Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.962
Hari ini : 38.871
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 5 6 7 8 9 >  Last ›
dalung
dulang besar yg berkaki (dibuat drpd logam): sama santap di atas ~ perak, pinggan emas, mangkuk suasa
daluwarsa → kedaluwarsa
dam I
1. = damdam sj permainan utk dua orang pemain, setiap pemain menggerakkan 12 buah dam mengikut peraturannya di atas papan yg berpetak-petak segi empat (spt papan catur); buah ~ kepingan-kepingan yg digunakan (digerakkan) ketika bermain dam; papan ~ papan yg digunakan dlm permainan dam (berpetak-petak segi empat); 2. bercorak tapak catur
dam II
denda yg dikenakan kpd jemaah haji yg melanggar peraturan-peraturan tertentu sewaktu mengerjakan haji
dam III
bunyi spt bunyi gendang
dam IV
Pl ganja
damah → damas
damai

1. tidak berperang atau serang-menyerang (bkn perhubungan antara negara, puak dll), tidak bermusuhan atau berselisihan (bkn perhubungan antara manusia); hidup (aman) ~ hidup dlm keadaan yg bebas drpd permusuhan (perselisihan, pertikaian, dsb); menyelesaikan sesuatu secara ~ menyelesaikan sesuatu tanpa kekerasan (menerusi perundingan dsb); keadaan ~ keadaan tidak berlaku peperangan (permusuhan, pertelingkahan, dsb); rundingan ~ rundingan (biasanya melibatkan pihak-pihak yg bertelingkah) yg bertujuan mewujudkan keadaan damai; 2. berbaik semula (tidak bermusuhan, tidak berseteru); menyorong ~ (minta) berbaik semula; 3. tenteram, tenang (bkn suasana, keadaan, perasaan, dsb): waktu telah larut malam baru terdapat suasana ~; malam begitu ~;

berdamai 1. berbaik semula (tidak lagi bergaduh, berperang, bermusuhan, dsb), berhenti berperang (bermusuhan): kedua-dua pihak yg bermusuhan itu telah pun ~; 2. bermuafakat, berunding: mengenai sewa rumah, kita boleh ~ ; harga ~ harga yg boleh dirundingkan;

mendamaikan, memperdamaikan 1. membaikkan dua pihak (negara dsb) dgn menamatkan atau menyelesaikan perselisihan dsb, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yg bermusuhan (berperang, bertelingkah, berselisihan, dsb): Amerika Syarikat dan Britain berharap agar negeri Jepun berusaha ~ Indonesia dgn Malaysia; 2. membincangkan atau merundingkan utk mencapai persetujuan: sebelum menduduki rumah, lebih baik kita damaikan dahulu tentang sewanya;

kedamaian 1. keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dsb): hidup dlm ~ dan kemakmuran; 2. keadaan yg aman dan tenteram, ketenteraman, ketenangan: hari itu dia berdoa supaya getar perasaan yg mengocak ~ jiwanya akan hilang;

perdamaian perihal (keadaan) berdamai: rundingan yg akhirnya membawa ~ di kalangan puak-puak yg bersengketa dan sering bertempur itu;

pendamaian perihal (usaha dsb) mendamaikan, penyelesaian keadaan bermusuhan (berperang, berselisih faham, dll): kongres ~ sedunia itu berjalan dgn meriah;

pendamai orang (negara, pihak) yg mendamaikan atau berusaha utk mendamaikan: Kemboja dan negeri Thai pernah bertindak sbg ~ dlm sengketa Malaysia dgn Indonesia; jaksa ~ orang yg dilantik utk mengawasi kedamaian (keamanan) sesuatu kawasan

damak I

= anak ~ dawai atau buluh dll (yg tajam hujungnya dan bergabus pangkalnya) yg digunakan sbg peluru bagi sumpitan, anak sumpitan;

mendamak 1. menyumpit dgn berpelurukan damak; 2. mulai berduri (bkn putik durian);

tak dapat didamak dipikat prb kalau tidak dapat dgn kekerasan, haruslah dgn lemah lembut

damak II; damak-damak = dedamak
= ~ bulu sj tumbuhan (pokok), cenderai rimba, Grewia globulifera; ~ asam = ~ bulu sj tumbuhan (pokok), cenderai asam (hutan, paya, rimba), Grewia fibrocarpa; ~ air sj tumbuhan (pokok), jelawi, medang selusuh, Grewia florida; ~ bulu a) = ~ asam sj tumbuhan (pokok), Grewia fibrocarpa; b) sj tumbuhan (pokok), cenderai gajah, Grewia latifolia
damal
lambat (bkn perahu)
daman
tali kelat pd perahu
damar I

1. bahan berupa getah keras yg diperoleh drpd beberapa jenis pokok (biasanya digunakan sbg bahan kalis air); ~ batu damar yg keras;~ daging damar yg merah; ~ hitam damar yg hitam; ~ mata kucing damar yg gilap (berkilat) warnanya; 2. suluh dll (terutama yg memakai damar); 3. lampu, pelita;

berdamar 1. memakai damar; 2. ki merah muka kerana marah (kena tampar dll): ~ muka budak itu ditempeleng abangnya; 3. = mendamar mencari (mengumpul) damar;

mendamari menerangi;

pedamaran 1. tempat mencari (tempat yg banyak) damar; 2. suluh drpd damar;

pendamar orang-orang yg kerjanya mencari (mengumpul) damar: ~ telah kehilangan hutan utk mendamar.

damar II

Mn sj tumbuhan (pokok), buah keras, kemiri;

~ degun sj tumbuhan (pokok), Canarium hirsutum; ~ kijai sj tumbuhan (pokok), Canarium secundum; ~ laut sj tumbuhan (pokok), Parashorea stellata; ~ minyak sj tumbuhan (pokok) dlm famili Araucariaceae, kauri malaya, mengilau (Sabah), bindang (Sarawak), Agathis borneensis;

berdamar bermain buah keras

damas
Kl, Ph, Tr habis wang kerana boros, damah
damat
bp terlalu bising; azamat, gamat I
damba I

terlalu ingin (hendak, mahu) akan sesuatu: pd masa ini wanita Malaysia ~ akan hak yg sama dgn kaum lelaki;

mendambakan terlalu inginkan (hendakkan, mahukan) sesuatu: ~ perdamaian yg abadi;

perdambaan sesuatu yg diinginkan (dimahukan), keinginan, kemahuan

damba II; † mendamba
merebahkan diri pd, memeluk
damba III
Mn tidak bercakap-cakap kerana runsing hati
dambar
Mn lamban (lambat membuat sesuatu), tidak tangkas
‹ First  < 5 6 7 8 9 >  Last ›