Ditemukan : 1199 Record
denak
1. burung atau binatang pemikat (utk menarik burung atau binatang yg hendak diperangkap dsb), umpan: Dolah batuk menguku-nguku macam ~ tekukur melawan; ayam ~ a) ayam hutan; b) ayam katik; ~ penunggul (burung) pemikat yg dilekatkan pd tunggul kayu; spt ~ mencari lawan prb seseorang yg gagah dan berani. 2. Kd telur yg digunakan utk mengumpan ayam supaya bertelur
dencang
bunyi yg bergemerencang (spt bunyi pedang yg bersentuhan)
dencing → decing, denting
denda
1. hukuman berupa wang, sejumlah wang yg (mesti) dibayar (kerana telah melakukan sesuatu kesalahan spt melanggar peraturan, undang-undang, dll): setelah membayar ~, orang itu dilepaskan; 2. hukuman (biasanya berkaitan dgn kesalahan yg agak kecil): ~ atas murid yg datang lambat;
mendenda 1. menjatuhkan (mengenakan) denda, menghukum dgn memutuskan supaya yg bersalah membayar sejumlah wang: mahkamah berkuasa menghukum atau ~ orang-orang yg didapati bersalah; 2. menghukum (biasanya berkaitan dgn kesalahan yg agak kecil): ayahnya ~nya kerana kecuaiannya itu;
didenda dgn emas yg habis, dipancung dgn pedang yg hilang prb denda pd nama sahaja, yg dikehendaki hanyalah perdamaian;
dendaan 1. hukuman berupa wang, denda: ~ hakim itu sangat berat; 2. wang yg dibayar sbg memenuhi hukuman, wang dr denda: tiap-tiap ~ yg dikutip dijadikan sebahagian drpd hasil negeri;
pendendaan perihal (perbuatan) mendenda
dendalu → dedalu
dendam
1. = ~ berahi perasaan cinta dan kasih yg amat sangat terhadap seseorang: Si Bidin rupanya ada menaruh ~ pd Esah; 2. = ~ hati perasaan (keinginan) hendak membalas perbuatan seseorang (biasanya perbuatan jahat): orang duduk di kampung memang tolong-menolong, tidak boleh menaruh ~;
~ benci = ~ kesumat rasa dendam dan benci yg mendalam; membalas ~ = melepaskan ~ melakukan sesuatu yg tidak baik sbg membalas kejahatan seseorang dan memuaskan dendam hati yg terpendam; menaruh ~ menyimpan (memendam) perasaan ingin membalas perbuatan jahat seseorang; rindu ~ perasaan rindu yg amat sangat;
berdendam menaruh dendam: Karim memang sudah lama ~ hendak membinasakan Pak Sudin;
berdendam-dendaman saling menaruh dendam;
mendendam, mendendami menaruh dendam pd: Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu; dendam ~ saling menaruh dendam;
dendam-mendendam saling mendendami;
mendendamkan menaruh dendam mengenai sesuatu hal (perbuatan dsb): orang-orang itu sudah lama ~ hal orang-orang berasmara di tempat itu;
dendaman perasaan dendam: tidak pula timbul ~ dlm hatinya terhadap orang yg mengkhianatinya;
kedendaman perasaan dendam, dendam: ~nya terhadap gadis itu makin mendalam;
pendendam (orang yg) suka mendendam, (orang yg) suka menaruh dendam: budak itu bukan sahaja seorang yg degil tetapi juga seorang yg ~.
dendan → dandan I & II
dendang I
sj burung, gagak, Corvus macrorhynchos;
~ laut sj burung, Sula leucogaster; burung ~ air = ~ laut sj burung, kosa, Phalcrocorax carbo; ~ (meng)gonggong telur prb perempuan hodoh berpakaian cantik; dandang III
dendang II
1. sj kumbang yg hitam, Cantharis hirsticornis; 2. sj kumbang yg perang kemerah-merahan, Illectica testaceae
dendang III → dandang II
dendang (déndang)
nyanyian (lagu yg dinyanyikan) utk bersuka-suka atau menghiburkan hati; dgn ~ ki dgn mudah sahaja;
berdendang, berdendang-dendang bernyanyi (berlagukan) dendang, bernyanyi (-nyanyi) utk bersenang-senang hati: mereka terus ~ dan berpantun;
orang ~ di pentasnya, orang beraja di hatinya prb tiap-tiap orang berkuasa di tempat masing-masing; sambil ~ biduk hilir prb membuat dua tiga pekerjaan dgn sekali gus;
mendendangkan menyanyikan dendang (utk bersuka-suka hati), menyanyikan (lagu yg menghiburkan): suara burung hantu bersahut-sahutan di tengah rimba ~ lagu disahuti dgn suara pungguk yg lanjut sayu; kedengaran di radio, biduan P. Ramlee sedang ~ lagu “Merak Kayangan”;
dendangan (lagu dsb) yg didendangkan oleh seseorang: lagu merdu ~ biduanita Saloma.
dendeng (déndéng) I
daging tipis yg dirempahi dan dikeringkan: ~ daging rusa;
mendendeng membuat dendeng
dendeng (déndéng) II; mendendeng
1. menayangkan atau menunjukkan (gambar, surat, dll) tetapi tidak diberi pegang: dia ~ gambar kawannya kpd saya; 2. melindungi (menutupi) dgn sesuatu benda yg lebar;
terdendeng tertayang atau tergantung (bkn gambar, cermin, dll): gambarnya ~ di dinding bilik tidurnya.
denderam I
sj tumbuhan (pokok), meneram, mengeram, neram, Dipterocarpus oblongifolius
denderam II
sj kuih yg dibuat drpd tepung beras dan gula melaka, dibentuk spt roda atau bulat leper yg berlubang di tengah, deram-deram, pengeram
dendulang
sj tumbuhan (pokok renek); → dulang IV
dener
(dénér) Kl keadaan yg basah (berair, lembap, dll), berair, basah
dengak †; terdengak
terdongak (kepala)
dengan I
1. (ber)serta, bersama, disertai (oleh), ditemani (oleh): saya pergi menonton wayang ~ adik saya; seorang tua ~ anaknya sekali telah mati terbunuh; 2. kata yg digunakan utk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dll) atau alat dsb yg digunakan: Ahmad membelah durian ~ parang; kerja ini dapat diselesaikan ~ kerjasama yg erat drpd semua pihak; menambah ilmu pengetahuan ~ membaca; 3. melawan, menentang: bergaduh ~ adiknya; berperang ~ musuh; 4. kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan (gaya dsb): Ahmad menerima hadiah itu ~ terketar-ketar; menjerit ~ sekuat hati; menghadapi masalah ~ tenang; 5. oleh, kerana, atas; ~ nama Allah atas nama Allah; ~ yg demikian oleh yg demikian; 6. kata utk menyatakan hubungan kesesuaian (kecocokan, keselarasan, dsb): tindakan yg diambil sesuai ~ keadaan; sependapat ~ saya; 7. kata yg menjelaskan sesuatu perolehan (pencapaian dsb): ramai pelajar yg lulus ~ mendapat gred dua; 8. kata yg menunjukkan tumpuan sesuatu perbuatan (sikap, pernyataan, dll): Sukor akan berbincang ~ dia sebelum membuat keputusan; barangkali demikian juga halnya ~ cerpen-cerpen di dlm Rintisan; 9. bp pada: ~ dia semua boleh.
dengan II
1. sl sahabat, kawan, teman; 2. Mn, sl hamba, sahaya: Datuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya; 3. sl saya, aku
|