Ditemukan : 1622 Record
galagasi
Jk labah-labah; galanggasi
galah
1. kayu panjang (utk menjolok buah-buahan, menolak sampan, dll); 2. sj tombak atau lembing pemburu babi hutan; ~ canggah galah yg bercabang hujungnya; ~ jemur kayu yg dipasang melintang antara dua tiang dgn pacakan beberapa batang paku padanya, digunakan sbg tempat menyangkut, meregangkan, dan menjemur kain; ~ pancang (unjam) galah yg ditancapkan utk menambat perahu; (main) ~ panjang permainan kanak-kanak (dgn membuat petak-petak atau garis-garis di tanah); ~ sanggamara galah yg berkait utk menolak atau meraih perahu;
bagai ~ dijual prb Mn sudah habis hartanya (kerana berjudi dll); bagai ~ di tengah arus prb a) sangat gementar; b) sentiasa gelisah (berkeluh-kesah dll);
bergalah menggunakan galah, menjalankan perahu (rakit dsb) dgn memakai galah; segan ~ hanyut serantau prb kalau malas berusaha tentu mengalami kerugian besar dlm kehidupan;
menggalah amat tinggi: tinggi ~;
menggalah(kan) menolak (sampan) dgn memakai galah;
sepenggalah sepanjang atau setinggi galah; matahari ~ tingginya lebih kurang pukul 7 pagi hingga 8 pagi
galai I
sl sj kapal; → ghali
galai II
sj tumbuhan (pokok), Goniothalamus tapis
galak I
1. berangsang, ganas, garang, suka melawan: anjing yg ~ ; 2. kuat dan memuncak (bkn tangisan): ngongoi Mak Esah semakin ~ jadinya: 3. tidak berhenti dan giat (melakukan sesuatu), sangat giat (aktif): kameranya ~ merakam; kegiatan kongsi gelap tidak se~ dulu; 4. Kl gembira, ria; 5. Kd, Pn mempunyai sifat-sifat tidak bermalu (bkn lelaki suka mengusik perempuan dsb, bkn perempuan suka bergaul bebas dgn lelaki dsb), gatal;
menggalak menjadi galak (berangsang, ganas, dll), menjadi sangat marah (berani dsb);
menggalakkan 1. membangkitkan marah: ~ ayam sabungan; 2. memberi semangat, memberi dorongan: tunangannya ~ dia melanjutkan pelajarannya;
galakan dorongan, desakan: ia memberi ~ kpd belia supaya menjadi ahli sukan;
penggalakan perihal atau perbuatan menggalakkan: mereka membincangkan ~ industri kecil;
penggalak orang yg menggalakkan (memberi semangat, mendorong): raja-raja menjadi penaung, ~ dan peminat bahasa dan kesusasteraan; ~ akar bahan kimia utk membanyakkan akar
galak II; penggalak
ubat bedil dlm persumbuan meriam lama (senapang dll)
galak III
kerap; ~ kali kerap kali
galaksi
gugusan bintang yg terpisah jauh dr satu sama lain dlm alam semesta: bintang itu pula berkelompok-kelompok membentuk kumpulan yang dinamakan ~
galaktosa (Kim)
gula ringkas yg kurang larut dan kurang manis drpd glukosa
galang I
benda melintang utk landasan (penunjang, penopang, dll);
~ kepala bantal (kepala); ~ perahu balak utk menyangga perahu;
~ dapur a) papan di sekeliling tempat memasak; b) sj tumbuhan, gading; ~ ganti pengganti; ~ geta Kd gelegar;
bergalang 1. menggunakan galang (bantal, landasan, dll); ~ tanah berbantal tanah; 2. berada di atas galang, sedang disangga (ditopang) dgn galang;
menggalang 1. diberi galang (landasan, ganjal, dll), menyokong, menunjang: ~ kepala dgn bantal; ~ perahu; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): menyumbangkan tenaga dan fikiran utk ~ parti sendiri; 3. menghalang: barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja;
menggalangkan 1. membuat sesuatu sbg galang: ~ paha di bawah kepala orang sakit; ~ batang leher ki sanggup berkorban; 2. meletakkan (perahu dsb) di atas galang: sampan yg bocor itu akan digalangkan;
