Ditemukan : 504 Record
eksotik (éksotik)
1. berasal dr luar negeri, asing; 2. luar biasa keistimewaannya (fesyen, masakan, dll): restoran itu kerap menghidangkan masakan yg ~;
keeksotikan keadaan eksotik: hasil sastera itu mendapat perhatian dunia kerana ~nya yg berhubungan dgn penikmatan
ekspatriat (ékspatriat)
(orang) yg tinggal di negara asing: pegawai ~
ekspedisi (ékspedisi)
1. penghantaran atau pengiriman tentera utk sesuatu tindakan dll; 2. perjalanan atau pemergian ke sesuatu tempat utk menyiasat (mencari, menemui, dll)
eksperimen (ékspérimen)
1. ujian atau penyelidikan, terutamanya yg dirancang utk membuktikan sesuatu hipotesis; 2. percubaan pd sesuatu yg baru dan berbeza;
bereksperimen membuat eksperimen: dia merupakan dramatis yg terus ~;
mengeksperimenkan melakukan eksperimen (terhadap seseorang atau sesuatu): keupayaan Adi ~nya dlm sajak-sajaknya amat berkesan
eksperimental (ékspérimental)
bkn (berasaskan, bersifat) eksperimen, bersifat percubaan
eksperimentalis (ékspérimentalis)
orang yg menjalankan eksperimen: Galileo ialah seorang ~ besar dan juga seorang ahli matematik
eksplisit (éksplisit)
(dinyatakan) dgn tepat dan jelas, tanpa dikias-kias, tersurat: arahan yg ~; Kemala secara implisit dan ~ mempertentangkan unsur kesetiaan dgn pengkhianatan dan ketidakjujuran;
mengeksplisitkan menjadikan eksplisit: semua pembicara adat berusaha ~ konsep ini
eksploit (éksploit); mengeksploit
menggunakan sesuatu (orang dll) utk kepentingan (keuntungan dsb) diri sendiri;
pengeksploit orang yg mengeksploitasi sesuatu
eksploitasi (éksploitasi); mengeksploitasi mengeksploit;
pengeksploitasian proses mengeksploitasi sesuatu (orang, keadaan, dll): lama kelamaan, sains menjadi sumber ~ golongan borjuis
eksplorasi (éksplorasi)
penjelajahan ke lapangan utk memperoleh sesuatu: melalui pengamatannya, semua jenis ~ itu merupakan cara utk belajar
ekspo (ékspo)
kep eksposisi
eksponen (éksponen)
(Mat) simbol yg ditulis di atas dan di kanan simbol lain utk menunjukkan setakat mana simbol yg terkemudian itu dinaikkan nilainya, spt dlm x3
eksport (éksport)
1. penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negeri utk tujuan perdagangan: ekonomi negara ini akan merosot kiranya ~ getah dan bijih timah beransur-ansur kurang; dlm hal ~ kita banyak bergantung pd bahan-bahan mentah; 2. barang-barang atau perkhidmatan yg dihantar ke luar negeri: hasil drpd buah-buahan adalah ~ utama negeri itu; ~ berkembang (Eko) eksport yg semakin bertambah; ~ semasa (Eko) eksport yg sedang berjalan pd masa ini (sekarang); 3. (Komp) menghantar keluar maklumat atau data daripada suatu atur cara dlm bentuk yg boleh dibaca oleh atur cara lain;
mengeksport, mengeksportkan mengirimkan barang-barang dll ke luar negeri: dr pelabuhan ini mudah pula ~ barang-barang itu ke pasaran luar; semua negara yg moden mesti mengimport dan ~ barang-barang dagangan;
pengeksportan perihal atau perbuatan mengeksport;
pengeksport orang (syarikat dll) yg mengeksport
eksposisi (éksposisi)
1. pameran (terutamanya keluaran perindustrian, kerja tangan), ekspo; 2. pernyataan (komen, penjelasan bertulis dan sistematik) tentang sesuatu perkara: sejarah kesusasteraan ini merupakan suatu ~ persambungan dan perubahan alam fikiran
ekspres (éksprés)
segera, cepat, pantas; bas (kereta api) ~ bas (kereta api) yg tidak singgah-menyinggah atau yg cepat tiba dlm perjalanan jauh
ekspresi (éksprési)
pelahiran maksud (perasaan dsb) dgn kata-kata (gerak-geri dll): tanpa menonjolkan simbol yg berlebihan ~nya, dan tanpa mempedulikan teknik persembahan;
mengekspresikan menyatakan atau meluahkan perasaan, fikiran, dll
ekspresif (éksprésif)
bkn sesuatu (perbuatan, tulisan, lukisan, dll) yg dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dgn jelas: sama ada melalui cetakan atau catan, Ghafar lebih memperlihatkan kesan ~
ekspresionis (éksprésionis)
orang atau golongan yg mengikuti faham ekspresionisme
ekspresionisme (éksprésionisme)
gaya penulisan , lukisan, muzik, dsb yg cuba melahirkan pengalaman seniman dr sudut emosi (bukan berdasarkan fakta yg nyata)
ekstensif (éksténsif)
luas liputannya
|