Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.748
Hari ini : 44.375
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 53 54 55 56 57 >  Last ›
duga II Mn; berduga, bersiduga

berlumba, berlawan;

menduga melawan, menyaingi

dugal I

rasa hendak muntah, loya, mual;

mendugalkan meloyakan, memualkan, memuakkan

dugal II
Jw † tidak senonoh (perangai), nakal
dugal III
Sb, Sr radang pd membran mukus yg melapik perut, akibat pengambilan makanan yg tidak menentu, tekanan emosi atau bakteria, gastritis: pengidap ~ dinasihati supaya selalu minum air dan dilarang berlapar.
dugang = tali

~ tali penahan (tiang penyokong) pokok supaya jangan rebah;

mendugang menahan dgn tali (menyokong dgn tiang) supaya jangan rebah (tumbang)

dugas; mendugas
berjalan dgn gopoh-gapah: apabila didengar anaknya menjerit, baginda pun ~ naik.
duha

sl = waktu ~ waktu pagi sehingga menjelang tengah hari; loha

duit I

1. wang: kami semua tidak ada ~ hendak membeli benda itu; berapa ~ berapa harganya; 2. Kd, Pr, Pn sen (bagi unit satu hingga sembilan dan angka belasan): lima belas ~ lima belas sen; 3. wang tembaga zaman penjajahan; 4. = ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam (spt tembaga, perak, dsb);

~ ayam a) duit bergambar ayam (pd zaman penjajahan); b) wang yg dibayar oleh seseorang kerana menolongnya menguruskan sesuatu hal; ~ curai = ~ kecil = ~ pecah duit syiling yg nilainya kurang drpd satu ringgit; ~ kocek wang yg dibawa ke mana-mana utk dibelanjakan apabila diperlukan; ~ kopi a) wang yg diberikan kpd pemilik rumah (kedai dll) yg akan disewa rumahnya (kedainya dll); b) = ~ rokok = ~ teh wang yg diberikan kpd seseorang utk memastikan mendapat sesuatu yg diminta, wang suap (sogok); ~ (wang) luar pendapatan yg diperoleh hasil drpd membuat kerja luar; ~ padang yuran permainan (di sekolah-sekolah dll); ~ poket wang sekadar perbelanjaan diri sendiri; ~ raya duit yg diberi, terutamanya kpd kanak-kanak pd hari raya; ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam;

berduit 1. mempunyai duit, berwang: ayah saya tidak ~ hendak menghantar saya belajar di sekolah tinggi; menjual berduit-duit menjual beruncit-runcit; 2. ki mempunyai banyak wang, kaya: orang ~, mewah hidupnya;

duitan; mata ~ (orang yg) hanya memikirkan tentang wang, tamak akan wang: perempuan yg mata ~.

duit II; duit-duit;

burung ~ sj burung, burung ceketing, taitut, Vanellus indicus

duit III; duit-duit, deduit
 burung ~ sj burung, burung ceketing, taitut, Vanellus indicus
duit III; duit-duit, deduit
= pokok ~ sj pokok keladi yg menjalar pd pokok atau ditanam di dlm pasu (sbg hiasan) yg daunnya berbentuk hati dan berwarna hijau bercampur kuning air
duk
kep duduk
duka

(perasaan hati yg) susah atau sedih, dukacita: jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah; ~ lara = ~ nestapa susah (sedih) hati yg amat sangat;

berduka = ~ hati bersusah atau bersedih hati, berdukacita: dunia ini dijadikan Tuhan bukanlah tempat orang ~; dia sentiasa ~ hati sejak kematian kekasihnya;

berdukakan (sl) berduka kerana (akan), bersedih (bersusah) hati kerana (akan), menderita (menahan) duka: mana ~ negeri ditimpa kemalangan dan mana pula bersedihkan permaisuri yg sedang gering;

mendukakan menyebabkan timbul rasa duka, menyedihkan (menyusahkan hati, mendukacitakan: sikap angkuh Ahmad terhadap orang tua itu sungguh ~ hati ibunya;

kedukaan 1. perihal (sesuatu) yg mendukakan, kesedihan, kesusahan hati, kedukacitaan: pd pemandangan patik ada juga sesuatu ~ tuanku; 2. † dlm perkabungan, dlm kesedihan

dukacarita

Id † cerita (lakonan) yg sedih

dukacita

1. duka, susah (sedih) hati: pd wajah baginda kelihatan tanda-tanda yg menunjukkan baginda sedang dilamun ~; 2. = berdukacita berasa sedih atau susah hati, berduka: dia sangat ~ atas kematian tunangannya; turut (ikut) ~ sama (turut) bersedih;

mendukacitakan menyebabkan timbul rasa dukacita, mendukakan, menyedihkan atau menyusahkan hati: hari itu merupakan hari yg sangat ~nya; kemalangan yg menimpa keluarganya sungguh ~nya;

kedukacitaan perasaan dukacita atau sesuatu yg mendukacitakan, kedukaan, kesedihan, kesusahan hati

dukan
† kedai, bangsal (tempat berjualan)
dukana
tinggi nafsu, kuat syahwat, gasang, gangsang
dukat
sl wang emas atau perak
duku I
sj tumbuhan (pokok dan buahnya spt langsat tetapi kulitnya lebih tebal), Lansium domesticum; ~ langsat buah daripada pokok hasil cantuman pokok duku dan langsat
duku II bp = menduku
mengetuk kepala dgn buku jari, meluku, menyekeh: dia ~ kepala adiknya kerana tidak tahu mengeja.
‹ First  < 53 54 55 56 57 >  Last ›