Ditemukan : 1199 Record
dram II
alat genderang yg terdiri drpd silinder berongga yg hujungnya diregang dgn kulit binatang dan dipukul dgn penukul, tangan, dll
drama
1. karya yg dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau TV, sandiwara: mereka akan mengadakan pementasan ~ bersempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia; seni ~ seni mengenai sandiwara (spt cara menyusun skrip, latar, hiasan pentas, dsb); 2. Id lakonan yg mengharukan (sedih); 3. ki situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora: suatu ~ tembak-menembak telah berlaku antara anggota polis dgn perompak-perompak itu;
~ bacaan drama yg lebih sesuai utk dibaca drpd dilakonkan; ~ komedi drama yg lucu; ~ muzikal drama dgn iringan muzik (nyanyian dan tarian); ~ pentas drama yg dilakonkan di atas pentas; ~ radio drama yg dilakonkan melalui corong radio yg memberi tekanan pd suara pelakonnya dan muzik atau bunyi latar utk menimbulkan kesan pd cerita; ~ rakyat drama yg mengisahkan cerita-cerita rakyat; ~ televisyen drama yg dilakonkan utk ditayangkan di kaca televisyen; ~ wira drama yg mengisahkan keperwiraan atau keberanian seseorang pahlawan;
berdrama 1. mengadakan pementasan drama (sandiwara), bersandiwara: mereka ~ utk mengutip derma bagi tabung persatuan; 2. ki bertutur atau bertingkah laku dgn agak berlebihan: apabila ramai orang di situ, mulailah dia ~;
mendramakan menjadikan drama, mempersembahkan dlm bentuk drama: boleh juga diadakan acara-acara spt ~ sebahagian drpd kandungan buku, mendeklamasikan puisi, mengadakan peraduan bercerita, dsb;
pendramaan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mendramakan
dramatari
drama dgn babak tarian (sbg suatu persembahan)
dramatik
1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb): dia menceritakan kisah ~ yg menimpa dirinya.
dramatis
1. penulis drama; 2. pelakon drama, dramawan
dramatisasi; mendramatisasikan
1. mengolah sesebuah tulisan (cerita, dll) menjadi bentuk drama; 2. mempersembahkan atau menggambarkan sesuatu secara dramatik: inilah yg sebenarnya telah ~ pemilihan teologi dlm Islam; 3. menonjolkan kepentingan (keseriusan) sesuatu peristiwa (keadaan, dll) secara yg agak keterlaluan
dramawan
Id pelakon drama, pelakon dlm sandiwara
drastik
keterlaluan, terlalu keras (bkn sesuatu tindakan dll)
drebar (drébar)
pemandu kenderaan: Pak Mat bekerja sbg ~ kereta tuan besar itu.
drel (drél)
tembakan serentak (senapang, meriam);
mendrel menembak (senapang, meriam) dgn serentak;
pendrelan penembakan serentak
dresar (drésar)
orang yg membantu doktor bedah semasa pembedahan
dril
Id sj kain hampir sama dgn linen dan dlm berbagai-bagai warna
drpd
kep daripada
Drs.
kep doktorandus (lelaki)
drumlin (Geo)
bukit yg berbentuk bujur dan panjang yg terbentuk drpd puin glasier
dsb
kep dan sebagainya
dst
kep dan seterusnya
Dt.
