Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 5.210
Hari ini : 58.118
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 41 42 43 44 45 >  Last ›
dingkis

1. = ikan ~ sj ikan laut, Siganus spp.; 2. = ~ gebang sj ikan laut, Acanthurus dussumierri

dingkit Mn; berdingkit-dingkit
berasak-asak, bersesak-sesak, bertolak-tolak
dingo
sj anjing liar di Australia, Canis dingo
dini;
rotan ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Flagellaria indica
dinihari (hari, waktu)
fajar belum menyinsing, lebih kurang pukul 3-5 pagi, pagi-pagi benar: pertempuran itu mula berlaku pd waktu petang dan melarat hingga waktu ~; hulu ~ lebih kurang pukul 3.30 pagi
dinis

† bp dinas, dines

dinosaur
reptilia pupus (kebanyakan bersaiz besar) drpd order Saurischia dan Ornithischia
dioksida (Kim)
oksida yg mengandungi dua atom oksigen: karbon ~
dipan

IB sj bangku panjang yg rendah

dipati → adipati
diploma (sijil)

kelayakan yg biasanya lebih rendah tarafnya atau lebih khusus sifatnya drpd ijazah: dia baru lulus drpd latihan pertanian dan ~nya terpampang di dinding rumahnya; dia mengikuti kursus ~ pendidikan di Universiti Malaya;

berdiploma sudah mendapat diploma

diplomasi

1. seni atau amalan mengurus hubungan antarabangsa: kemenangan ~ Inggeris itu disebabkan oleh kebijakan para diplomatnya; wakil-wakil ~ Id wakil-wakil negara asing spt duta (kuasa usaha dll); 2. seni dan kemahiran berurus dgn seseorang tanpa menyinggung perasaanya: licin sekali ~ Pak Ali meminta yuran hingga sedikit sahaja ahli yg tidak membayar hutang;

berdiplomasi 1. mengurus hubungan antarabangsa; 2. mengendalikan seseorang dgn berhati-hati (tidak dgn terlalu berterang-terangan)

diplomat
1. pegawai kanan (duta dll) yg dilantik utk mewakili negaranya dlm hubungan antarabangsa; 2. orang yg mahir berurus dgn seseorang tanpa menyinggung perasaannya: suruhanjaya itu telah juga menyediakan rangka perjanjian tentang keutamaan dan hak para ~.
diplomatik
1. bkn hubungan antarabangsa: kenyataan pejabat negara ini telah menggemparkan kalangan ~ British; banyak negara telah mengadakan hubungan ~ antara satu sama lain; 2. bp dgn berhati-hati (samar-samar) apabila mengatakan sesuatu
dirah;
baju ~ sl baju besi; zirah
diraja

1. sl kependekan drpd adiraja; raja ~ sl raja yg maha mulia; angkatan raja ~, panca raja ~ sl jenazah utk raja-raja; 2. hak (milik, dinaungi oleh) raja: Askar Melayu D~; titah ~ titah rasmi yg disampaikan oleh raja

direksi (diréksi)

IB pemimpin (sesuatu perniagaan dll), majlis pemimpin (perniagaan dll).

direktif (diréktif)
arahan yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau pihak atasan; Perdana Menteri telah memberitahu para pemberita yg beliau telah pun mengirimkan ~ kpd wakilnya di Bangsa-Bangsa Bersatu.
direktori (diréktori)
(Komp) fail yg mengandungi maklumat spt nama, sifat, dan kedudukan fail yg terkandung di dlm cakera
direktur (diréktur)
IB pengarah, ketua (pemimpin tertinggi) dlm sesuatu badan atau perusahaan, ketua sekolah menengah (lanjutan dll)
‹ First  < 41 42 43 44 45 >  Last ›