Ditemukan : 1199 Record
diskonto
IB potongan harga yg diberikan kerana pembayaran yg dibuat sebelum waktunya
diskriminasi
perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb: ~ terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang; perkara ~ yg dilakukan oleh pihak yg berkuasa itu tidaklah patut didiamkan sahaja; ~ sosial perihal membeza-bezakan seseorang dr segi kedudukannya dlm masyarakat;
berdiskriminasi berbeza tindakan atau layanan terhadap sesama anggota masyarakat kerana berlainan warna kulit, agama, dll: para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dlm membuat pilihan tentang media;
mendiskriminasikan membeza-bezakan (dr segi layanan): golongan ini telah didiskriminasikan oleh golongan manusia yg lebih beruntung drpd mereka.
diskriminatif
bersifat membeza-bezakan (dr segi layanan): pemberian kredit telah dibuat secara ~ sekali.
diskus
sj piring bulat dan berat drpd logam, kayu, dsb yg dilemparkan sejauh-jauhnya dlm salah satu acara sukan cakera
diskusi
perbincangan mengenai sesuatu hal: majlis ~ yg mula-mula diadakan oleh PENA bertempat di Kuala Lumpur;
berdiskusi berbincang: setiap hari mereka ~ tentang persoalan-persoalan dlm pelajaran mereka;
mendiskusikan membincangkan sesuatu hal: perkara yg akan didiskusikan nanti bukanlah mengenai soal novel.
dispensari (dispénsari)
tempat mendapatkan ubat
dispensasi (dispénsasi)
IB kekecualian drpd sesuatu kewajipan atau larangan
disprosium (Kim)
sj unsur logam
distribusi
Id 1. pembahagian (pengedaran) barang-barang; 2. catuan barang-barang;
mendistribusikan 1. membahagi-bahagikan (menghantar, mengedarkan) barang-barang (kpd wakil-wakil penjual, pekedai-pekedai runcit dll); 2. mencatu barang-barang
distrik
1. kawasan yg diketuai oleh seorang pegawai daerah; 2. Id kawasan yg tertentu dlm sesuatu hal (spt daerah pemilihan dll)
dito
sama spt yg tersebut dahulunya atau sebelumnya
diuresis (diurésis)
(Ubat) pembuangan air kencing secara berlebihan
diurnal (Bio)
1. bkn bunga yg kembang pd siang dan kuncup pd malamnya; 2. bkn haiwan yg aktif pd waktu siang dan tidur pd malamnya
dius I
kedudukan seri dlm permainan (tenis, pingpong, dll) yg memerlukan seorang pemain mendapatkan dua mata berturut-turut utk memenangi permainan.
dius II
sejumlah wang yg kena dibayar sbg yuran (spt utk keahlian sesuatu persatuan)
diversifikasi
perbuatan atau hal mempelbagaikan pengeluaran dll
dividen (dividén)
bahagian keuntungan yg dibayar kpd pemegang saham dlm sesuatu syarikat
divisi
divisyen
sepasukan besar tentera (lebih besar drpd rejimen atau briged, tetapi lebih kecil drpd kor) yg biasanya diperintah oleh mejar jeneral
diwangsa → adiwangsa
|