Ditemukan : 1199 Record
demikian
begitu, begini, seperti itu (ini); ~lah halnya begitulah halnya; oleh yg ~ oleh (hal) yg begitu; dlm ~ itu ketika itu; tak ~ mahal tidak begitu mahal;
sedemikian seperti (sebagai) itu, sebegitu: Esah telah bertahun hidup ~; kalau ~ indah kalau sebegitu indah
demiliterisasi
(démiliterisasi) pembebasan drpd hubungan-hubungan (sifat-sifat dll) ketenteraan, penarikan tentera drpd sesuatu daerah dll (utk menjadikannya bebas drpd kekuasaan dsb tentera);
mendemiliterisasikan membebaskan drpd hubungan-hubungan (sifat-sifat dll) ketenteraan (bkn pemerintahan, pentadbiran, wilayah dll)
demis
pipih (bkn hidung)
demisioner
(démisionér) IB yg sudah tamat tempoh perkhidmatan tetapi masih bertugas, sementara menanti ganti (bkn kabinet dll)
demit = dedemit
orang halus, orang bunian
demo (démo) I
† sj kereta yg beroda tiga
demo (démo) II
Kl awak
demobilisan
(démobilisan) bekas anggota askar yg telah ditamatkan perkhidmatannya
demobilisasi
(démobilisasi) penamatan perkhidmatan (bagi tentera yg dikerah ketika perang);
mendemobilisasikan menghapuskan (menamatkan) pengerahan tentera, menghentikan (menamatkan perkhidmatan) tentera yg dikerah ketika perang
demografi
(démografi) kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dr segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian, dsb) dlm tempoh waktu tertentu: faktor ~ menyebabkan orang lambat-laun berusaha memperoleh kerja.
demokrasi
(démokrasi) 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas;
berdemokrasi mengamalkan atau berasaskan prinsip-prinsip demokrasi;
mendemokrasikan menjadikan berdemokrasi, menjadikan sesuatu berasaskan demokrasi;
pendemokrasian perihal (tindakan, proses, dsb) mendemokrasikan: ~ pilihan raya; ~ pendidikan peluang mendapat pendidikan bermutu
demokrat
(démokrat) penyokong demokrasi atau prinsip-prinsip demokratik
demokratik
(démokratik) 1. dicirikan dgn, terbit drpd, berkaitan dgn prinsip-prinsip demokrasi; 2. menjunjung atau menyokong demokrasi atau kepentingan rakyat biasa;
mendemokratikkan menjadikan demokratik
demokratis
(démokratis) Id demokratik
demonstran
(démonstran) IB penunjuk perasaan
demonstrasi
(démonstrasi) 1. penerangan, peragaan, dll tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran, dll; 2. tunjuk perasaan dgn cara berkumpul beramai-ramai, berarak, dll: para pelajar membuat kacau dan mengadakan ~;
berdemonstrasi menunjuk perasaan (kerana memprotes dll);
mendemonstrasikan menunjukkan serta menerangkan cara menggunakan sesuatu (spt mesin, alat solek, dll) atau cara-cara melakukan sesuatu;
pendemonstrasian proses atau perbuatan mendemonstrasikan sesuatu: ~ itu memang mustahil dilakukan pd waktu ini.
demonstratif
(démonstratif) cenderung melahirkan perasaan sendiri: dia seorang yg ~.
demonstrir
(démonstrir) IB; mendemonstrir mendemonstrasikan
demoralisasi
(démoralisasi) IB kemerosotan atau kejatuhan taraf akhlak
dempak I
tidak runcing atau tidak lancip (bkn haluan perahu, topi, rumah, dll), pepat, lebar bilahnya (bkn pisau dll), bogok, gemuk pendek (bkn tubuh badan dll)
|