Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.848
Hari ini : 24.886
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 254 Record
‹ First  < 7 8 9 10 11 >  Last ›
fobia
ketakutan yg amat sangat akan sesuatu
fokus

1. (Fiz) titik tempat sinar (cahaya, haba, bunyi) bertumpu atau tempat ia mencapah selepas pembalikan atau pembiasan; 2. tumpuan (perhatian, perbincangan, dsb): ada parti politik dan persatuan yg cuba memberi ~ kpd masalah ini;  

     berfokus berpusat, tertumpu: bahasa yg kompleks yg kelihatan ~ pd isu atau tema semasa; 

      memfokuskan 1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pd satu titik, menumpukan: apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata; 2. memberikan tumpuan (perhatian dsb) kpd, menumpukan perhatian kpd, menonjolkan: drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya; 

     pemfokusan perbuatan memfokuskan: ~ kpd sasaran ini ditinggalkan kpd para pengkritik

folikel I (folikél)
kantung kecil (rongga) yg sempit pd tubuh yg mempunyai fungsi perkumuhan, perkembangan, atau perlindungan: ~ rambut
folikel II (folikél)
buah kering berbiji banyak yg pecah pd satu sisi bijinya utk melepaskan biji
folio (Cetak)
1. sukatan besar buku (satu lembar kertas cetak yg dilipat dua sehingga mempunyai empat muka); 2. lembar yg terdiri drpd muka kiri dan kanan yg mempunyai satu nombor; 3. nombor halaman yg tercetak
FOMCA
akronim bagi The Federation of Malaysian Consumer Association (Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia)
fomen (fomén)
pekerja kanan yg mengawasi pekerja-pekerja lain, mandur
fomes
sj cendawan
fon
kumpulan rupa bentuk set aksara yg terdiri drpd huruf pelbagai rupa dan saiz yg boleh dicetak atau dipaparkan
fonem (foném)
unit bunyi yg terkecil yg boleh membezakan makna kata
fonemik (fonémik)
(Lin) 1. bkn fonem. 2. kajian linguistik tentang fonem
fonetik (fonétik)
ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya
fonologi

(Lin) kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa: kata-kata drpd bahasa asing hendaklah disesuaikan dgn sistem ~ Melayu

forensik (forénsik)
bkn pengetahuan perubatan yg diperlukan dlm pengadilan (mis, utk menentukan punca sesuatu kematian). 
formal

menurut peraturan (bentuk, ciri-ciri, cara, dsb) tertentu (yg sudah diterima atau yg dianggap wajar dsb), menurut aturan, menurut adat kebiasaan, rasmi: berpakaian ~ ; mengajar nahu secara ~; 

      memformalkan menjadikan formal; 

      pemformalan perbuatan (proses) memformalkan sesuatu

formaldehid
(Kim) gas beracun, tidak berwarna, berbau sengit, digunakan sbg pengawet dlm sintesis kimia dan dlm pembuatan resin sintetik
formalin
(Kim) larutan berair yg terdiri drpd 37%-50% formaldehid, yg digunakan sbg bahan pengawet: bau ~ yg tengik itu tidak lagi mengganggu deria kelompok yg sedang membongkok rapat ke abdomen mayat tersebut
formalis
individu atau golongan yg patuh kpd ketentuan (peraturan dll) yg ditetapkan
formalisme

kepatuhan (sifat patuh) kpd ketentuan dan peraturan yg ditetapkan

formalistik

terlalu berpegang kpd bentuk (ketentuan dsb) yg telah ditetapkan: pendekatan ~; tinjauan ~

‹ First  < 7 8 9 10 11 >  Last ›