Ditemukan : 1199 Record
donat
= kuih ~ sj kuih berbentuk gelang yg dibuat drpd tepung gandum, yis, dll yg digoreng dan disalut dgn gula halus, kuih keria cara barat
donatir
IB bp orang yg menderma, penderma
doncang; mendoncang
Mn melompat
dondang = dondangan
† buaian atau enjutan (tempat menidurkan anak); kain ~ (dondangan) kain buaian;
mendondang, mendondangkan membuai-buaikan (mengenjut-enjutkan) anak dlm buaian
dondang sayang
sj nyanyian (lagu) Melayu yg dinyanyikan oleh dua orang penyanyi dgn berbalas-balas pantun mengikut irama muzik yg tertentu (utk bersuka-suka);
berdondang sayang 1. bernyanyi dondang sayang: leka membuang masa bersuka-suka ~ sayang; 2. ki membuat sesuatu dgn sesuka hati (kerana tidak ada orang yg ditakuti spt ibu bapa, guru, ketua, pengawas, dsb)
dondon
warna atau corak;
sedondon sama warna atau corak; pakaian ~ pakaian yg sama warna atau corak
dondong
nyanyian (lagu) utk menidurkan anak, dodoi, pengulit;
mendondong menyanyikan lagu utk menidurkan anak, mendodoikan, mengulitkan: sejak kecil, dia telah didondong dan dibuaikan oleh ibunya.
dong
Jk kata (pelembut, pemanis, dll) yg dipakai di akhir kalimat: jangan lekas marah ~.
dongah → dongak
dongak; mendongak, terdongak
1. terangkat sedikit ke atas (bkn kepala, muka, dll), tercongak: kapal yg kena bom itu ~ kian tegak dan akhirnya meluncur tenggelam; kepalanya ~ dan pandangannya terlekat ke siling; 2. memandang (menoleh, menengok) ke atas: ia pun ~ ke langit dan memejamkan matanya;
~ rupa kerbau jantan kemudian prb orang yg memperlihatkan keangkuhannya;
mendongakkan mengangkatkan muka (bahagian hadapan atau hujung sesuatu benda) ke atas, mencongakkan: Zaini yg tunduk ketika itu mencuba ~ kepalanya; dongah
dongan
Id † sahabat, kawan
dongeng (dongéng)
1. = cerita ~ cerita khayalan (yg diada-adakan kejadiannya): ~ Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang sangat-sangat digemari oleh kanak-kanak; ~ dewata dongeng mengenai dewa-dewa; ~ ibarat dongeng yg mengandungi ibarat; 2. ki sesuatu (spt berita, cakap-cakap, dll) yg tidak benar: apa yg diceritakannya itu hanyalah ~ semata-mata;
berdongeng ki bercakap tentang sesuatu yg tidak benar: saya bukan hendak ~ apabila menceritakan hal itu;
mendongeng 1. membuat (menyampaikan) cerita dongeng: ibu selalu ~ pd waktu kami hendak tidur; 2. ki bercerita atau meminta yg bukan-bukan: ibunya hari-hari ~, mengecek, dan memujuk dia supaya berkahwin;
mendongengkan ki menyampaikan (menceritakan) kisah yg bukan-bukan: bermacam-macam kisah yg didongengkannya apabila ia pulang dr luar negeri;
kedongengan unsur-unsur yg bkn kisah khayalan: kadar ~ lebih tinggi dlm filem tersebut;
dongengan cerita (yg karut, bohong, dll): kekayaan negeri itu nyatalah hanya ~ semata-mata.
dongkak Mn; mendongkak
melompat-lompat, mendompak
dongkel (dongkél)
Jw penyungkit, tuil, tuas;
mendongkel menyungkit, menuil, menuas
dongking
Pr kurus (badan)
dongkok; pendongkok
= ~ keris gelang-gelang antara hulu dan bilah keris, pemendak (dulang-dulang) keris
dongkol I
1. tidak bertanduk (berbalung dll), dogol; 2. bertanduk tetapi melengkung ke bawah (bkn lembu, kerbau, dsb)
dongkol II Jk; mendongkol
berdendam, sakit (bengkak) hati: ia sugul dan ~ menahan perasaan yg membakar dadanya;
kedongkolan perasaan mendongkol, kedendaman: di hatinya, bertimpa-timpa kemarahan dan ~.
dongkrak
pengumpil atau penyungkit utk menaikkan kereta dll, jek, bicu;
mendongkrak 1. mengumpil atau menyungkit dgn dongkrak; 2. bp ki mengangkat-angkat atau memuji-muji (orang); 3. bp membantu (menolong)
dongok
1. tidak seimbang (bkn bentuk badan), gemuk pendek; 2. tolol, bodoh, tongong, dungu
|