tergalang 1. digalang, berganjal; kapal ~ kapal yg terletak di atas galang; lidah ~ ki tidak dapat bertutur lagi (menyanggupi permintaan dll); 2. terhalang, tersekat;
galangan 1. tempat membaiki kapal di darat, landasan; 2. halangan, sekatan: ketiadaan wang adalah satu ~ yg besar utk meneruskan pelajaranku; 3. = galang-galangan permatang sawah
galang II
sj tumbuhan (herba), Spilanthes acmella; ~ dapur sj tumbuhan (pokok),Vitex longisepala; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Goniothalamus giganteus
galanggasi Jk → galagasi
galar
Jw pelupuh yg digunakan sbg tikar
galas
1. kayu yg dipikul di bahu utk mengandar (mengangkat, membawa) barang-barang, kandar, pengandar, gandar; 2. beban yg dikandar dgn galas (kayu); 3. barang jualan yg dijajakan dgn cara berkandar;
~ habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua prb pekerjaan yg tidak menguntungkan; ~ terdorong kpd Cina prb sudah terlanjur dan tidak dapat ditarik balik; bagai menyandang ~ tiga berat tak berapa rintangnya yg lebih prb pekerjaan yg senang tetapi susah hendak melakukannya; dilihat ~ berlaba, dihitung pokok termakan prb zahirnya untung tetapi sebenarnya rugi; sambil menyerodok (menyorok) ~ lalu prb sambil bersenang-senang tercapai juga cita-cita (keuntungan dll);
menggalas 1. memikul barang-barang dgn galas (kandar), mengandar; 2. menyandang (bungkusan dll) di atas bahu, memikul: ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg; 3. menjajakan barang dagangan; orang ~ penjaja; 4. ki memikul atau menanggung (tanggungjawab, masalah, dsb): dia pulang ke rumah panjang ~ masalah di bahunya;
penggalasan 1. perihal menggalas, perdagangan; 2. tempat berdagang;
penggalas penjaja, pedagang kecil
galau
kebisingan, kekacauan;
bergalau terlalu ramai dan sibuk, kacau-bilau: bunyi suara orang ~ datang dr arah belakang rumah; tiada sesuatu pun dapat dikatakannya walaupun di dlm dadanya bergelora perasaan yg ~ dan bergolak;
~ orang di pasar sangat ramai; fikirannya ~ fikirannya keliru;
kegalauan 1. kebisingan, kekalutan: tatkala berhadapan dgn ~ , berkidung-kidunglah agar sukmanya tenteram; 2. kekeliruan: ~ fikiran
galei (galéi)
(galéi) = pruf ~ (Cetak) pruf cetakan pd kertas panjang utk diteliti dan dibuat pembetulan sebelum dipotong-potong mengikut ukuran muka surat yang dikehendaki
galengan
Jw permatang sawah; → galang I
galeri
bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dsb: satu pameran telah diadakan di sebuah ~ seni dan sejarah
galgal
terburu-buru dan kasar (bkn kelakuan, pekerjaan, dll), lekas marah: orang yg ~
gali I; bergali
Ph = menggali mengorek (kubur);
menggali 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat, mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia;
~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan;
galian bahan yg dikeluarkan dr tanah dgn menggali: tanah ini tidak mengandungi bijih atau ~ yg lain; bahan ~ hasil lombong;
gali-galian bermacam-macam hasil lombong, bermacam-macam hasil tanaman yg digali;
penggalian perihal (perbuatan, kerja, dsb) menggali: ~ kesan-kesan lama;
penggali 1. orang yg menggali (membuat) lubang; 2. alat utk menggali (spt tembilang dll); diam ~ berkarat prb pengetahuan yg tidak dipakai akan hilang
|