Ditemukan : 1199 Record
debam I
bunyi spt bunyi benda berat jatuh
debam II
sj ikan laut, Acanthurus spp., Naso spp., Siganus guttatus, Zebrasoma spp.
deban
bunyi spt bunyi barang jatuh
debap
bunyi spt bunyi kena tampar (barang yg ringan jatuh), bunyi bap-bap;
berdebap-debap berbunyi bap-bap: jantungnya ~ kedengaran memukul dadanya; depap
debar = debaran
denyut (jantung, nadi): ~ jantungnya makin cepat; debaran jantung saya berkurang selepas mendengar penjelasannya;
berdebar, berdebar-debar berdenyut-denyut atau bergerak-gerak agak pantas (bkn jantung, kerana seseorang itu terperanjat, ketakutan, dsb): ketika hendak sampai di perkuburan, hatiku pun ~;
mendebarkan menjadikan atau menyebabkan (jantung, nadi) berdenyut agak pantas (kerana timbul perasaan cemas, takut, dsb): penulis itu pandai benar mengarang cerita-cerita yg ~ jantung hati; saya baru saja mendapat berita yg ~;
perdebaran denyutan (jantung, nadi) yg agak kencang, debaran
debas
bunyi spt bunyi hembusan nafas dll
debat
(débat) bahas, perbahasan: majlis ~ pd malam itu tidak jadi diadakan;
berdebat, berdebat-debatan bertukar fikiran (biasanya yg bertentangan) atau berbantahan bkn sesuatu perkara, berbahas: mahasiswa-mahasiswa itu dicabar tampil ke depan utk ~ di muka umum;
mendebat membantah (sesuatu pendapat, pendirian, dll) dgn mengemukakan alasan atau hujah, membahas;
mendebatkan, memperdebatkan mendebat tentang sesuatu, membahaskan, memperbantahkan: ketika itu mereka sedang ~ hal-hal parti politik;
perdebatan pertukaran fikiran biasanya yg bertentangan mengenai sesuatu hal (pendirian dll) dgn masing-masing pihak mengeluarkan pendapat (alasan dsb), perbuatan berdebat, perbahasan, perbantahan: ~ mengenai perincian belanjawan Kementerian Pendidikan akan diteruskan pd hari Khamis;
pendebatan perihal (perbuatan dsb) mendebatkan atau memperdebatkan: soalan-soalan begini tidak mudah dijawab dan kerana itu ~ mengenainya masih berterusan;
pendebat orang yg berdebat (mendebat), pembahas
debek
(débék) 1. Kl tidak bertanduk (bkn lembu, kerbau), dogol; 2. bodoh, lemah
debik I
bunyi spt bunyi orang menepuk sesuatu;
mendebik menepuk, menampar; ~ mata parang prb melawan orang yg berkuasa
debik II
† embek (bunyi kambing);
berdebik mengembek (bkn kambing)
debing
bunyi spt bunyi gendang (beduk dsb)
debit
(débit) 1. catatan jumlah wang yg dikeluarkan drpd akaun bank seseorang; 2. ruang kiri akaun tempat catatan wang keluar dibuat;
mendebitkan mencatatkan atau merakamkan debit, mencatatkan sesuatu butiran perakaunan di ruang kiri akaun: jika seseorang itu berhutang kpd kita, hendaklah didebitkan jumlah hutangnya itu.
debitur
(débitur) IB orang yg berhutang, orang yg meminjam wang
debu
1. tanah kering atau bahan lain dlm bentuk serbuk halus yg menutupi bumi, permukaan benda, atau yg berterbangan ditiup angin: ~ di tepi jalan itu berterbangan apabila kereta lalu; 2. sl patik, hamba; ~ tuanku hamba tuanku;
berdebu ada debu, dipenuhi debu, berhabuk, terdapat (diliputi dsb) debu yg berterbangan: jalan-jalan yg ~;
mendebu menjadi spt debu (menjadi halus); cakap ~ cakap (pertuturan) yg keluarnya bertalu-talu;
mendebukan menjadikan atau menyemburkan dlm bentuk debu: oleh yg demikian, telah diciptakan alat yg boleh menyemburkan atau ~ racun kulat;
pendebu alat utk mendebukan (racun kulat dll)
debuk
1. bunyi spt bunyi orang meninju (menampar dgn kuat, barang jatuh ke tanah, dll); 2. pukulan (tumbukan) yg kuat (di badan): budak itu kena ~ di belakangnya;
berdebuk-debuk berbunyi merobok (membobok dsb): dia pun lemas dan tempayan itu pun ~ masuk air langsung tenggelam; → debak
debum
bunyi spt bunyi benda besar jatuh;
berdebum berbunyi debum (kerana jatuh)
debun
bunyi yg hampir dgn bunyi debap
debung I
bunyi spt bunyi gendang (beduk dsb) atau bunyi buah kelapa (durian dll) jatuh
debung II
bekas sirih yg diperbuat drpd mengkuang dll, lopak
debunga
(Bio) benih bunga jantan yg akan bersenyawa dgn benih bunga betina, serbuk halus yg terdapat pd bunga;
mendebungakan memindahkan debunga dr alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma): peladang-peladang Jepun tidak menanti kumbang utk ~ pokok pic tetapi menggunakan serbuk yg khas utk tujuan ini;
terdebunga (telah) didebungakan (oleh): bunga-bunga yg ~ oleh serangga mempunyai ranggi yg berwarna-warni;
pendebungaan Bio pemindahan debunga dr alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma);
~ angin pendebungaan yg dilakukan oleh angin; ~ biasa = ~ semula jadi pendebungaan yg dilakukan oleh alam (spt angin, air, binatang, dll); ~ kacuk pendebungaan antara dua bunga yg sejenis tetapi dr berlainan pokok; ~ sendiri pendebungaan yg berlaku antara bunga dr pokok yg satu; ~ serangga pendebungaan yg dilakukan oleh serangga
|