Sabtu, 6 Juni 2026   |   Ahad, 20 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.440
Hari ini : 22.025
Kemarin : 44.263
Minggu kemarin : 255.953
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 504 Record
‹ First  < 16 17 18 19 20 >  Last ›
enggunting
1. orang yg menggunting;2. alat utk menggunting
engkah I
C perekat, gam (utk melekatkan kayu)
engkah II; engkah-engkah, engkah-engkahan
1. belum empuk, masih keras, setengah masak (benda yg direbus); 2. mengkal, belum masak betul (buah-buahan)
engkak
Jw burung gagak, Corvus spp
engkap; engkap-engkip, terengkap-engkip
turun naik (spt rumput dipijak); ~ bagai rumput di tengah jalan prb hidup merana kerana sakit atau miskin
engkau

ganti nama diri kedua (utk orang yg setaraf atau yg lebih rendah, digunakan juga utk Tuhan sewaktu berdoa), kamu, awak; lwn aku;  

      si engkau sl orang yg disebut engkau, orang rendahan: jikalau umpama ~ si aku sekalipun, jika dgn titah tuanku patik sekalian pertuanlah;  

      berengkau menggunakan perkataan engkau apabila bercakap-cakap utk menunjukkan hubungan yg mesra dan tidak formal: tapi baiklah kita bersebut nama dan memakai perkataan biasa saja, ~ berkamu, beraku, sebab begitu lebih mesra rasanya

engkil; terengkil

benggal-benggil (bkn kulit batang kayu)

engkip;
engkap-~; engkap
engko

C abang, kakak

      (éngko) bp berkawan, bersekutu atau berpakat (dgn), berkongsi berniaga;

engkoan

bp syarikat perdagangan bersama, perniagaan bersama

engkoh
Pr; ~nya rupa-rupanya
engkol (éngkol)

sj alat utk memusing (menghidupkan) enjin kereta dll; 

      mengengkol memutarkan engkol (utk menghidupkan enjin kereta dll)

engkong
C bp datuk laki-laki, kakek
engku

1. sebutan kpd orang yg berketurunan raja: ~ puan; 2. sebutan kpd orang yg dihormati (guru dll): “Yang mana ~ Datuk?”, tanya Sultan Baginda; 3. Mn pak cik, paman, mamak; 4. Mn sebutan kpd datuk;  

  berengku menggunakan perkataan engku (apabila bercakap-cakap): masyarakat pun sudah berpatik, ~ kpd mereka

engkuk
sj burung yg bunyinya “kuk”, “kuk”
engkunai
sj tumbuhan (pokok) yg kuat kayunya
engsel (éngsél)

1. sj sendi besi yg menyambungkan daun pintu (tingkap dll) dgn jenangnya dll (sehingga daun pintu dll boleh dibuka tutup); 2. alat pengubah arah rel (pd jalan kereta api), wisel;  

      berengsel ada engselnya, bersendi: tengkorak itu melekat spt ~ pd tulang belakang

engsot (éngsot); berengsot, berengsot-engsot

1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden, tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut;  

      mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan

enigma (énigma)
seseorang atau sesuatu yg membingungkan
enjak I; mengenjak

memijak;  

      mengenjak-enjak memijak-mijak, menghentak-hentakkan kaki

‹ First  < 16 17 18 19 20 >  Last ›