Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 4.211
Hari ini : 55.919
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 42 43 44 45 46 >  Last ›
dirgahayu

sl (mudah-mudahan) lanjut usia, panjang umur

dirham

† mata wang emas atau perak (masa dahulu)

diri I
1. batang tubuh, orang seorang, empunya badan: apalah nasib ~ku ini merantau di tempat orang, pandai-pandai membawa ~; nama (peng)ganti ~ Id kata ganti (aku, engkau, dll); nama ~ nama khas (Ali, Busu, Perak, dll); 2. sendiri (bukan orang lain), badan sendiri: membunuh ~; menyerah ~; memohon ~ meminta izin hendak pulang atau beredar; 3. sl awak, kamu, engkau (semua): hai Dang Saji, Dang Merdu! Bermainlah ~ barang rupanya di hadapan Tun Tuah ini; kedirian † peribadi
diri II; berdiri

1. tegak di atas kaki, tidak berbaring (duduk, mencangkung, dsb), bangkit dan tegas: setelah khutbah selesai dibaca, maka masing-masing pun ~ utk bersembahyang; kami terpaksa ~ sahaja dlm dewan itu kerana kerusi yg disediakan tidak mencukupi; 2. (telah) diadakan atau ditubuhkan (bkn negara, pertubuhan, dll), telah ada: DBP sudah ~ sejak tahun 1956 lagi; 3. = ~ atas berdasarkan, berasaskan, (bergantung, bersandar) pd: berjaya tidaknya rancangan yg baru itu ~ atas sokongan yg diterima drpd orang ramai; ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd orang lain; 4. = ~ atas = ~ drpd berasal (bermula, terbitnya, terjadi) drpd;

~ di belakang (pemerintah) menyokong atau berpihak (kpd pemerintah); ~ (bertegak) lutut duduk dgn lutut didirikan (ditegakkan); ~ sendiri tidak bergantung pd orang lain;

~ sama tegak, duduk sama rendah prb sama setaraf, sejajar dgn;

mendirikan 1. menjadikan berdiri, menegakkan: tiang gol di padang sekolah kami telah pun didirikan pagi tadi; 2. membina (rumah, bangunan, dsb), membangunkan: penduduk di situ bekerjasama ~ surau di kampung itu; 3. menubuhkan (persatuan, perkumpulan, dll): penduduk kampung kami sebulat suara bersetuju utk ~ sebuah kedai syarikat; ~ rumahtangga berkahwin;

terdiri 1. (telah sedia) berdiri atau didirikan, (tiba-tiba, masih) berdiri: perempuan muda yg sedang menaiki tangga itu terhenti dan ~ apabila namanya dipanggil; berhambuslah segera, aku benci melihat muka-muka pengecut ~ di hadapanku; 2. telah didirikan (dibina, dibangunkan), terbina, terbangun: di kiri kanan lorong sempit itu, ~ beberapa buah rumah; 3. sl dapat bertahan: maka segala rakyat Indera Puri Negara dgn hulubalang empat itu lalu pecah tiada ~ lagi lalu larilah datang kpd Sardal dan Kamdakata; ~ drpd terbentuk (terjadi, terjalin) drpd: mereka yg menyerang dan merompak itu ~ drpd pemuda-pemuda yg telah rosak akhlak; penaja perkumpulan ini hanya ~ drpd dua orang sahaja;

dirian (Hut) jumlah pokok (kayu balak) yg terdapat dlm suatu kawasan hutan, biasanya dinyatakan dlm isi padu per unit keluasan;

pendirian 1. pegangan (bkn fahaman, pendapat, dll) utk menimbang atau menilai sesuatu: menjaga keselamatan hendaklah dijadikan ~ bukannya hanya kerana taat kpd peraturan; 2. perihal mendirikan sesuatu: ketika mengikir, tentukan ~ yg betul alat yg hendak dikikir itu; 3. pembinaan, pembangunan: ~ bangunan itu dibiayai oleh kerajaan negeri; 4. dasar (sikap, keputusan, dsb) yg dijadikan pegangan utk memandang atau menilai sesuatu hal: Malaysia tetap dgn ~nya ingin menjadikan rantau ASEAN ini kawasan aman, bebas, dan berkecuali; 5. † bangunan, binaan; 6. † lembaga, perbadanan, pertubuhan;

