Ditemukan : 1199 Record
dak
kep tidak; buat ~ buat tidak tahu; ~-dek Kl tidak sedikit pun, bukannya; ~-keneh Kl bukankah begitu, iakah
daka, dakah
Ar papan penutup liang lahat; mengarak ~ perubahan perangai bagai orang yg hampir mati
dakap;
~ diri ki orang yg malas bekerja;
berdakap berpeluk (utk melepaskan rindu dendam dsb); ~ tubuh = ~ tangan a) berpeluk tubuh; b) tidak bekerja, tidak membuat apa-apa;
berdakap-dakapan saling berdakap, berpeluk-pelukan: dua orang kekasih yg ~ di tempat sunyi;
mendakap memeluk;
dakapan pelukan;
sependakap sepemeluk: pohon itu ~ besarnya.
dakar
1. berani, cekal hati: pendekar yg ~; 2. berani membuat sesuka hati, degil, keras kepala: engkau terlalu ~;
berdakar-dakar; cakapnya ~ cakapnya besar.
dakelin;
daun ~ sj tumbuhan (rumpai), ari-aring, aring-aring, dawah, keremak hutan, rumput kunang putih, Eclipta alba
dakhil
Ar 1. yg di dalam (tidak zahir), yg mengenai batin; penyakit ~ penyakit batin, penyakit dlm badan; 2. † terlalu karib, rapat benar
daki I
kotoran yg melekat pd badan (pakaian dll); membuang ~ membersihkan drpd daki; ~ dunia harta dunia (yg tidak boleh dibawa mati);
nyamuk ditepuk menjadi ~ prb tidak berfaedah melawan orang lemah, kerugian yg bertimpa datangnya
daki II; mendaki
1. memanjat (gunung, bukit, dsb): pengembara itu terpaksa ~ gunung dan meredah hutan; 2. menuju ke puncak (gunung, bukit, dsb) atau ke bahagian yg makin tinggi: jalan kecil yg berliku ~ bukit Seri Melaka; 3. makin menaik atau meninggi: memandu kereta mengikut jalan yg ~;
mendakikan memanjatkan, menaikkan, memajukan;
terdaki dapat mendaki (didaki): dia tidak ~ bukit yg setinggi itu;
pendakian 1. perihal atau perbuatan mendaki, pemanjatan; 2. = dakian tempat yg mendaki (menaik): tidak usah kita tertawa pd waktu turun kerana ~ akan ditempuh pula;
berpendakian mempunyai tempat mendaki: di sana akan bertemu alam datar, tidak ~, tidak berpenurunan lagi;
pendaki orang yg mendaki; ~ gunung orang yg mendaki gunung.
dakon
Jw; (ber)main ~ bermain congkak
dakron
tanda dagang utk sj gentian tekstil sintetik: Samad berseluar ~ coklat.
daksina
sl selatan; dr ~ datang ke paksina dr selatan hingga ke utara
daktilitis
(Ubat) radang pd jari tangan atau kaki
daku
aku (terutama apabila perkataan sebelumnya berakhirkan huruf n): akan ~; dengan ~; maafkan ~
dakwa
aduan (tuntutan, tuduhan) yg dikemukakan di mahkamah;
kena ~ dituntut (dituduh) dlm perkara; ~-dakwi berbagai-bagai aduan (tuntutan, tuduhan);
berdakwa sl 1. sedang dlm pembicaraan, berbicara: maka Naina Sura Dewana pun ~ dgn Raja Mendaliar; 2. sedang dlm urusan perkara (sedang dituntut hakim dll), sedang menghadapi tuntutan (tuduhan), berperkara: kerana sebab ~ ini tuan hamba mengupah hamba;
mendakwa 1. mengemukakan tuduhan (aduan, tuntutan) terhadap seseorang dll ke mahkamah (utk pengadilan), mengemukakan (seseorang dll yg dituduh) di mahkamah (utk dibicarakan): sesiapa sahaja yg melanggar undang-undang negara boleh didakwa di mahkamah; 2. mengatakan atau mengemukakan sesuatu sbg satu kenyataan atau kebenaran, mengaku: orang Quraisy ~ agama merekalah yg benar; mereka ~ telah melihat beberapa orang awam ditembak mati oleh pemberontak itu;
mendakwai menuntut (hak dll);
mendakwakan menuntut (sesuatu), menuduhkan;
terdakwa orang atau pihak yg didakwa (dituntut mahkamah);
dakwaan 1. tuduhan (tuntutan, aduan) yg dikemukakan utk diadili (di mahkamah): sesuatu ~ terhadap perbuatan jenayah dimajukan oleh Jabatan Peguam Negara atau pihak polis; 2. sesuatu yg dikatakan (dikemukakan dsb) supaya diterima sbg satu kenyataan atau kebenaran: beliau membuat ~ tentang kemenangan pasukan tenteranya itu dlm satu sidang akhbar;
pendakwaan perbuatan mendakwa, pengemukaan (penyampaian) sesuatu dakwaan (tuduhan): Inspektor Ali telah melakukan ~ terhadap Busu;
pendakwa (orang, pihak) yg mendakwa: pihak ~ dijangka akan memanggil lebih drpd 20 orang saksi; ~ raya pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan
dakwah
1. kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan; golongan ~ golongan (kumpulan) yg bergiat dlm dakwah; ~ songsang bp penyampaian atau penyebaran ajaran yg bertentangan dgn syariat-syariat Islam; 2. bp patuh kpd (mengikut) ajaran agama Islam dgn lebih sempurna (sebagaimana yg kelihatan pd tingkah laku dan pergaulan, cara berpakaian, dll): dulu dia selalu bergaul bebas dan berpakaian moden tetapi sekarang ini sudah ~;
berdakwah menjalankan kegiatan menyebarkan sesuatu kepercayaan;
mendakwahi berdakwah kpd: Tok Haji cuba ~ pemuda-pemuda yg berambut panjang itu;
mendakwahkan menyebarkan sesuatu kepercayaan: Rasulullah ~ Islam sbg Din yg menjamin tamadun manusia;
pendakwahan perihal mendakwahkan, penyebaran atau penyampaian ilmu agama: tamadun yg tidak berasaskan tauhid, tidak terlepas drpd menjadi objektif ~ golongan fundamentalis;
pendakwah orang (golongan) yg berdakwah
dakwat
1. cecair berwarna (merah, hitam, dsb) yg digunakan utk menulis, tinta; ~ emas tinta berwarna emas; 2. cecair berwarna hitam yg dikeluarkan oleh sotong, kurita, dll (utk menyembunyikannya drpd pemangsa);
bagai ~ dgn kertas prb tidak pernah bercerai (spt suami isteri yg saling mencintai);
berdakwat 1. ada atau berisi dakwat: pen saya tidak ~; 2. dilumuri dakwat;
alang-alang ~ biarlah hitam prb berbuat sesuatu jangan alang-kepalang
dakyah → diayah
dal I
Ar 1. huruf kelapan abjad Arab (dgn nilai empat); 2. huruf kesembilan abjad Jawi
dal II
tahun kelima dlm daur kecil (windu)
dal III;
kacang ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), kacang kayu, Cajanus cajan
|