Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.361
Hari ini : 18.151
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 504 Record
‹ First  < 3 4 5 6 7 >  Last ›
ekor III (ékor)
murai (merbah) ~ gading sj burung, Terpsiphone paradisi
ekor IV
~ pedang, sj ikan laut, Xiphophorous spp
ekoran
akibat atau perkembangan seterusnya yg timbul drpd sesuatu peristiwa dll, lanjutan (drpd sesuatu yg telah berlaku); 
ekosistem (ékosistem)
sistem yg melibatkan interaksi antara suatu komuniti (haiwan, tumbuhan, dsb) dgn alam persekitarannya yg tidak bernyawa
ekotip (ékotip)
(Bio) kumpulan tumbuhan atau haiwan dlm sesuatu spesies, yg menyesuaikan diri utk hidup dlm keadaan persekitaran tertentu
eksais (éksais)
cukai atas barang-barang yg dikeluarkan dan digunakan di dlm negeri; jabatan (pegawai) ~ jabatan (pegawai) yg mengurus dan menjaga pemungutan eksais
eksantema (éksantéma)
demam yg dicirikan dgn letusan pd kulit, mis demam campak
eksekutif (éksekutif)
(orang atau golongan) yg mempunyai kuasa dan tanggungjawab berkaitan dgn pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi (syarikat perniagaan dll)
eksemplar (éksemplar)
IB helai, (se)buah buku: beri saya buku itu satu ~
eksentrik (ékséntrik)
bkn perlakuan (orang, kaedah,dll) yg aneh: orang yg ~; kaedah yg ~
eksistensi (éksisténsi)
kewujudan: mereka ketika itu menghadapi penyerbuan buruh asing dan mengetepikan ~ penduduk tempatan
eksistensialis (éksisténsialis)

orang yg menganut falsafah eksistensialisme

eksistensialisme (éksisténsialisme)
fahaman (falsafah) moden yg menekankan pentingnya pengalaman manusia, dan bahawa setiap manusia (pd akhirnya) bertanggungjawab atas segala tindak-tanduknya: drama tragedi menggarap persoalan yg serius spt soal-soal prinsip hidup yg berhubung dgn takdir, dan mempersoalkan ~
ekskavasi (ékskavasi)
kegiatan penggalian yg dilakukan utk mendapatkan maklumat tentang benda zaman purbakala
eksklusif (éksklusif)
bkn (tempat, orang, dll) yg bertaraf tinggi (dlm masyarakat): restoran ~; 
eksklusif keeksklusifan

keadaan eksklusif: karya reka yg lebih halus dan indah yg menggambarkan keunikan, ~, dan keaslian usaha seni pertukangan

ekskursi (ékskursi)

perjalanan beramai-ramai ke tempat yg tidak jauh (utk beristirahat, meninjau-ninjau, dll), darmawisata; 

      berekskursi berjalan atau berpergian beramai-ramai ke tempat yg tidak jauh (utk melihat-lihat tempat dll), berdarmawisata

eksodus (éksodus)
 perpindahan penduduk (meninggalkan kampung halaman, negeri, kota, dsb) secara beramai-ramai
eksogami (éksogami)
(Ant) adat atau perbuatan mengahwini seseorang drpd suku kaum lain
eksoterma (éksoterma)
(Kim) bkn proses atau tindak balas kimia yg membebaskan haba
‹ First  < 3 4 5 6 7 >  Last ›