berpendirian mempunyai pendirian, berpegang teguh (pd sesuatu pendapat, fahaman, dsb): saya masih ~ bahawa Karl Marx telah membuat suatu ramalan yg meleset;

pendiri 1. = sependiri sepanjang (setinggi) orang berdiri; 2. penaja sesuatu perkumpulan (perbadanan dll); 3. orang yg mendirikan atau mengasaskan sesuatu: semua ahli teori ini ialah ~ teori sastera Barat.

dirigen (dirigén)
IB pemimpin orkes
diris; mendiris

menyiram, mengairi;

pendiris; ~ hati † penyejuk hati; dirus, jirus I

dirus; mendirus

menyiram: tiap-tiap petang kalau tidak hujan, Busu ~ pokok bunganya;

mendiruskan menyiramkan: maka diambil oleh Raja air mawar tujuh buyung, maka disiramkan serta didiruskan pd tubuh laksamana;

pendirusan 1. perihal atau perbuatan mendirus, penyiraman; 2. tempat atau bilik mandi; diris, jirus I

dis I

IB, bp dinas (tentera)

Disember (Disémber)
bulan yg kedua belas tahun Masihi (bulan ini mengandungi 31 hari)
disenteri (disénteri)
sj penyakit yg dicirikan oleh cirit-birit, biasanya keluar lendir dan darah
disertasi (disértasi)
pengolahan bertulis yg panjang dan terperinci tentang sesuatu perkara yg diserahkan utk mendapatkan ijazah tinggi
disfasia (Ubat)
gangguan pertuturan yg disebabkan ketakupayaan menyelaraskan dan menyusun perkataan dlm ayat
disfonia (Ubat)
gangguan suara, spt garau
disharmoni
1. canggung, janggal, tidak secocok; 2. kecanggungan, kejanggalan
disinfektan (disinféktan) (Ubat)
agen (bahan) pembunuh kuman yg digunakan utk mensterilkan sesuatu (spt radas pembedahan dan makmal)
disiplin

1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib: ~ ketenteraan yg ketat; 2. peraturan yg ditetapkan utk melatih seseorang supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yg melanggar ~; 3. kepatuhan kpd peraturan yg telah ditetapkan: mereka sentiasa menunjukkan ~ yg baik utk menjaga nama baik sekolah mereka; 4. hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yg ditetapkan: tindakan ~ akan dikenakan terhadap pemandu bas yg tidak cermat; 5. bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah satu ~ dlm bidang linguistik;

berdisiplin patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan sesuatu usaha yg dilakukan bergantung pd kumpulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~;

mendisiplinkan membuat supaya berdisiplin: ibu bapa dan guru-guru bertanggungjawab ~ kanak-kanak.;

pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila kepujanggaan;

pendisiplin orang (biasanya yg ada kuasa) yg mendisiplinkan orang lain: menggunakan kekuasaan sbg ~ bagi seseorang.

disipliner (disiplinér)
IB berdisiplin
diskaun

potongan drpd harga atau nilai penuh sesuatu barang atau perkhidmatan;

mendiskaun memberikan diskaun;

pendiskaunan perihal mendiskaun

disket (diskét)
kepingan magnetik drpd plastik yg digunakan utk merakamkan data dsb dgn komputer, cakera liut: difahamkan lebih 3000 ~ mengandungi maklumat perikanan negara yg dikumpulkan sejak tiga tahun lalu musnah dlm kebakaran itu.
disko
sj kelab malam atau tempat hiburan utk pengunjungnya menari mengikut muzik yg biasanya kuat dan rancak; muzik (tarian) ~ sj muzik (tarian) rancak yg biasanya dimainkan (ditarikan) di disko-disko
‹ First  < 42 43 44 45 46 >  Last ›