Ditemukan : 1199 Record
dengkung
bunyi kung kung (bunyi spt bunyi jeritan anjing yg dipukul atau bunyi besi dipalu dll);
berdengkung, mendengkung berbunyi kung kung, mengeluarkan bunyi dengkung;
berdengkung-dengkung berdengkung (berbunyi dengkung) berulang kali
dengkur
1. bunyi spt bunyi nafas yg kuat (dr orang yg sedang tidur), keruh; 2. bunyi kur kur (kerana kesakitan yg amat sangat): terdengar bunyi orang tersungkur jatuh di hujung tangga diikuti ~ yg kuat;
berdengkur, mendengkur 1. mengeluarkan dengkur (ketika tidur), berkeruh, mengeruh: tidur ~; 2. tidur dgn nyenyaknya serta mengeluarkan (bunyi) dengkur: apabila ayam berkokok kencang, aku sudah jaga, tetapi Mustapha masih ~;
dengkuran dengkur, bunyi mendengkur: Fauzi dgn mulutnya ternganga, melepaskan ~ pula spt bunyi harimau menantikan mangsanya.
dengkus
bunyi spt bunyi menarik (menghembuskan) nafas dgn hidung;
berdengkus, mendengkus mengeluarkan bunyi dengkus
dengkut → dengkur, dengut I
dengu → dungu
denguh → lenguh I
denguk; terdenguk
tergerak-gerak ke kiri ke kanan dsb (kepala lembu, kerbau, dll) ketika makan rumput
dengung
bunyi yg bergema spt bunyi kumbang (kapal terbang, gong yg dipalu, dll);
berdengung, berdengung-dengung, mendengung berbunyi (bersuara) bergema: motokar meluncur berdengung-dengung;
mendengungkan 1. mengeluarkan bunyi dengung (bunyi bergema): gong yg dipalu itu pun ~ bunyi yg memekakkan telinga; 2. = mendengung-dengungkan ki menghebah-hebahkan, menyebarkan (berita): pihak musuh sering mendengung-dengungkan keburukan yg berlaku dlm negeri kita;
dengungan 1. bunyi yg berdengung (mendengung), dengung: ~ pukulan gong sayup-sayup kedengaran dr tempat kami; 2. bp propaganda, diayah: segala ~ yg dilaungkan oleh pihak musuh tidak memberi bekas apa-apa kpd kita.
dengus
bunyi hembusan nafas yg kuat (spt bunyi hembusan nafas lembu, kerbau, dll): kantuknya masih menyerkap seluruh anggotanya, kuapnya spt ~ lembu jantan;
berdengus, mendengus 1. mengeluarkan bunyi spt bunyi hembusan nafas lembu (kerbau dll); 2. menghembuskan nafas dgn kuat (berbunyi); 3. melahirkan perasaan marah (menghina dsb) dgn dengus: apabila kecil menyembah-nyembah hendak meminta wang, apabila besar bapak sendiri dianggap sepi, Pak Sudin ~.
dengut I
bunyi yg bergema memanjang (spt bunyi burung puyuh, gong yg dipalu, dll): ~ puyuh bersahut-sahut di dalam lembah;
berdengut, mendengut, terdengut mengeluarkan bunyi dengut, berbunyi dengut (bkn puyuh, gong yg dipalu, dll)
dengut II
Kl tidak cergas (akal fikiran), lambat menangkap ajaran, dll
dening Kl; sedening
sepasang (lembu, kerbau, dll)
denotasi
(dénotasi) (Lin) 1. makna eksplisit sesuatu perkataan, lwn konotasi; 2. hubungan semantik antara satuan bahasa dgn benda (simbol dll)
denotatif
(dénotatif) berkaitan dgn denotasi: simbol tersebut mempunyai kuasa ~.
densiti
(dénsiti) ukuran kepadatan, ketumpatan
dentam
bunyi spt bunyi besi dipukul (pintu ditutup dgn kuat, mercun dibakar, dll); ~-dentum bunyi dentam yg berulang-ulang;
berdentam berbunyi dentam: pintu itu tadi ~ ditiup angin;
dentaman bunyi dentam
dentang; dentangan
bunyi spt bunyi besi dipukul (letupan yg kuat dll);
berdentang berbunyi spt bunyi besi dipukul dll: sungguh geram hati Baki, ~ botol ubat itu dilemparkannya ke dalam tong sampah;
berdentang-dentang berbunyi dentang berkali-kali
denting; dentingan
bunyi spt bunyi duit syiling jatuh ke batu dll;
berdenting berbunyi ting spt bunyi duit syiling jatuh ke batu
dentum
bunyi spt bunyi meriam atau bom dll (lebih besar drpd dentam);
berdentum berbunyi spt bunyi meriam dll: bunyi meriam ~-dentum diselangi oleh bunyi senapang yg menggerutup;
dentuman bunyi dentum (spt bunyi meriam): kami diberi kesempatan utk berehat, tetapi telinga kami dipekakkan oleh ~ meriam;
berdentuman saling berdentum: guruh ~, sesekali kilat sabung-menyabung.
dentung
bunyi spt bunyi guruh (tong atau gendang dipalu dll);
berdentung berbunyi spt bunyi guruh dll;
berdentung-dentung berbunyi dentung berulang kali: terdengar lagu Melayu asli dr gesekan biola dan ditingkah pula dgn gendang ~.
|