Ditemukan : 504 Record
ekstra (ékstra)
tambahan: pelakon ~
ekstradisi (ékstradisi)
penyerahan seseorang penjenayah kpd negara tempat jenayah dilakukan utk dibicarakan
ekstrak (ékstrak)
cabutan bahan tertentu drpd sesuatu bahan tumbuhan, haiwan, dll: ~ vitamin C drpd buah oren
ekstranei (ékstranéi)
IB orang yg mengambil peperiksaan (sekolah menengah dll) dgn tidak mengikuti pelajaran (sekolah menengah dll) secara rasmi
ekstrapolasi (ékstrapolasi)
proses menggunakan logik atau fakta bagi menganggarkan kemungkinan berlakunya sesuatu pd masa depan: pengitlakan semesta sains mesti dilihat sbg suatu ~
ekstrem (ékstrém)
keterlaluan, melampau;
keekstreman perihal (keadaan) ekstrem
ekstremis (ékstrémis)
orang (golongan) yg sikapnya (pendiriannya) dlm sesuatu hal (spt politik) melampaui batas kesederhanaan, pelampau: sesetengah orang telah mencanangkan rasa kurang senang mereka terhadap pelantikan itu kerana beliau dianggap sbg ~
ekstremisme (ékstrémisme)
faham (sikap, perlakuan, dsb) yg ekstrem; ~ agama bukan lagi merupakan ancaman terbesar di Malaysia
ekstrinsik (ékstrinsik)
berasal atau bertindak dr luar
ekstrovert (ékstrovert)
orang yg berminat terhadap hal yg berlaku di sekitarnya (di luar dirinya, dan tidak mengikut emosi) serta suka bergaul dgn orang lain, orang yg berfikiran terbuka
ektoparasit (éktoparasit)
(Bio) parasit yg hidup pd permukaan luar tubuh perumahnya, mis kutu kepala
ekuinoks (ékuinoks)
satu drpd dua ketika setiap tahun (pd 21 Mac atau 23 September) apabila matahari melintasi khatulistiwa lalu menjadikan siang dan malam sama panjangnya di serata tempat di dunia
ekuiti (ékuiti)
pemilikan saham biasa (dlm sesebuah syarikat): dlm projek usaha sama, jika ~ sesebuah syarikat dapat dikuasai oleh pengusaha tempatan, ini tidak bermakna bahawa pengawalan teknologi yg diimport juga dapat dikuasai sepenuhnya
ekzema (ékzéma)
radang pd kulit yg dicirikan dgn rasa gatal dan lecuh
ekzos (ékzos)
paip yg menyalurkan gas dll keluar dr enjin sesebuah kenderaan
ela (éla)
ukuran panjang yg sama dgn 36 inci atau 91 sentimeter; ~ Piawai Diraja ukuran panjang ela yg ditetapkan oleh undang-undang British (Imperial Standard Yard)
elak (élak); mengelak
1. menjauhkan diri drpd kena pukulan (tikaman dll), menghindar, menyisi: setelah puas ia ~, tibalah gilirannya pula utk menyerang lawannya; 2. menjauhkan atau membebaskan diri drpd melakukan (atau terpaksa melakukan) sesuatu (tanggungjawab dll): ia pura-pura ~ dan mempelawa orang lain membacakan doa selamat itu; saya tidak akan ~ kalau diminta berbuat demikian; tetapi kerajaan Amerika telah mengambil sikap berlengah-lengah, ~-elak, dan bertangguh-tangguh selama tiga tahun;
mengelakkan menjauhkan atau menghindarkan diri drpd kena bahaya (tanggungjawab dll), menjauhkan atau menyingkirkan sesuatu supaya jangan mengenai diri dll: ia hendak ~ dirinya drpd pandangan teman-temannya itu; Panglima Hitam melompat ~ tikaman itu;
terelak dapat (boleh) dielakkan;
terelakkan dapat dielakkan: munculnya cahaya drpd matahari yg tidak ~;
pengelakan perihal menjauhkan atau menghindarkan diri drpd tanggungjawab atau membebaskan diri drpd terpaksa melakukan sesuatu perkara
elang → helang
elastik (élastik)
boleh kembali kpd bentuk asal selepas diregang (dikembangkannya dll)
elastin (élastin)
(Bio) protein berwarna kuning yg menjadi unsur utama tisu penghubung dlm haiwan, spt tisu paru-paru
|