Sabtu, 21 November 2026   |   Ahad, 10 Jum. Akhir 1448 H
Pengunjung Online : 7.261
Hari ini : 101.262
Kemarin : 95.893
Minggu kemarin : 821.392
Bulan kemarin : 11.429.130
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 26 27 28 29 30 >  Last ›
dengap; berdengap

1. berdenyut kencang (bkn jantung), berdebar: selepas berlari berkeliling padang itu beberapa kali, jantungnya mulai ~; 2. sesak nafas;

mendengap mendenyut-denyut (bkn jantung dll): kepalanya ~ selalu.

dengar;

panggil tak ~ ki jauh (sekali); corong ~ Id corong alat mendengar; salah ~ salah menangkap (percakapan, kata-kata yg dituturkan, dll);

dengar-dengar menurut khabar yg diterima, menurut yg diketahui: ~nya Idah selalu bergaduh di sana; ~ angin menurut khabar angin;

berdengar Mn didengar(kan), dipedulikan, diturut(kan);

mendengar 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, mempertimbangkannya, dsb), mempedulikan, mengikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu keputusan (resolusi);

dengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengar cakap orang, terjun masuk lubuk prb hendaklah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan, jangan mendengar cakap orang; didengar ada, dipakai tidak prb tidak mengikut nasihat;

mendengarkan, mendengari 1. mendengar akan (sesuatu): fikiran Khatijah semakin terang apabila ~ suara takbir memuji Tuhan; kemudian Datuk Ujang menceritakan kisah yg pernah didengarinya drpd seorang komunis yg ditawan; 2. mengendahkan, mempedulikan, mengikutkan (nasihat, bujukan, dll): jangan kamu dengarkan sangat cakap orang;

memperdengarkan 1. melakukan sesuatu (spt memainkan alat muzik, menyanyikan lagu, dsb) supaya didengar oleh orang lain, menyiarkan (lagu dsb) melalui radio: Hamzah sering diundang utk ~ gesekan biolanya dlm majlis yg besar-besar; 2. menyiarkan (mengemukakan dsb) supaya diketahui umum atau orang lain: keluhan para isteri tentang kelakuan suami yg keterlaluan banyak sekali diperdengarkan menerusi majalah;

terdengar 1. (sudah) didengar: apabila ~ oleh Pak Pandir bunyi itu, ia pun lari lintang-pukang; 2. dapat (boleh) didengar: sebelum dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju; 3. ki sanggup (tahan) didengar: tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing; 4. didengar, diketahui: berita itu sudah ~ merata-rata;

terdengar-dengar seolah-olah (masih) mendengar, seolah-olah belum luput dr telinga;

dengar-dengaran 1. mempedulikan, mengendahkan, mendengar (menerima, menurut, percaya, dsb): jangan tuanku ~ akan sembah orang yg tiada sebenarnya; 2. perasaan seolah-olah mendengar (sesuatu), perasaan spt terdengar-dengar: cuma ~ saya sahaja agaknya;

kedengaran 1. (dapat) didengar, terdengar: dr jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin; 2. diperoleh berita, diketahui: setelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah;

pendengaran 1. pancaindera utk mendengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar: Kak Bedah mengangkat kepalanya utk menjelaskan ~nya;

pendengar 1. alat (perkakas, benda) utk mendengar(kan); 2. orang yg mendengar (bunyi, percakapan, dsb): ~ radio; 3. = pendengaran pancaindera utk mendengar; 4. Id mahasiswa tidak berdaftar tetapi mengikuti (mendengar sahaja) kuliah-kuliah

denggi

(dénggi); demam ~ penyakit virus yg berjangkit melalui gigitan oleh nyamuk Aedes, yg dicirikan dgn sakit kepala, demam, sakit pd sendi dan ruam

dengih

bunyi spt bunyi orang menahan kesakitan (biasanya senak perut), bunyi spt orang sesak nafas;

terdengih-dengih kembang kempis dadanya (spt orang yg memikul barang yg sangat berat), mengeluarkan bunyi dengih

dengik I
dengih
dengik II Jw; mendengik
memandang dgn mengeluarkan kepala (di jendela dsb), menjenguk
denging, dengingan
bunyi dengung yg halus: dengarkah detak nadiku bagai ~ jutaan lebah?
dengkang

bunyi spt bunyi katak; si dengkang sl † katak: si ~ berbunyi malam;

berdengkang-dengkang 1. berbunyi spt bunyi katak; 2. (tertawa dgn) berdekah-dekah (kuat): nakhoda tertawa ~.

dengkang

(déngkang); ~-dengkol bengkang-bengkok (tangan, pokok, dll)

dengkel
(déngkél) 1. tidak berisi (buah-buahan spt durian dll), kering, tidak berair (bkn buah-buahan); 2. kaku atau bengkak pd buku lali
dengket
(déngkét) Pl berjalan dgn sebelah kaki
dengki 1. = kedengkian

kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yg amat sangat, niat jahat yg terpendam terhadap seseorang (disebabkan perasaan iri hati): tiada aku mengadakan segala perkataan ini oleh sebab ~; difitnahkannya pemuda itu kerana ~nya; 2. = berdengki menaruh perasaan benci (niat jahat dsb) terhadap seseorang kerana cemburu atau iri hati yg amat sangat: apalah gunanya kita ~ sesama kita;

berdengki-dengkian saling berdengki;

mendengki dengki pd (terhadap), menaruh kebencian (niat jahat) terhadap seseorang (kerana berasa iri hati yg amat sangat): tidak ada gunanya kamu ~ kawan-kawanmu sendiri;

dengki-mendengki saling berdengki: semua penduduk Madinah tidak harus bermusuh-musuhan dan ~ antara satu sama lain;

pendengki (orang yg sifatnya) suka mendengki: Ahmad itu ~ sungguh orangnya.

dengkik

1. kedengkik, sangat kurus, kurus kering (dan lemah); 2. tidak dalam (bkn pengetahuan), cetek

dengking

bunyi spt bunyi salakan anjing kesakitan (kerana dipukul dsb);

berdengking, mendengking menjerit atau berteriak (spt salakan anjing)

dengkis

sj ikan laut, Siganus spp.;

~ gebang sj ikan laut, Acanthurus dussumierii; ~ lada, Siganus jarus

dengkol (déngkol)

1. bengkok (lengan dll), cengkol; 2. ki telor, pelat

dengkot (déngkot); berdengkot-dengkot
berjalan tempang, berjengkot: lelaki itu ~ mengheret kakinya.
dengkul I † → dengkol
dengkul II

Jw lutut;

mendengkul melutut, berlutut

 
dengkul III
Jw, bp bohong, dusta, palsu; berita (khabar, radio) ~ bp berita palsu; modal ~ bp modal pd cakap sahaja, modal kosong; saksi ~ saksi yg palsu
‹ First  < 26 27 28 29 30 >  Last ›