Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.323
Hari ini : 20.695
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 504 Record
‹ First  < 6 7 8 9 10 >  Last ›
elastis (élastis)
IB elastik. 
elat (élat); mengelat

melakukan sesuatu dgn tujuan utk menipu (dlm permainan dll), mencuri tulang; 

      pengelat orang yg suka mengelat

elaun (élaun)
bayaran yg diberikan kpd seseorang (oleh sesebuah organisasi) secara tetap (untuk melaksanakan sesuatu tugas): ~ ahli Dewan Rakyat telah dinaikkan; ~ anak elaun utk dibelanjakan ke atas anak; ~ bermalam elaun yg diberikan kerana terpaksa bermalam di sesuatu tempat (kerana menjalankan tugas); ~ buku elaun utk membeli buku; ~ harian elaun yg diberikan kpd pegawai kerajaan yg bertugas di luar ibu pejabatnya bagi tempoh yg melebihi lapan jam tetapi kurang drpd 24 jam; ~ hitungan batu elaun perjalanan yg dikira mengikut jauh perjalanan (dgn kereta); ~ keraian elaun utk atau kerana meraikan seseorang; ~ kerja malam elaun kerana kerja yg terpaksa dilaksanakan pd malam hari; ~ lebih masa elaun kerana kerja yg terpaksa dilaksanakan di luar masa pejabat; ~ luar negeri = ~ seberang laut elaun kerana bekerja di luar negeri; ~ makan elaun utk perbelanjaan makan; ~ pakaian elaun utk membeli pakaian tertentu; ~ pemangku elaun yg diberikan kerana memangku sesuatu jawatan; ~ perjalanan elaun utk membiayai perbelanjaan perjalanan pekerja yg menjalankan tugas rasmi; ~ perumahan elaun utk membayar sewa rumah dsb; ~ sara hidup elaun yg diberikan kpd pekerja sbg tambahan kpd gajinya utk menampung perbelanjaan hariannya; ~ susah payah elaun kerana terpaksa menghadapi kesusahan sewaktu menjalankan tugas; ~ tanggungan kerja elaun yg diberikan kerana melaksanakan kerja dan tanggungjawab petugas atau jawatan lain di samping menjalankan tugas asasi seseorang
ele (élé) Tr
1. cicir, berciciran; 2. menyeret-nyeret dgn memegang pd hujung (ular utk menakutkan kanak-kanak)
elegan (élégan)
tampan, rapi, anggun: dia kelihatan begitu ~ dgn mengenakan pakaian yg dicipta khas oleh pereka fesyen
elegi (élégi)
lagu, puisi, atau karya lain yg menyatakan kelebihan, rintihan, terutamanya kpd orang yg mati
eleh (éléh)
sr kata utk memperkecil-kecil seseorang: ~ , ingat dia lawa! 
elektoral (éléktoral)
bkn pilihan raya: semangat 46 membuat pakatan ~ dgn PAS
elektrifikasi (éléktrifikasi)

IB perlengkapan atau pemasangan tenaga elektrik pd jentera dll; 

      mengelektrifikasi melengkapi atau memasang dgn tenaga elektrik

elektrik (éléktrik)

satu bentuk tenaga yg digunakan utk menghasilkan cahaya, kepanasan, dll; 

      keelektrikan selok belok elektrik: dia mengambil satu kursus dlm ~

elektro (éléktro)
kata gabungan (Inggeris) yg merujuk pd tenaga (proses) elektrik, yg lazimnya bergabung dgn sesuatu kata utk membentuk kata baru, spt elektrolisis
elektrod (éléktrod)
(Fiz) pengalir elektrik yg melaluinya arus elektrik keluar masuk sesuatu bahan (spt elektrolit, leburan logam, dll) atau peranti (spt tiub elektronik dll); ~ hidrogen piawai = ~ piawai (Kim) elektrod yg digunakan utk menentukan keupayaan elektrod lain
elektrodinamik (élektrodinamik)

cabang ilmu fizik yg berkaitan dgn saling tindakan daya elektrik dgn daya mekanik

elektrokardiogram (élektrokardiogram)
rakaman yg dibuat oleh elektrokardiograf
elektrokimia (élektrokimia)
cabang kimia bkn hubungan keelektrikan dgn tindak balas kimia
elektrolisis (éléktrolisis)
(Kim) pengaliran arus elektrik melalui elektrolit utk menjana gas, membentuk endapan logam pd elektrod, dll
elektrolit (éléktrolit)
(Kim) larutan atau bahan lebur yg mengalirkan arus elektrik
elektromagnet (éléktromagnét)

(Fiz) besi yg menjadi magnet apabila arus elektrik dialirkan melalui dawai yg dililitkan padanya

elektromagnetisme (éléktromagnétisme)
(Fiz) 1. kemagnetan yg dihasilkan oleh arus elektrik; 2. cabang fizik yg berkaitan dgn kemagnetan yg terhasil drpd saling tindakan medan elektrik dgn medan magnet
elektron (éléktron)

(Fiz) zarah yg lebih kecil drpd atom dan mempunyai cas negatif;  

      ~ bebas elektron yg tidak terikat pd atom atau molekul, dan bebas bergerak di bawah pengaruh medan elektrik atau magnet; ~ valens elektron dlm petala atom paling luar, yg terlibat dlm pembentukan ikatan kimia ketika atom-atom itu membentuk sebatian; ~ volt unit tenaga yg bersamaan dgn tenaga yg diperlukan utk menggerakkan satu elektron melalui beza keupayaan satu volt

‹ First  < 6 7 8 9 10 >  Last ›