Ditemukan : 1199 Record
duai;
ipar ~ adik-beradik (saudara) kpd suami atau isteri, ipar lamai
duak
sj tumbuhan (pokok), Heynea trijuga; juak VI
dualam (binatang)
yg hidup di air dan di darat (spt katak dll), amfibia
dualapan
sl delapan, lapan
dualis
IB bentuk kata yg menyatakan dua (jamak yg mengatakan banyaknya dua)
dualisme
1. teori yg berasaskan dua dasar yg berlainan; 2. perihal yg mendua, sesuatu yg berasaskan dua hal yg bertentangan
duane
IB tempat memungut cukai, kastam, pabean; kantor ~ pejabat kastam
dubalang
Mn pengawas keamanan kampung; → hulubalang
dubes
kep duta besar
dubilah
; ~ setan bp kata yg menunjukkan kehairanan, kata seruan
dubuk
† Id sj binatang liar yg memakan bangkai, Hyaena crocutus (striata)
dubur
bahagian pd punggung tempat najis dikeluarkan, jubur, pelepasan
duda
lelaki yg kematian isterinya atau sudah bercerai drpd isterinya;
menduda menjadi duda, membujang (akibat perceraian atau kematian isteri): dua perkahwinannya berakhir dgn perceraian dan kini dia ~.
dudi
Sr kemudian
dudu; mendudu, mendudu-dudu
bergerak (berjalan, berenang, berlari, dsb) beriringan, bergerak terus dgn tidak menoleh-noleh: kerbau jalang datang ~ mengejar kami.
duduk I
1. beristirahat di atas punggung (spt bersila, bersimpuh, dll): saya terpaksa ~ di atas pokok itu sahaja; anak kecil itu ~ di atas pangkuan ibunya; 2. tempat letaknya: skru itu tidak betul ~nya, senget; 3. terletak, berada: sebuah lampu yg ~nya 3 meter dr lantai; rumah kediaman bapa Busu ~nya di hujung suatu lorong; 4. = kedudukan keadaan yg sebenarnya (bkn sesuatu hal dll): pekerjaan berternak kuda lain ~nya dgn bercucuk tanam; 5. tinggal (di), diam (di), menetap, berumah: maka ~lah dia di Sungai Baharu menjadi khatib; sudah bertahun-tahun mereka ~ di rumah itu; 6. terus berada (di sesuatu tempat), tinggal: malam itu selepas makan, Bakar ~ di biliknya spt biasa; 7. berkahwin, bernikah, bersatu: Tun Teja sudahlah bertunangan dgn raja Pahang dan hampirlah akan ~; 8. hampas (kopi, teh, dll); 9. = terduduk termendak atau mengendap (bkn serbuk kopi, teh, bauran, dll); 10. mempunyai tempat atau kerusi (di parlimen, majlis tertinggi, dsb), berada: dia adalah salah seorang wakil rakyat yg ~ dlm Majlis Tertinggi Keselamatan Dalam Negeri; 11. bp sedang (melakukan sesuatu): dia ~ termenung seorang diri; ~ menjahit (membaca, menulis, dll);
~ antara dua sujud duduk selepas sujud yg pertama (di dlm sembahyang orang-orang Islam); ~ berapit duduk di antara dua orang; ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn menjuntaikan kaki; ~ berlutut duduk dgn kaki dibengkokkan dan kepala lutut mengenai lantai, bertelut; ~ bernama bunga sekuntum duduk berlutut ketika mengangkat sembah; ~ bersila duduk dgn melipatkan dan menyilangkan kaki; ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang; ~ bertindih lutut duduk di atas kerusi dgn sebelah lutut diletakkan di atas lutut yg satu lagi, bersila panggung; ~ bertinggung mencangkung; ~ perut mengandung;
~ berkelompok, tegak berpusu prb orang yg duduk pd tempat selayaknya dlm sesuatu majlis; ~ berkisar tegak berpaling prb mungkir janji atau tidak menepati cakap; ~ di ambung-ambung taji prb orang yg selalu dlm kerunsingan; ~ di dlm tabir langit-langit berbau tembelang prb perempuan yg berkurung dlm rumah tetapi kejahatannya diketahui orang; ~ dlm duri yg banyak, bersandar di tiang rengas prb hidup yg serba salah kerana menghadapi bencana; ~ dgn cupak gantang prb ketua yg adil; ~ dgn sukatan prb orang yg kaya; ~ meraut ranjau, tegak meninjau jarak prb orang yg sentiasa membuat kerja; ~ sama rendah, berdiri (tegak) sama tinggi prb orang yg sama sedarjat; ~ sehamparan, tegak sepermatang prb orang yg sedarjat dlm adat; ~ seorang bersempit-sempit, banyak berlapang-lapang prb fikiran yg diperoleh drpd perbincangan lebih bernas drpd fikiran yg bersendiri; ~ spt kucing, melompat spt harimau prb orang pendiam yg tangkas bekerja dan berfikir; belum ~ sudah berlunjur menganggap sudah memperoleh atau memiliki sesuatu perkara yg belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai atau bergirang dahulu sebelum maksud tercapai; jikalau kita ~ di atas ciau emas sekalipun, lamun hati tiada senang juga prb jika hati seseorang itu selalu susah dan resah, walau bagaimana senangnya tetap berduka juga;
duduk-duduk berehat-rehat (mengambil angin dsb): sewaktu sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~ di bawah pokok;
