Ditemukan : 254 Record
filsafat → falsafah
filsuf
ahli fikir, ahli falsafah
filum
(Bio) kategori utama dlm pengelasan haiwan dan tumbuhan
FIMA
akronim bagi Food Industries of Malaysia (Industri Makanan Malaysia)
finansul
IB bp perihal wang
fiord
(Geog) teluk yg kecil, sempit dan panjang serta bertebing tinggi
fir
sj pokok tirus yg daunnya spt jarum, Abies spp
Firajullah
Ar hiburan Allah
firasat
1. = ilmu ~ pengetahuan mengenai tanda-tanda pd muka (badan dll) utk mengetahui kelakuan atau nasib orang: maka diketahui oleh sultan dgn ilmu ~ baginda bahawa budak itu keturunan raja-raja; 2. perasaan hati akan terjadi sesuatu sesudah melihat gejala tertentu: saya mendapat ~ bahawa ia akan mendapat kemalangan; 3. tanda-tanda pd muka (badan dll) yg dapat menggambarkan kelakuan orang: menurut ~nya, ia orang yg tinggi hati.
firaun
raja Mesir (pd zaman purba kala)
Firdaus
1. syurga kedua; 2.taman kesenangan (tempat Adam dan Hawa)
firdausi
sl spt taman firdaus (sangat indah)
firma
syarikat perniagaan atau perusahaan
Firman
amaran, kata perintah (terutamanya Tuhan): ~ Allah kita ingatkan;
berfirman bersabda, bertitah memberi amaran: Tuhan telah ~ “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku istijabkan.”;
difirmankan diberi amaran, disabdakan, dititahkan
firus
= batu ~ sj batu permata yg warnanya kebiru-biruan
fisiologi
1. cabang ilmu sains bkn fungsi organisma; 2. proses dan fungsi keseluruhan atau sebahagian drpd sesuatu organisma: perlu juga disebutkan tentang kajian beliau berkenaan dgn ~ mata dan masalah penglihatan
fisioterapi (fisiotérapi)
rawatan terhadap seseorang yg mengalami kelumpuhan atau gangguan saraf (otot) secara senaman, urut, atau dgn menggunakan cahaya, haba, dll
fiskal
1. pegawai kehakiman (lebih rendah drpd jaksa); 2. bkn kewangan atau hasil pendapatan kerajaan (spt cukai dll)
fitnah
tuduhan (khabar, kisah, dll) yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan seseorang dll: ia bercerai kerana ~ orang;
memfitnah, memfitnahkan membuat fitnah terhadap, mengada-adakan sesuatu utk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak: wartawan itu bertanggungjawab terhadap berita yg ~ dan memburukkan kerajaan;
fitnah-memfitnah saling memfitnah: ~ dlm masyarakat yg akan membawa kpd porak-peranda;
pemfitnahan perihal atau perbuatan memfitnah;
pemfitnah orang (pihak) yg membuat fitnah: orang yg mengaku beragama Islam boleh diperangi kalau mereka menjadi ~, munafik dan zindik kerana mereka telah menentang Islam sendiri
fitrah I
Ar zakat (berupa beras, wang, dll) yg diwajibkan ke atas setiap umat Islam menyumbangkannya dlm bulan puasa (sebelum 1 Syawal);
berfitrah membayar (mengeluarkan) fitrah;
memfitrahkan mengeluarkan fitrah utk
|