Ditemukan : 1622 Record
gamam
1. tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut dll: dia menjadi ~; 2. = tergamam gelisah, ragu-ragu: dia menegur dgn suara ~;
tergamam menjadi gamam, terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa, terpegun,: dia tidak dapat membuat apa-apa kerana ~; kegamaman dlm keadaan gamam
gaman
gamang
1. takut melihat ke bawah dr tempat yg tinggi, gayat: sungguh ~lah ketika melihat jurang yg amat dalam itu; 2. = tergamang berasa sepi: ia ~ sepeninggalan ibunya;
penggamang orang yg lekas gamang, penggayat; orang ~ mati jatuh, orang pending mati hanyut prb Mn orang yg takut-takut tidak akan mencapai kehendaknya
gamat I
bising, riuh-rendah: Dewan Rakyat ~ dgn gelak ketawa hari ini;
menggamatkan menyebabkan gamat pd telinga, membisingkan, memekakkan: pekik sorak ~suasana;
kegamatan keadaan gamat, kebisingan: ~ kelas reda secara mendadak.
gamat II
sj binatang laut spt teripang tetapi lebih pendek dan lebih kurus (biasanya hidup di celah-celah atau di bawah batu, dan digunakan utk mengubati penyakit luka dalam akibat jatuh, bersalin, dsb); ibu ~ gamat yg diawet atau disimpan sehingga menjadi kecut dan mengeluarkan air; air ~ air drpd gamat yg diawetkan
gamat III †; bergamat
berlagu, bernyanyi;
menggamat; ~ lagu melagukan
gamat IV
kayu ~ kayu keramat yg dipakai sbg cap kerajaan
gamat V
akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Pterisanthes cissoides
gamba
~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), Cardiopteris lobata
gambang I
sj alat muzik (dibuat drpd bilah-bilah kayu atau gangsa yg panjangnya tidak serupa); ~ keromong gamelan khas Betawi untuk mengiringi drama rakyat Betawi
gambang II
balai ~; → balai I
gambar
1. lukisan, foto; tukang (pandai) ~ orang yg kerjanya mengambil gambar, jurugambar; kantur ~ Id pejabat tempat membuat gambar peta; 2. tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn menggunakan kamera, foto; 3. sl patung;
~ angan-angan gambar yg dikhayalkan; ~ bagan gambar yg dibuat dgn garis-garis dan menunjukkan bahagian penting sahaja, lakar; ~ bumi peta bumi; ~ cermin Id bayangan pd cermin; ~ denah gambar bagan; ~ ejekan (sindiran) gambar orang yg dibuat ganjil dgn sengaja sbg sindiran; ~ hidup = wayang ~ = komidi ~ wayang gelap, gambar bergerak yg ditayangkan; ~ mati = ~ sorot wayang gelap yg tidak bergerak; ~ sisip = ~ selit kepingan lutsinar yg diberi bergambar utk ditayangkan pd tirai; ~ tempel Id a) gambar yg dilekatkan pd kertas (kad, kain, dll); b) gambar iklan yg dilekatkan pd tembok dll; ~ timbul gambar yg dibuat timbul pd batu dll;
bergambar 1. mempunyai gambar, dihiasi dgn gambar: buku bacaan ~ ; kad ~; 2. mengambil gambar dgn kamera: para pelancong ~ di depan bangunan Parlimen;
menggambar melukis (membuat) gambar : ia suka ~ pemandangan;
menggambari memberi bergambar, menghiasi dgn gambar: kertas minyak digambari rangka-rangka bangunan;
menggambarkan 1. membuat gambar utk: guru ~ muridnya seekor singa; 2. melukiskan, membayangkan: lukisan ini ~ penderitaan rakyat yg miskin; dapat digambarkannya bagaimana rakan-rakannya pd hari itu bersuka ria; 3. mengisahkan atau membayangkan sesuatu keadaan dsb: pepatah ini ~ satu hakikat yg tidak boleh dinafikan dlm kehidupan sehari-hari;
tergambar terbayang, terlukis: dlm fikirannya ~ wajah anak muda itu;
gambaran 1. gambar, lukisan; 2. kisah (keterangan, bayangan, dsb) tentang sesuatu keadaan dsb;
penggambaran 1. perihal menggambarkan (membuat foto, melukiskan, membayangkan, dll); 2. kegiatan (perbuatan, usaha, dsb) membuat filem termasuk berlakon, mengarah dsb;
penggambar orang yg menggambarkan, pelukis
gambar foto
gambar yg dihasilkan dgn menggunakan kamera, foto
gambar rajah
sketsa, rangka atau pelan yg menerangkan sesuatu (hal, perkembangan, dll)
gambaran
1. gambar, lukisan; 2. kisah (keterangan, bayangan, dsb) tentang sesuatu keadaan dsb;
gambas
Jw ketola
gambir
1. sj tumbuhan (pokok menjalar), Uncaria gambir; 2. bahan yg diperoleh drpd pokok gambir utk dimakan dgn sirih dan pinang (utk menyamak kulit dll);
~ air sj tumbuhan (pokok memanjat), Hippocratea macrantha; ~ badak = ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Maesa ramentacea;
gambir-gambir, gegambir 1. sj tumbuhan (pokok), kenar, keranji bulan, me(r)limau, pasak perahu, pokok rambutan pacat jantan, temilang, Aglaia odoratissima; 2. sj tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait, Combretum sunaicum;
~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), Uncaria cordata; ~ paya sj tumbuhan (pokok memanjat), Uncaria lanosa
gambuh
1. sj tarian; 2. penari gambuh;
bergambuh menari gambuh
gambus
1. sj kecapi Arab yg bertali enam (dimainkan dgn iringan gendang); 2. = orkes ~ Id pancaragam yg terdiri drpd gambus, harmonium dsb yg memainkan lagu-lagu Arab; lagu ~ lagu yg dimainkan oleh pancaragam gambus; tarian ~ tarian dgn iringan gambus
gambut
lembut dan tidak padat (tanah): nanas ditanam di tanah ~ atau di ladang getah yg ditinggalkan
|