Kamis, 11 Juni 2026   |   Jum'ah, 25 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 149
Hari ini : 7.399
Kemarin : 58.870
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 28 29 30 31 32 >  Last ›
dentur
bunyi spt bunyi letupan kecil
denyar; berdenyar

mengilat (cahaya), memancar;

denyaran kilat cahaya yg bergerak dgn cepat

denyut

gerakan turun naik atau kembang kempis (nadi, jantung, ubun-ubun, dll); ~ jantung gerakan kembang kempis atau debaran jantung; ~ nadi gerakan nadi;

berdenyut, mendenyut bergerak turun naik atau kembang kempis (spt gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dll): apabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir; hatinya mendenyut menahan kemarahannya;

denyutan gerakan kembang kempis atau turun naik (bkn nadi, ubun-ubun, jantung, dll), gerakan mengembut-embut, gerakan kemut-kemut: senaman boleh menderaskan ~ jantung.

deodoran
(déodoran) bahan yg dipakai pd badan utk menghilangkan bau perpeluhan dll
dep (dép) I; mendep
Id, bp tidak meneruskan sebagaimana sepatutnya (sesuatu hal, pekerjaan, usul, dll), menahan (surat dll), memeram
Dep (dép) II
Id kep Departemen
depa

(ukuran) panjang antara kedua-dua hujung tangan yg didepangkan (empat hasta atau kira-kira enam kaki);

mendepa mengukur dgn depa (dgn mendepangkan tangan): kuli-kuli itu sedang ~ kawasan yg mesti mereka kerjakan utk hari ini;

mendepakan merentangkan atau menghulurkan (tangan) lurus-lurus ke kanan dan ke kiri, mendepangkan: satu drpd gerak badan yg dilakukan ialah dgn ~ kedua-dua belah tangan perlahan-lahan.

depa (dépa)
Kd, Pl, Pn mereka semua, dema
depak I Jk; mendepak

1. menyepak, menendang: pengganas-pengganas telah ~ orang-orang yg membantah kehendak mereka; 2. ki memberhentikan (drpd jawatan, perkumpulan, dll), memecat: ahli itu telah didepak drpd persatuannya kerana tidak patuh kpd undang-undang persatuan;

pendepakan perihal atau perbuatan mendepak

depak II bunyi spt bunyi hentakan kaki kuda berjalan (buku jatuh ke lantai dll);

berdepak-depak berbunyi depak berulang-ulang;

mendepakkan membunyikan depak dgn lidah

depan

hadapan, muka: dr rumah ketua kampung ternampak api pelita minyak tanah di ruang ~; minggu (bulan dll) ~ minggu (bulan dll) yg akan datang;

di depan di hadapan, di muka: ~ markas besar itu terletak sebuah jip yg sudah tua;

ke depan 1. ke hadapan, ke muka, mara; 2. selanjutnya, seterusnya, hingga pd;

terkedepan berada (jauh) di depan atau di hadapan (dlm proses kemajuan dsb), sudah maju: utk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ drpd tamadun yg sedang didudukinya; seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata drpd pengadil-pengadil yg ~;

berdepan bertemu (bersua) muka, berhadapan: perasaanku senang sekali apabila ~ dgn anak-anak itu;

berdepan-depan berhadap-hadapan, bersemuka;

mendepan menghadap (menghala, mengarah) ke: ibunya tidak berbaju, hanya berkemban gantung sahaja dan separuh dadanya terbuka ~ angin;

mendepani 1. berada di depan sesuatu: tinggallah Masniah keseorangan yg sedang ~ Mat Deli dgn degup jantungnya yg kencang; 2.berusaha tidak mahu ketinggalan, mendahului: Adi dirasakan begitu besar ~nya dlm setiap bidang;

mengedepankan mengutarakan, mengemukakan: ~ permohonan kpd pihak yg berkenaan;

terdepan (yg) di depan sekali: askar-askar kita yg di medan perang ~ semuanya berjaga-jaga.

depang; mendepang

1. merentang (menghulurkan lurus-lurus) kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri: kedua-dua belah tangannya ~ dr tiang ke tiang pintu; 2. = berdepang terentang atau terhulur lurus (kedua-dua belah tangan) ke kiri dan ke kanan: dia dipaksa berdiri di tengah panas dgn tangannya ~; 3. = mendepangkan merentangkan kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri: dia mendepangkan kedua-dua belah tangannya sambil melonjak dgn sekuat-kuat hatinya;

terdepang terentang (tangan) ke kanan dan ke kiri, berdepang

depap debap

Deparlu
(déparlu) Id kep Departemen Luar Negeri
departemen
(départemén) IB 1. jabatan (bahagian dlm pentadbiran negara yg menguruskan tugas dan tanggungjawab tertentu); 2. (bangunan) tempat tugas-tugas tertentu pentadbiran negara dijalankan
depati
† ketua daerah dipati
depek (dépék) Tr; berdepek
bersungut, berungut, berleter
Deperindra
(déperindra) Id kep Departemen Perindustrian Rakyat
Depernas

(dépernas) Id kep Dewan Perancang Nasional

Depertan
(dépertan) Id kep Dewan Pertahanan Nasional
depong
(dépong) Tr (meng)angkat (orang)
deposit

(déposit) 1. simpanan wang di bank atau institusi yg serupa; ~ tetap simpanan wang yg tertentu lamanya (atau utk jangka masa yg ditetapkan) dgn mendapat bayaran faedah; 2. wang yg disimpan di bank atau institusi yg serupa;

mendepositkan menyimpan wang di bank atau institusi yg serupa utk mendapatkan faedah atau utk keselamatan;

pendeposit penyimpan wang di bank: pekerja yg diberhentikan kerja mempunyai hak yg sama spt ~ CCB.

‹ First  < 28 29 30 31 32 >  Last ›