Ditemukan : 1199 Record
delapan
lapan, angka (bilangan) tujuh ditambah satu; ~ belas 18; ~ puluh 80
delat; berdelat-delat
Ph berkelip-kelip, berkilat-kilat
delegasi
(délegasi) 1. rombongan yg mewakili sesebuah negara dlm perundingan (persidangan dsb), perwakilan; 2. tindakan mengamanahkan atau menurunkan hak (kuasa, tugas, tanggungjawab, dsb) kpd seseorang lain (mis kpd penolong dsb); 3. Id pemindahan wang atau hutang kpd orang lain;
mendelegasikan mengamanahkan atau menurunkan hak (kuasa, tugas dan tanggungjawab, dsb) kpd seseorang lain (mis kpd penolong dsb)
delegat
(délegat) IB wakil, urusan
delemak → delamak
deleman (déleman) → delman
deler
(delér) IB anggota Dewan Hindia pd zaman penjajahan
deli → delik I
delik I
sj tumbuhan (pokok), Memecylon caloneuron;
~ air a) sj tumbuhan (pokok kecil), bangas putih, delima burung, Memecylon dichotomum; b) = ~ bangas = ~ putih sj tumbuhan (pokok kecil), medang nasi-nasi, Memecylon edule; ~ bukit = ~ limau manis = ~ tembaga sj tumbuhan (pokok kecil), medang berunit (bunut), Anisophyllea apetala; ~ jambu putih sj tumbuhan (pokok renek), api-api hutan, kelat batu, Memecylon coeruleum
delik II Jw; mendelik
terbuka luas (spt mata orang yg memandang dgn marah), membelalak (bkn mata), menyalang: dekat mereka terdiri mandurnya, masing-masing dgn tongkat semambu sambil mata ~, kumis melintang di atas bibirnya;
mendeliki memandang dgn mata terbelalak pd
delik (délik)
IB perbuatan yg melanggar undang-undang; kena ~ bp didakwa kerana melanggar undang-undang.
delima
sj tumbuhan (pokok renek), Punica gramnatum;
~ burung sj tumbuhan (pokok renek), daun pekan, delik air, Memecylon dichotomum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), cempaka tanjung, Gardenia tubifera;
~ merekah warna bibir yg elok; batu ~ sj permata (berwarna merah muda); warna ~ warna merah muda; spt daun ~ dgn bunganya prb hidup yg tidak berguna.
delinggam → sedelinggam
delinkuen
(délinkuen) bersikap melanggar undang-undang (yg tidak serius) atau melakukan perkara yg tidak diterima masyarakat
delman
(délman) sj kereta kuda yg beroda dua
delta
(délta) lanar yg berbentuk segi tiga di muara sungai: di kuala sungai itu terjadi suatu ~ bertentangan dgn Pulau Trinidad.
deluang → jeluang
delujur
jelujur
delung † ; mendelung
cengkung atau lekuk (bkn mata)
delusi
(délusi) pendapat (idea, kepercayaan, dll) yg silap atau mengelirukan: dia mengalami ~ kebesaran.
|