kep Datuk
dua
(jumlah) satu dicampur (ditambah) satu (2), bilangan di antara satu dgn tiga; ~ belas (jumlah) sepuluh dicampur dua (12); ~ puluh (jumlah) sepuluh didarabkan dgn dua (20); ~ ratus (jumlah) seratus didarabkan dgn dua (200); angka ~ † tanda pergandaan (kata berulang);
main ~ puluh satu sj permainan terup; ~ kalimah kalimah syahadat; ~ sejoli dua orang kekasih yg sangat rapat; ~ serangkai dua orang yg terlalu rapat (barang ke mana bersama-sama); ~ tahun ketiga lewat dua tahun tetapi belum genap tiga;
~ badan senyawa prb karib sekali; ~ kali ~ empat = ~ kali lima sepuluh = spt lima belas dgn tengah ~ puluh prb sama sahaja; antara ~ tengah tiga prb orang sakit yg hampir mati; dlm ~ tengah tiga prb tidak jujur, tidak boleh dipercayai, hati yg tidak tetap, bimbang;
dua-dua 1. = berdua-dua tiap-tiap kali dua (orang dll), dlm kelompok-kelompok dua: ia duduk di atas kerusi dikipas ~ orang; 2. = dua-duanya dua kesemuanya: ~(nya) sama sahaja;
berdua bersama-sama (dua orang), bersama dgn seorang lagi: Ismail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi; saya ~ dgn adik saya pergi memancing petang semalam;
~ hati ki tidak jujur, mencabangkan kasih; karam ~ basah seorang prb dua orang bersalah, hanya seorang yg dihukum;
berdua-dua → dua-dua;
berduaan, berdua-duaan berdua sahaja (tidak ada orang lain), cuma berdua: kerana berasa kurang sedap berada ~ dlm bilik dgn seorang gadis, maka dia pun keluar;
mendua 1. menjadi dua (bkn fikiran, perbuatan, dll): bunyi gendang itu hanya segelugut, tidak ~ dan tidak berulang-ulang lagi; dgn tidak ~ fikiran lagi Abdullah bersetuju hendak turun; ~ hati bimbang; ~ kali membuat dua kali, mengulangi perbuatan; 2. kencang berlari (kuda);
menduai menggenapkan jadi dua, menambah jadi dua: kalau engkau sungguh cinta terhadap perempuan itu tentu tidak engkau duai dgn yg lain;
~ isteri mengambil isteri kedua; ~ laki berkhianat kpd suami (isteri yg bermukah);
menduakan menjadikan dua, menganggap dua (Tuhan), menaruh dua (isteri, suami): pertimbangan antara akan ~ isterinya atau tetap beristeri satu sedang hebat berkecamuk dlm hatinya; ~ Allah menganggap (melakukan spt) ada yg berkuasa selain Allah;
menyeduai Mn mengurus ternak (sawah dll) orang dgn berbahagi keuntungan;
menyeduakan Mn menyuruh orang lain mengurus sesuatu (ternak, sawah, dll) dgn berbahagi keuntungan: ~ sawah;
perdua 1. = seperdua setengah, satu drpd dua; seperdua umur (baya) separuh umur; 2. perkongsian (tanaman dll);
berperdua berbahagi dua, berkongsi dua: Anuar menyerahkan seekor kerbau betina kpd Bibah utk dipelihara menurut cara ~ ternak di kampung;
memperdua 1. membahagi dua (untung, hasil, dll): keuntungan jualan hari itu belum diperdua lagi; 2. mengusahakan ternak (sawah dll) orang dan hasilnya dibahagi dua: saya tidak sanggup utk ~ sawah saya yg sebidang itu;
memperduakan 1. = menduakan; 2. menyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn berbahagi keuntungan, memawahkan;
kedua 1. (peringkat, bilangan, dll) yg nombor dua: pertunjukan yg ~ ialah tayangan filem Hindustan; 2. = kedua-dua, kedua-duanya, keduanya dua-dua(nya): kedua-duanya tergelak kecil, lalu meneruskan perjalanannya; kemudian kedua-duanya pun tidur berkaparan;
keduaan keadaan wujudnya dua bahagian atau unsur: ~ budaya muncul di merata tempat di dunia Islam;
penduaan perihal memperdua(kan) (sawah, ternak, dll), pemawahan;
pendua 1. benda yg dijadikan cadangan (kapit, teman) spt keris dll: keris tempa Melaka yg panjang tiga jengkal itu dijadikan ~ juga; 2. yg dibuat serupa dgn yg asal (bkn salinan dsb); kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dll dgn menggunakan sejenis alat; mesin ~ mesin utk membuat salinan-salinan surat dsb
dua jantina
mempunyai dua alat kelamin (pokok dll)
|