Ditemukan : 254 Record
fitrah II, fitrat
Ar 1. sifat semula jadi, bakat, pembawaan: memang ~ manusia untuk berkasih sayang antara satu sama lain, terutamanya pd ahli keluarga sendiri; 2. perasaan keagamaan
fitratullah
Ar kejadian yg termeterai dlm ketetapan Allah
fitri
(yg) berkaitan dgn fitrah
fitur
ciri (bentuk, sifat) yg tertentu: kita tidak peka kpd ~ alam kebendaan ini
fius
1. peranti utk menyekat arus elektrik yg mengalir melalui sesuatu litar apabila arus melebihi nilai tertentu; 2. peranti mekanikal atau elektronik utk mencetuskan sesuatu letupan
fizik
cabang ilmu sains yg mengkaji sifat-sifat jirim dan tenaga (spt haba, cahaya, bunyi, graviti, magnetisme) dan perkaitan antara semua unsur ini
fizikal
1. bkn badan, jasmani: latihan ~; 2. bkn kebendaan atau keadaan alam semula jadi: geografi ~
flaks
1. tumbuhan herba atau pokok renik drpd genus Linum yg ditanam utk mendapatkan biji dan gentiannya yg dijadikan benang dan ditenun menjadi kain linen
flanel
(pakaian drpd) kain bulu yg ringan dan lembut: aku memakai ~ putih dan pergi ke tamannya
fleksi (fléksi)
(Ling) 1. perubahan bentuk kata mengikut perbezaan waktu, jantina, jumlah, dsb, spt yg berlaku pd bahasa Inggeris (mis, try dan tried). 2. (proses) penambahan imbuhan pd kata akar atau dasar
fleksibel (fléksibel)
1. boleh diubah atau disesuaikan (dgn mudah): ini merupakan suatu proses yg ~; 2. mudah berubah (sikap, keputusan, dll) mengikut keadaan baru dll, luwes: pemimpin yg baik haruslah mempunyai nilai yg ~ dlm dirinya, iaitu sanggup menyesuaikan diri dgn perubahan keadaan
fleksibel kefleksibelan
keadaan fleksibel, keluwesan, fleksibiliti
fleksibiliti (fléksibiliti) → kefleksibelan
floem
(Bio) tisu tumbuhan yg berfungsi mengangkut makanan yg dihasilkan oleh tumbuhan
flora
(Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yg terdapat di sesuatu daerah atau pd sesuatu masa
floret (florét)
sj pedang penusuk yg dipakai dlm permainan anggar
florin
bekas wang logam Inggeris yg bernilai dua syiling
fluorida
(Kim) sebatian yg mengandungi fluorin dgn unsur lain (dicampurkan dgn ubat gigi untuk mencegah karies gigi);
pemfluoridaan proses memasukkan fluorida (ke dlm bekalan air dll)
fluorin
(Kim) gas berwarna kuning pucat, yg menyerupai klorin, berbau sengit, dan beracun
flut
sj seruling yg diperbuat drpd logam, kayu, dsb dlm bentuk tiub panjang dan berlubang-lubang di tepinya
|