Rabu, 1 Juli 2026   |   Khamis, 15 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 362
Hari ini : 9.688
Kemarin : 30.727
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 3 4 5 6 7 >  Last ›
gai
sj tali pd perahu (utk menguatkan tiang perahu)
gail I
gual -~ ; gual 
gail II; tergail
kena kail, terpancing
gaing
kayu runcing yg dipasang pd dasar perahu (di haluan atau buritan)
gait = penggait = gaitan

 benda yg berlengkok pd hujungnya utk menarik sesuatu, kait atau pengait;  

menggait 1. menarik buah (perahu dll) supaya dekat, mengait: hendak dipanjat kerengga, mahu pula digait galah tidak sampai; 2. mengambil wang orang dgn menipu, mencopet: tujuannya memang hendak ~ saku saya.  

gajah

1. sj mamalia dlm famili Elephantidae (berbadan besar dan mempunyai belalai dan gading); ~ Asia = ~ India, Elephas maximus; ~ Afrika, Loxodonta afrikana; ilmu (hikmat, mantera) ~ mantera yg menjadikan gajah jinak; 2. buah catur yg jalannya menyerong; 3. sesuatu yg besar; badak ~ badak yg besar; nyamuk ~ nyamuk yg besar;

~ bara gajah hitam; ~ barat permainan utk kanak-kanak; ~ guling perhiasan sanggul dgn dua untai bunga melati; ~ lalang gajah yg sudah jinak (tidak liar); ~ laut sj anjing laut, Mirounga spp.; ~ menung a) binatang yg besar (terutamanya dlm cerita); b) sj usungan berbentuk ikan laut utk pengantin; ~ menyusu atap tambahan atau yg disambung pd rumah, sengkuap; ~ mina a) walrus; b) sj perhiasan (makara); ~ patah permainan teka-teki; ~ tunggal gajah yg tidak bersama-sama kawannya (sangat liar); spt ~ putih sesuatu yg mahal tetapi tidak berguna: kebanyakan perbadanan awam adalah spt ~ putih di bumi Afrika;    

~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga prb orang miskin menderita kerana mencontohi kehidupan orang kaya; ~ dialahkan oleh pelanduk prb orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah; ~ dipandang spt kuman prb orang yg naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya; ~ ditelan ular lidi = ~ mati dicatuk katak prb anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan; ~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli prb mengerjakan sesuatu yg mustahak dgn tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yg tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi; ~ mati kerana gadingnyaprb seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya; ~ mati meninggalkan tulang prb jasa baik seseorang yg mati dikenang juga; ~ mati tulang setimbun prb orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya; ~ seekor gembala dua prb a) seorang perempuan yg menduakan suaminya; b) dua orang memimpin satu pekerjaan; ~ sama ~ berjuang pelanduk mati di tengah-tengah = ~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit prb kalau orang besar-besar yg berselisih, rakyat yg mendapat susah; ~ turun di tengah rumah prb menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar); bangkai ~ bolehkah ditutup dgn nyiru = spt ditempuh ~ lalu prb kejadian yg besar tidak dapat disembunyikan; spt ~ masuk kampung prb seseorang yg melakukan sesuatu sekehendak hatinya; spt ~ putih ditambat prb seseorang yg merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya; spt ~ rompong belalaiprb raja yg kehilangan kuasanya;  

menggajah tampak spt gajah, kelihatan besar;  

gajah-gajahan 1. = main ~ main catur; 2. = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi bengkak, untut; 

bergajah menaiki gajah: bala tentera ~

gajai

Mn; menggajaimelepaskan;  

tergajai terlepas, tidak terikat lagi, tidak ada sangkut-pautnya: pd suatu waktu sangkutan hatinya ~ dan ia benci melihat anak muda yg pandai bercakap itu.  

gajak
sikap dan langkah, tingkah laku, gerak-geri
gaji

upah yg tetap, bayaran yg tetap utk pekerjaan; hari ~ hari pembayaran gaji; makan ~ bekerja utk mendapat gaji; orang ~ pembantu rumah tangga yg diberi gaji, pembantu rumah, amah; ~ bulan (minggu, hari) upah kerja yg dibayar setiap bulan (minggu, hari); ~ buta gaji yg diterima tanpa bekerja (keras); ~ pokokgaji yg menjadi dasar dgn tiada tambahan elaun dsb;  

bergaji mendapat gaji: ~ besar;  

menggajimemberi (membayar) gaji, mengambil sbg pekerja: ia ~ penolongnya sangat rendah; orang-orang Cina lebih suka mengambil saudara-saudara mereka bekerja drpd ~ orang luar;  

gajian; orang ~ a) hamba, bujang, babu; b) orang pinjaman atau sewaan (dgn kontrak dll); hari ~ hari gaji; 

penggajian urusan menggaji: majikan perlu mengemukakan permohonan kpd Urusetia P~ Pekerja Asing di kementerian itu

gajih
Jw lemak. 
gajul

† Id orang yg tidak baik tingkah lakunya, bergajul; 

pergajulan bp penjahat

gajus
sj tumbuhan (pokok yg buahnya berbiji di luar), jambu golok, jambu ketereh, jambu monyet, kajus, janggus, Anacardium occidentale; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), belonggok, Alseodaphne penduncularis
gak I
bunyi burung gagak
gak II
Jk tidak, enggak
gak III
Kl tempat membakar roti atau bata
gala I

 sj damar;  

gala-gala, gegala pakal yg dibuat drpd damar dll; ~ lembut  minyak tar;

bergala direkat dgn gala; tiada ~ lagi a) bercerai-cerai (tulang dll), tidak terikat erat; b) sl sangat berlebih-lebihan

gala II; segala-gala
seluruhnya, semuanya
gala III; gala-gala
Mn kelulut, tebuan kecil
gala IV; gala-gala
bp gara-gara
galaba, galabah
† pilu, duka, sedih
‹ First  < 3 4 5 6 7 >  Last ›