia): warna perang pd rambutnya merupakan sifat ~ yg diwarisi drpd ibunya; 3. (Bio) bkn banyaknya spesies tertentu dlm sesuatu kawasan
dominasi; mendominasi
menguasai, mengenakan atau menimpakan kekuasaan terhadap: mari kita tinjau bagaimana golongan yg bertanah dan berharta di desa ~ majoriti petani yg miskin.
domine (dominé)
IB pendeta Protestan.
dominggo (Portugis)
† minggu
dominion
negara yg berkerajaan sendiri dlm Komanwel selain United Kingdom: ~ Kanada; ~ New Zealand
domino
1. bongkah leper, berbentuk segi empat bujur yg permukaannya ditandakan dgn titik-titik dr 1 hingga 6 spt pd permukaan dadu; 2. sj permainan yg menggunakan 28 domino
domisil

tempat menetap atau kediaman seseorang (terutamanya yg rasmi);

berdomisil bermastautin: pd zaman kemerdekaan, ibu bapanya ~ di Singapura.

domol

1. muncung (anjing, babi, dll); 2. ki muka: sudah sebulan Cikgu Mat tidak menunjukkan ~nya ke mari;

berdomol bermuncung (bkn anjing, babi, dll): dia meraba mukanya, masih ~ spt babinya, diraba kepalanya, masih bertanduk spt kambing.

dompak; berdompak

lompat-melompati serta tendang-menendang (sewaktu berkelahi, berjuang, dsb);

mendompak berdiri atau melonjak-lonjak di atas kaki belakang dgn kaki depan diacu-acukan (bkn kuda), mendongkak: seekor kuda ~ sambil meringkik-ringkik.

dompet (dompét)

bekas duit drpd kulit (plastik dll): ia membuka ~nya kemudian menghulurkan wang upah kpd kuli itu; ~nya kempis bp sudah tidak berwang lagi

domplangan
Jk jongkang-jongket atau yongyat (permainan kanak-kanak)
don
Kd (buat) acuh tak acuh
donasi
IB derma (sumbangan) berupa wang kpd persatuan (pertubuhan dll); anggota ~ para penderma
‹ First  < 47 48 49 50 51 >  Last ›