Kamis, 11 Juni 2026   |   Jum'ah, 25 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 604
Hari ini : 11.683
Kemarin : 58.870
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 20 21 22 23 24 >  Last ›
dekorasi

(dékorasi) 1. hiasan, gambar hiasan; 2. bintang kehormatan yg dianugerahkan kerana bakti (jasa)

dekoratif
(dékoratif) bkn sesuatu yg digunakan sbg hiasan: pemilihan kata-katanya bukan sbg sesuatu yg ~ ataupun simbolik.
dekret (dekrét) IB → dekri
dekri

(dékri) perintah (undang-undang dll) yg dibuat oleh pihak berkuasa, raja, pemerintah, dll);

mendekrikan memerintahkan: pemerintah ~ wujudnya satu badan kerajaan yg akan ditubuhkan mengikut bentuk-bentuk tertentu.

dekron (dékron) → dakron
dekstrin

(dékstrin) (Bio) bahan melekit yg digunakan sbg agen pemekat dlm makanan, dan sbg gam

dekstrosa

(dékstrosa) (Ubat) gula yg sering diberikan kpd pesakit secara suntikan ke dlm vena utk mengatasi masalah kekurangan air tubuh atau utk menggantikan cecair dan zat makanan yg hilang semasa pembedahan

deku; berdeku
Jk bertelut, duduk berlutut
dekuh I

= ~-dekah bunyi spt bunyi orang ketawa;

berdekuh = ~-dekah berbunyi spt bunyi orang ketawa

dekuh II
Kl; putik ~ masih putik benar (bkn buah-buahan)
dekuk; berdekuk-dekak
berbunyi spt bunyi orang berjalan memakai terompah: Ummu Abdu muncul dgn terompahnya yg ~ bentuk-bentuk tertentu.
dekunci
sj tumbuhan (pokok), temu kunci, Gastrochilus pandurata
dekung → degung
dekus; berdekus, mendekus
mengeluarkan bunyi yg menghembus-hembus (bunyi kucing, harimau, dll), mendengus
dekut

bunyi spt bunyi burung punai (tekukur dll);

berdekut mengeluarkan bunyi `kut` utk memikat burung (ikan dll): Pak Hamid kaki ~. Pak Hamid tak takut bermalam di hutan;

mendekut memanggil (burung dll yg hendak dipikat) dgn mengeluarkan bunyi tertentu: ruak-ruak mesti didekut setiap malam.

delah
sj ikan laut, bangan, merah cina, Caesio spp.; ~ karang sj ikan laut, pinang-pinang, Gymnocaesio spp.
delak → delik I
delamak
sj kain (yg bersulam) utk penutup (pembalut) tudung saji
delan

riak kecil yg disebabkan oleh ikan (dlm air)

delap
Jw † tidak tahu malu
‹ First  < 20 21 22 23 24 >  Last ›