berdudukan sedang duduk (di atas bangku, kerusi, dsb): orang-orang yg ~ di bangku-bangku panjang di ruang menunggu itu memandang ke arah mereka yg baru memasuki ruang itu;
menduduki 1. mengambil tempat duduk, duduk di: tikar terbentang diduduki; 2. = mengeduduki mendiami, tinggal di: beberapa orang datang ke bilik yg diduduki orang baru itu; rumah itu sudah lama tidak diduduki orang; 3. menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri dll: penyerangan itu bermaksud hendak ~ Sri Wijaya; 4. mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian: mereka telah ~ peperiksaan itu dlm bahasa Inggeris pd tahun lalu; 5. duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi, dsb): beliau akan ~ kerusi dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; 6. ki memikat hati seseorang: pemuda itu telah berjaya ~ hatinya yg kosong selama ini;
mendudukkan 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anaknya dan ~nya di atas ribanya; 2. mendapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara; 3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anakanda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri;
terduduk 1. terjatuh duduk, duduk dgn tiba-tiba dan tidak sengaja; 2. mengendap atau terendap (serbuk kopi, teh, dll);
kedudukan 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (ekonomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya;
sekedudukan 1. sama tarafnya (martabatnya, darjatnya); 2. bersetubuh: ada suami yg terus membunuh laki-laki yg ~ dgn isterinya sendiri;
bersekedudukan 1. bersetubuh: terasa loya tekaknya, kerana rasa getik dan jijik ~ dgn orang tua bangka itu nanti; 2. tinggal bersama (spt suami isteri) tanpa bernikah: Cik Mah dihadapkan ke Mahkamah Syariah di atas tuduhan ~ dgn Kandasamy selama 27 tahun sehingga mendapat sembilan orang anak;
berkedudukan 1. mempunyai kedudukan (tempat letaknya), terletak, berada: jarum penimbang itu diganjakkan sehingga ~ betul-betul pd nombor 0; 2. mempunyai kedudukan (taraf, darjat, dsb), bertaraf, berdarjat, bermartabat: dia ~ tinggi di mata masyarakat;
pendudukan perihal atau perbuatan menduduki sesuatu daerah atau negara oleh kuasa luar (tentera dll): dlm masa ~ Jepun saya bekerja di Berita Malai;
penduduk orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll): tidak ada seorang pun drpd ~ kampung itu yg berani keluar melihat pembunuhan itu;
berpenduduk mempunyai penduduk: Malaysia ~ lebih drpd 14 juta orang dlm tahun 1984;
kependudukan segala hal mengenai penduduk (sesuatu tempat, daerah, negeri, dsb): aspek ~ dibincangkan dlm simposium itu.
duduk II
sj tumbuhan (palma),Caryota mitis; ~ kijang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar tanduk hitam, Strophanthus dichotomus; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), Daemonorhops spp.
dudut; mendudut
1. mencabut: kalau Raden Asan suka mengumpat orang lain, nanti lidah Raden Asan akan didudut dr kerongkongan; 2. menghirup (minuman), meneguk, menyedut: dia ~ kopinya yg masih panas; 3. menghisap (rokok), menyedut (udara dsb)
duet (duét)
gubahan muzik (lagu dsb) yg dinyanyikan atau dimainkan oleh dua orang;
berduet 1. berpadu suara (dua orang) menyanyikan sebuah lagu; 2. berdua memainkan sebuah lagu
duga I
1. = batu ~ pengukur dalamnya laut (sungai dll) drpd batu atau timah yg bertali; tali ~ tali pengukur dalamnya sungai (laut dll); 2. agak, sangka, teka: bayaran yg saya terima itu lebih besar jumlahnya drpd yg saya ~;
menduga 1. mengukur dalamnya laut (sungai dll), mengajuk: laut yg dalam boleh diduga; 2. mengagak, meneka, meramalkan, menyangka: dr tadi dia ~ yg perkara itu akan berlaku; 3. menguji, mencuba, mengukur, hendak mengetahui: kami akan menghadapi peperiksaan penggal dua yg diadakan utk ~ kedudukan pelajaran kami;
terduga 1. telah diduga, boleh (dapat) diduga; 2. tersangka, terhitung, terjangka: lantikan Encik Ahmad sbg Yang Dipertua persatuan itu memang tidak ~ sama sekali;
dugaan 1. agakan, sangkaan, tekaan, ramalan, telahan: sekarang terbukti bahawa ~ mereka itu benar-benar berlaku; 2. cubaan, ujian: hanya beberapa orang sahaja yg lulus ~ kelayakan utk jawatan tersebut; 3. hasil drpd menduga;
~ hidup ki kejadian yg sukar yg terpaksa dihadapi dgn tabah, cubaan (ujian, cabaran) hidup; ~ syaitan ujian yg berupa ajakan ke arah melakukan perbuatan yg tidak baik (spt melakukan rasuah, pecah amanah, dll);
pendugaan perihal atau perbuatan menduga (mengajuk), pengajukan;
penduga alat (perkakas) utk menduga (mengajuk); batu ~ batu duga
|