Ditemukan : 504 Record
enjak II
bp sejak
enjal; mengenjal
1. mengisi penuh-penuh atau menjejal mulut (dgn makanan); 2. jatuh terperenyuk; 3. memantul
enjelai
sj tumbuhan (pokok dan buahnya) drpd jenis padi, Coix lachrymajobi; bagai tidur di atas ~ prb sangat gelisah (kerana risau dll)
enjet (énjét)
bergaya atau geliang-geliut (sewaktu berjalan atau bergerak)
enjin (énjin)
mesin utk menukar berbagai-bagai bentuk tenaga kpd daya atau gerakan mekanik: ~ diesel = ~ penyalaan mampatan enjin yg menggunakan minyak diesel dan benzina utk bahan apinya; ~ haba enjin utk menukarkan haba menjadi tenaga mekanik; ~ wap enjin yg digerakkan (dijalankan) oleh kuasa wap
enjot
Jk turun naik, jungkang-jungkit, unggang-unggit
enjut; enjut-enjut
~ semut sj permainan kanak-kanak;
mengenjut 1. menggerakkan perlahan-lahan, menarik atau mengangkatnya perlahan-lahan, menggerakkan turun naik; 2. = mengenjut-enjut turun naik: didengarnya anak-anak dara itu ketawa riang, ketawa yg pd mulanya ~, kemudian memanjang-manjang pula;
terenjut-enjut (bergerak dll) turun naik (tinggi rendah): ia berjalan ~; bahunya ~;
enjutan
gerakan (goncangan) turun naik: ~ bas itu memuakkan tekak juga
enom
Jw † muda
ensiklopedia (énsiklopédia)
buku, biasanya dlm banyak jilid, yg mengandungi maklumat am tentang segala cabang pengetahuan atau maklumat tuntas tentang sesuatu cabang pengetahuan
entah
1. = entahkan tidak tahu: siapa dia? ~; macam mana perkara ini mahu diselesaikan? ~lah; entahkan beberapa zaman lamanya cerita dibawa air yg hilir, angin yg lalu dan burung yg terbang; 2. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi: ~ benar, ~ tidak, tak tahulah!; jikalau Paduka Tuan mau melanggar pd malam Jumaat tatkala Sang Setia melanggar, ~ kesukaran gerang Melaka; 3. sama ada ... atau ...: ~ setuju, ~ tidak, kita buat juga;
entah-entah 1. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan: ~ dia sudah tidak ada lagi di situ; 2. = berentah; 3. † keturunan yg kelima atau keenam; 4. † kiraan atau hitungan nilai wang yg terkecil sekali;
berentah mengatakan entah (apabila bercakap atau menjawab pertanyaan);
entah-berentah Mn anu (tidak diketahui dgn tepat, hanya khayalan semata); negeri ~ sl negeri anu
entang (éntang)
Kd; tak ~ tidak peduli, tidak endah
entang I
Pr; tak ~ tidak peduli, tidak endah, tidak hormat: budak-budak itu tak ~ pd siapa-siapa pun
entang II
Pr; entangkan sementang, walaupun, sungguhpun
entang III
bp tentang
entar
Jk 1. kep sebentar; 2. nanti; ~ malam nanti malam
entat
Kd; terentat tidak boleh menjadi besar (buah-buahan dll), terbantut
ente (énté)
Ar Jk engkau
entek (énték); mengentek
menampi atau mengindang (beras dll)
enten (éntén)
IB; mengenten menempelkan potongan pohon atau tampang pd pohon lain (supaya bercabang), mencantumkan
|