Ditemukan : 254 Record
Februari (fébruari)
bulan kedua dlm tahun Masihi yg biasanya mengandungi 28 hari (dlm tahun lompat ada 29 hari)
federal (féderal)
yg IB bersekutu (negeri-negeri dll); negara ~ negara yg dibentuk drpd negeri-negeri yg bersekutu; kaum ~ orang yg menganut (menghendaki) faham negara yg berbentuk persekutuan
Federasi (féderasi)
IB 1. gabungan badan-badan perhimpunan; 2. persekutuan (negeri-negeri).
FELCRA
akronim bagi Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan)
FELDA
akronim bagi Federal Land Development Authority (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)
feldspar (féldspar)
batu berhablur yg berwarna putih atau merah
feminin (féminin)
(Lin) bersifat perempuan
feminis (féminis)
penyokong feminisme
feminisme (féminisme)
gerakan atau faham yg menuntut persamaan hak wanita spt yg dinikmati oleh kaum lelaki
fenol (fénol)
(Kim) 1. kumpulan sebatian organik aromatik yg mempunyai satu atau lebih kumpulan hidroksil; 2. sebatian organik aromatik, berbentuk hablur putih, dan digunakan utk membuat minyak wangi, pencelup, dll
fenomena (fénoména)
1. sesuatu kenyataan atau kejadian yg dapat diperhatikan: ~ alam semula jadi; ~ sejarah; 2. sesuatu kenyataan atau kejadian yg dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik
(fénoménon) → fenomena
fenotip (fénotip)
ciri yg kelihatan pd sesuatu organisma, yg terhasil drpd saling tindakan antara gen organisma dgn sekitaran
feri (féri)
sj bot atau kapal utk mengangkut penumpang, kenderaan, dll menyeberangi sungai, selat, dsb.
fermentasi (ferméntasi)
penapaian: gas yg dikeluarkan akibat tindak balas ~
feromon (féromon)
(Bio) bahan spt hormon yg dirembeskan oleh haiwan tertentu, yg mempengaruhi kelakuan haiwan lain dlm spesies yg sama
ferum (férum)
(Kim) unsur logam yg digunakan utk membuat keluli, besi
fesyen (fésyén)
gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku, dll, (terutamanya yg terbaru) yg menjadi kegemaran ramai: berbagai-bagai ~ rambut dapat kita lihat hari ini;
berfesyen menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dlm cara berpakaian dll): spt gadis-gadis lain, Rosnani gemar ~;
memfesyenkan membuat atau membentuk mengikut fesyen: jangan sekali ~ rambut yg tidak sesuai dgn raut wajah, umur, atau tempat
fetor (fétor), fetur (fétur) (Portugis)
sl kepala perwakilan syarikat perdagangan, orang yg ketiga drpd perwakilan syarikat perdagangan
fetus (fétus)
(Bio) anak haiwan viviparius (haiwan yg melahirkan anak) yg belum dilahirkan, iaitu selepas peringkat embrio (pd manusia anak itu berumur antara tujuh minggu selepas persenyawaan sehingga saat kelahiran)
feudal (féudal)
berasaskan (bersifat, berkaitan dgn) feudalisme;
kefeudalan keadaan feudalisme: sifat ~ Tikus Rahmat semalam jelas semasa dia menjadi pemimpin
|