Rabu, 1 Juli 2026   |   Khamis, 15 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 719
Hari ini : 12.977
Kemarin : 30.727
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 8 9 10 11 12 >  Last ›
ganda I

1. = sekali ~ satu kali lebih banyak drpd yg asal (mis empat menjadi lapan); 2. lipat, kali (banyaknya dll): sekali (dua kali, tiga kali) ~ satu (dua, tiga) kali atau lipat banyaknya (drpd jumlah asal); berlipat ~ beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal, bertambah-tambah banyaknya; 

~ menaik (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah besar; ~ menurun (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah kecil;  

berganda bertambah atau meningkat sekali lipat lebih banyak drpd jumlah asal, berlipat (banyaknya): hasil padi ~;  

berganda-ganda, ganda-berganda berlipat-lipat banyaknya, beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal (atau sesuatu jumlah): mendapat keuntungan yg ~; menari ~ menari berkali-kali (berulang kali);  

menggandakan, mempergandakan memperbanyakkan supaya menjadi dua kali jumlah dsb yg asal: jikalau tekanan digandakan, isi padunya menjadi separuh; janganlah awak ~ kata itu lagi janganlah mengulang kata itu lagi;  

memperganda-gandakan melipatkan (jumlah sesuatu) beberapa kali, membanyakkan jumlahnya berkali-kali;  

gandaan 1. = penggandaan; 2. = pergandaan;  

pergandaan 1. perihal berganda, perbanyakan bilangan menjadi dua atau beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal; 2. (Lin) perulangan kata (keseluruhannya atau sebahagiannya);  

penggandaan perihal atau perbuatan menggandakan (melipatgandakan);  

pengganda angka utk menggandakan angka lain

ganda II
sl bau (yg harum), bau-bauan
ganda III

Jk 1. lawan (yg tidak sepadan); 2. berani melawan (meskipun lawan yg lebih kuat dll.)

gandal = gandalan, penggandal
halangan, rintangan
gandam

bahan pewarna yg digunakan utk mewarnakan kayu dll tanpa menghilangkan ira kayu dsb; 

menggandam membubuh (meletakkan, menyapu, dsb) gandam pd kayu dll. 

gandan
Id; gebar ~ kain selimut drpd sutera dll. 
gandang

sj tumbuhan (pokok), ganding, kesinga, merpuing, mersinga, Carallia brachiata

gandapura
sj tumbuhan (pokok yg bijinya dibuat minyak wangi), Hibiscus belamoschus
gandar I

1. kayu utk memikul barang di atas bahu, galas, kandar, pengandar; 2. tangkai (pd timba telaga, pd tenggala); 3. batang dacing; 4. = ~ roda batang besi (kayu dsb) tempat roda berpusing; pasak (poros) roda, aci; ~ cincin pencengkam batu pd cincin;  

menggandar memikul, mengandar, menggalas;  

gandaran barang (beban) yg dipikul, pikulan, kandaran: maka Laksamana pun meletakkan ~nya, lalu naiklah ia ke rumah saudagar itu.

gandar II Jk; menggandar

mengenderai (kereta, basikal, dll);  

gandaran kenderaan, kenaikan

gandaran
kenderaan, kenaikan
gandaria, gandariah

sj tumbuhan (pokok yg berbuah), Bouea macrophylla

gandarusa

sj tumbuhan (herba yg daunnya dipakai utk ubat), Gendarussa vulgaris

gandasuli

sj tumbuhan (pokok yg harum bunganya), Hedychium coronarium; suli II

gandek (gandék)
Jw utusan, suruhan raja
ganden (gandén)
Jw tukul drpd kayu, pemukul
gandewa (gandéwa)
Jw busur (panah)
gandi I
sl busur (panah); main ~ bermain panah
gandi II
sl tukul, pemukul; gandin
gandik
1. perhiasan pengantin perempuan, permaisuri dan sultanah yg dipakai pd dahi; 2. perhiasan pd hulu keris
‹ First  < 8 9 10 11 12 >  Last ›