Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 4.815
Hari ini : 52.713
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1199 Record
‹ First  < 46 47 48 49 50 >  Last ›
dokoh

sj loket yg berupa kepingan yg lebar drpd emas dan berhias dgn batu permata di tengahnya (biasanya berbentuk bulat bagi lelaki dan menyerupai bulan sabit bagi perempuan), aguk;

~ sehari bulan dokoh yg berbentuk bulan sabit

dokok; dokok-dokok
= kuih ~ † sj kuih yg dibuat drpd campuran tepung beras, kelapa, gula, dan pisang yg dibungkus dlm daun pisang dan dikukus
dokong
sj tumbuhan (pokok yg buahnya spt langsat tetapi kulitnya lebih tebal), Lansium domesticum
doktong
Tr keluar rumah tanpa memaklumkan tujuannya: Ali siang malam tiada di rumah, suka benar dia ~.
doktor

1. orang yg berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan: lima orang ~ telah memeriksa dan merawat Perdana Menteri di hospital di London; 2. orang yg telah mendapat ijazah tertinggi dlm sesuatu pengajian: ~ Bahasa dan Kesusasteraan; ~ ilmu hukum;

~ bedah doktor yg berkelayakan utk melakukan pembedahan; ~ falsafah ijazah yg tertinggi yg diberikan kpd seseorang siswazah lanjutan yg menamatkan pengajiannya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yg terdiri drpd para profesor; ~ gigi doktor yg ahli dlm hal gigi dan penyakit gigi; ~ gula Id ahli dlm perusahaan gula; ~ haiwan = ~ binatang bp doktor yg mendapat latihan khusus tentang penyakit binatang dan cara merawatnya; ~ jiwa doktor yg pakar dlm penyakit jiwa; ~ mata doktor yg pakar mengenai rawatan penyakit mata, ahli oftalmologi; ~ pakar kanak-kanak = ~ anak Id doktor yg pakar mengenai pengubatan penyakit kanak-kanak, ahli pediatrik; ~ veterinar doktor haiwan;

kedoktoran 1. hal-hal yg bkn ilmu menjadi doktor (mempelajari atau menyelidik bkn penyakit, cara mengubatinya, dll), perubatan; mahasiswa ~ mahasiswa yg belajar utk menjadi doktor; pengetahuan (ilmu) ~ pengetahuan tentang penyakit (cara mengubatinya dll); 2. kelulusan tertinggi dlm dunia kesarjanaan yg dicapai selepas peringkat ijazah sarjana di pusat pengajian tinggi

doktoral
IB; ujian ~ peperiksaan sebelum yg terakhir di universiti (peringkat yg terakhir ialah utk mendapat gelaran doktor)
doktoranda
IB wanita yg lulus peperiksaan terakhir di universiti (sebelum mendapat gelaran doktor)
doktorandus
IB lelaki yg lulus peperiksaan terakhir di universiti (sebelum mendapat gelaran doktor)
doktrin

prinsip atau kepercayaan yg dianggap benar dan satu-satunya yg dapat diterima: ~ Monroe; ~ Karl Marx;

mendoktrinkan menerapkan atau menanamkan sesuatu doktrin (utk dijadikan pegangan): fakta yg sama dinyatakan oleh Ajikik pd zaman Jepun utk ~ drama demi kepentingan strategi.

dokumen (dokumén)

sesuatu yg bertulis atau bercetak (spt sijil kelahiran, sijil kematian, dll) yg digunakan sbg rekod atau bukti: salinan-salinan ~ yg telah dirampas itu ada menyebut tentang rancangan pertubuhan haram itu hendak menggulingkan kerajaan;

mendokumenkan membuktikan (menunjukkan) dgn dokumen, memberi maklumat-maklumat berupa dokumen utk menerangkan atau membuktikan sesuatu

dokumentar (dokuméntar)
IB dokumentari
dokumentari (dokuméntari)
tayangan (filem, televisyen) atau acara radio yg memaparkan (menceritakan) maklumat (fakta) sebenar tentang sesuatu (perkara, subjek, dll): filem ~.
dokumentasi (dokuméntasi)

himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yg dapat digunakan sbg asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan, dll), perbahanan: H.B. Jassin mempunyai ~ sastera Indonesia yg lengkap; filem ~ Id filem dokumentari;

mendokumentasikan mengusahakan (dgn mengumpulkan, menyusun, merakamkan, dsb) sehingga tersedia sbg dokumentasi: persatuan-persatuan kaum berkenaan harus mempunyai unit penyelidikan dan dokumentasi sendiri utk menyelidik dan ~ khazanah budaya mereka; seseorang pengumpul cerita rakyat dapat ~ bahan yg boleh menjadi bahan kajian penting utk generasi akan datang;

pendokumentasian usaha (kegiatan, proses, dsb) mendokumentasikan: ~ cerita rakyat; ~ sastera Iban

dol I
† sj gendang
dol II
† tiang kapal 
dol III
bp longgar atau tidak ketat (paku, skru, dll)
dolak-dalik

(cakap atau pendirian yg) tidak tetap atau selalu bertukar-tukar, cakap berbalik-balik;

berdolak-dalik bercakap berbalik-balik (sekejap kata begini dan sekejap lagi begitu tentang perkara yg sama): dia tetap ~ apabila disoal kerana takut keadaan yg sebenar tentang dirinya diketahui orang.

dolar

mata wang (di Amerika Syarikat, Kanada, dll); negara ~ negara yg menggunakan mata wang Amerika Syarikat dlm perdagangan

dolat

bp daulat

dolim † → lalim
‹ First  < 46 47 48 49 50 >  Last ›