Kamis, 11 Juni 2026   |   Jum'ah, 25 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 501
Hari ini : 10.565
Kemarin : 58.870
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 22 23 24 25 26 >  Last ›
delut → jelut
dem
bp timbunan kereta rosak atau tua
dema
(déma) bp mereka (semua)
demagogi
(démagogi) amalan politik utk memperoleh kekuasaan dgn cara menghasut dan membakar emosi rakyat: masyarakat yg dipimpin oleh seseorang pemimpin yg menguasai fahaman ~ akhirnya mencetuskan Perang Dunia Kedua.
demah I

benda (spt pasir, air, dll yg dipanaskan) utk menuam bahagian badan yg sakit;

mendemah menekankan demah pd bahagian badan yg sakit, menuam: pd malam itu juga kaki yg bengkak itu didemah dan diurut.

demah II
Kd tumbuh
demam

1. penyakit yg menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa; 2. kenaikan suhu tubuh yg melebihi suhu biasa: semalam saya ~, saya tidak pergi kerja; 3. keghairahan utk sementara waktu: ~ pop enam puluhan;

~ berselang (berlat, berganti hari) demam yg tidak terus-menerus; ~ cupak Kl demam tubuh tetapi pesakit masih berselera utk makan; ~ denggi demam akibat virus yg disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes; ~ denggi berdarah demam denggi yg berbahaya (boleh membawa maut); ~ dingin (gigil, ketar, sejuk) demam kerana penyakit malaria (menyebabkan badan terasa sejuk dan menggigil); ~ kepialu demam kerana sj penyakit yg disebabkan oleh kuman dlm makanan atau air yg kotor; ~ ketulangan demam yg disertai oleh rasa sengal-sengal tulang; ~ kuning sj penyakit berjangkit yg menyebabkan warna badan penghidapnya menjadi kekuning-kuningan (kerana sakit pd hempedu); ~ merah (Ubat) sj penyakit berjangkit yg disebabkan bakteria Streptococcus pyogenes yg dicirikan dgn demam, sakit kerongkong, sakit kepala dan bintik-bintik merah pd kulit; ~ panas demam dgn suhu badan yg tinggi; ~ puyuh demam pura-pura (bukan sebenarnya demam); ~ selesema (sesa-sesa) demam yg menyerang saluran-saluran pd paru-paru dan menyebabkan pesakit berasa kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus, influenza;

mendemamkan menyebabkan (menjadikan) demam, membuat (seseorang) demam: esoknya Jamilah bertandak-tandak pula sambil memomokkan mukanya herot-merot, ~ budak-budak yg memandang;

terdemam, terdemam-demam menjadi (kena) demam: kanak-kanak itu ~ selepas menonton filem cerita hantu.

deman
Jw † senang, suka
demang
1. ketua daerah; 2. sl gelaran ketua daerah: D~ Lebar Daun
demap
† pelahap, gelojoh, pajuh, rakus
demarkasi
(démarkasi); garis ~ garis sempadan yg memisahkan dua daerah yg dikuasai oleh angkatan tentera yg bermusuhan
dembam

bunyi spt bunyi buah nyiur jatuh dsb;

berdembam jatuh dgn berbunyi dembam

demberang, demberangan
bunyi spt bunyi tembakan senapang (bedil dsb)
dembun

bunyi spt bunyi benda berat jatuh (bunyi menepuk tilam dll);

berdembun, berdembun-dembun berbunyi spt bunyi benda berat jatuh

demdem
sj peluru yg boleh menyebabkan maut atau cedera parah; dumdum
demek
Jk belum kering benar, lembap
demen Jw → deman
demi

1. sebaik sahaja (didengar, dilihat, dll), pd ketika: dia jatuh pengsan ~ didengarnya berita kemalangan yg menimpa anaknya; 2. dengan, atas (nama Tuhan dll, diucapkan sewaktu bersumpah, berikrar, dsb); ~ Allah, saya berkata benar; 3. kerana, untuk: ~ kepentingan dan kebajikan rakyat, maka berbagai-bagai rancangan pembangunan yg besar dijalankan; 4. yg satu (seorang) mengikuti yg lain, lepas (satu atau seorang diikuti pula oleh yg lainnya); dilihat dan ditiliknya gambar itu, satu ~ satu;

berdemi; ~ Allah bersumpah dgn (atas) nama Allah

demi-finale
IB setengah (separuh) akhir (bkn pertandingan, perlawanan dsb)
demik Mn; mendemik

menampar (menepuk) dgn tapak tangan

‹ First  < 22 23 24 25 26 >  Last ›