Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 4.921
Hari ini : 53.815
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 44 45 46 47 48 >  Last ›
DJ
kep disc jockey (orang yg mengumumkan dan memainkan muzik yg dirakam, terutamanya muzik pop, di rancangan radio atau disko)
dll

kep dan lain-lain

dlm
kep dalam
DNA
kep deoxyribonucleic acid (juzuk utama yg membentuk bahan genetik (bahan penentu ciri-ciri kebakaan) kebanyakan organisma hidup, termasuk sesetengah virus yg terkandung di dlm nukleus sel organisma yg berkenaan)
doa

1. permohonan (permintaan) kpd Tuhan: ~ Aini supaya Murad berbahagia dlm hidupnya; 2. kebaikan (yg dipinta) dgn restu drpd Tuhan: dia memohon ~ agar anaknya lulus dlm peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia; 3. potongan ayat terutama drpd Quran (hadis dsb) yg dibaca utk memohon sesuatu kebaikan drpd Tuhan: setiap kali selepas sembahyang, dia membaca berbagai-bagai ~;

~ arwah doa yg dibaca (sewaktu sembahyang mayat dll) utk orang Islam yg telah meninggal dunia dan ditujukan juga kpd orang-orang yg masih hidup; ~ musafir doa yg dibaca (oleh orang Islam) sewaktu dlm perjalanan supaya dijauhkan drpd sebarang kemalangan dsb; ~ panjang umur doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk memohon kpd Tuhan supaya dilanjutkan usia; ~ pendinding doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk menjauhkan diri drpd bahaya; ~ pengasih jampi utk membuat orang kasih pd kita; ~ restu doa (permintaan) yg diharapkan mendapat berkat drpd Tuhan; ~ selamat = ~ kesyukuran doa kerana mengucap syukur kpd Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat; ~ tolak bala doa yg dibaca selepas bersembahyang utk meminta kpd Tuhan supaya dijauhkan drpd sebarang bala (spt wabak penyakit dsb);

berdoa, mendoa meminta (memohon) kpd Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa: bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kpd Tuhan; aku ~ semoga Tuhan mendekatkan aku kpd kebaikan dan menjauhkan aku drpd kejahatan;

mendoakan memohonkan sesuatu kpd Tuhan: aku doakan semoga kau berbahagia selalu; dia sentiasa ~ keselamatan anak-anaknya.

doang = doangan
Jk hanya, sahaja, jua, semata-mata
dobel

Id berpasangan (rangkap), kembar, dua kali;

mendobel, mendobelkan membuat (menjadikan) berpasangan (spt melipat, mengembarkan dll), merangkapkan

dobi

= tukang ~ orang yg kerjanya mencuci dan menggosok kain baju pelanggannya di rumahnya (tempatnya) sendiri, benara, benatu, penatu; hantar ~ menghantar pakaian ke kedai dobi utk dibasuh dan digosok;

berdobi telah dibasuh dan digosok oleh tukang dobi: semua pakaiannya ~;

mendobi 1. membasuh dan menggosok pakaian orang (bkn tukang dobi): dia sudah lama bekerja ~; 2. = mendobikan;

mendobikan menghantar pakaian utk dibasuh dan digosok oleh tukang dobi: Zakaria ~ semua pakaiannya.

doble (doblé)
Id tembaga dll yg bersalut emas
dobol I → dobel
dobol II
Jk berlubang atau bocor (karung, guni, dll)
dobolo
†; bermain ~ bermain terup (dua puluh satu)
dobrak Jk; mendobrak

1. memecahkan (merosakkan) pintu dll: saya terpaksa ~ pintu bilik saya kerana kehilangan kunci; 2. melanggar (barisan musuh dll), merempuh;

pendobrakan 1. perihal atau perbuatan merosakkan atau memecahkan pintu (pagar dll); 2. penggemburan (barisan pertahanan musuh dll)

dodet (dodét)
Jk; mendodet membelah (membedah) perut dll
dodoi

lagu (nyanyi) yg didendangkan utk menidurkan anak, dondong, pengulit: maka Pangkulun pun minta halal segala dukung kilik, ~ dan lala serta air susu drpd ibunya;

mendodoikan melagukan (menyanyikan) utk menidurkan anak, mendondong, mengulitkan: dr jauh kedengaran suara itu ~ anaknya dgn pantun-pantun tua.

dodok
† Jw bercanggung, bertinggung; berlaku ~ † berjalan dgn bercanggung
dodol I
= kuih ~ sj penganan yg dibuat drpd campuran tepung pulut, gula melaka, dan santan (kadang-kadang dicampurkan durian) yg dimasak sambil dikacau sehingga kental
dodol II;
mangga ~ Id sj mempelam
dodong I
† sj golok (parang)
dodong II
Mn; terdodong tersodor, terlajak, terlanjur
‹ First  < 44 45 46 47 48 >  Last ›