Ditemukan : 1622 Record
gamelan (gamélan)
seperangkat alat muzik yg berasal dr Jawa, yg terdiri drpd beberapa jenis alat yg dipalu spt saron, bonang, gambang, gong, dll.
gamen (gamén)
bp kerajaan, pemerintah
gamer
teragak-agak (hendak membuat sesuatu kerana malu dll)
gamet (gamét)
(Bio) sel pembiakan
gamik Mn; menggamik
memberi isyarat (menyentuh) dgn jari; → gamit
gamis
Ar kemeja: wanita itu memakai gaun biru dgn ~ putih; bergamis memakai gamis: seorang lelaki yg berkopiah putih , ~, dan bercelana panjang mendekati Tipah
gamit
isyarat memanggil dgn jari: ibarat ~ sudah berkecapi, ibarat kata sudah berjawab;
bergamit-gamitan 1. saling memberi isyarat dgn jari; 2. saling menyentuh dgn jari: kedua-duanya ~ dan kerling-mengerling;
menggamit 1. memberi isyarat dgn jari (utk memanggil); 2. menyentuh jari, mencuit; ~ kecapi memetik kecapi;
menggamitkan menyentuhkan jari, melambaikan (tangan) utk memanggil dll: kanak-kanak itu ~ tangannya spt meminta sesuatu;
gamit-gamitan sesuatu yg sering kali disebut-sebut orang, buah mulut orang: menjadi ~ orang
gampang
Jw mudah; anak ~ anak haram;
menggampangkan memudahkan, menganggap ringan;
gampangan Jk lebih mudah;
gampang-gampangan dgn cara mudah sahaja, alang-alangan, tidak dgn bersungguh-sungguh
gampar I
Jk; menggampar menampar, meninju
gampar II
Jw; gamparan terompah drpd kayu
gamuh
sj kendi (teko dll) yg tidak bercerat
gana
Ar kaya; Tuhan yg ~ Tuhan yg kaya
ganal; ganal-ganal
~ mati seolah-olah mati, spt mati rupanya
ganang
gunung-~ bermacam-macam gunung, pergunungan
ganar I
Mn bingung
ganar II
penembak meriam
ganas
1. liar dan suka menyerang (mengamuk, membunuh dsb, umumnya bkn binatang), buas: harimau (buaya) yg ~; 2. suka merosakkan (harta benda orang dsb, bkn orang): orang gila itu semakin hari semakin ~;
mengganas 1. berlaku ganas (menyerang, mengamuk, dll): samseng-samseng makin ~ di bandar-bandar ini; 2. menjadi semakin hebat, menjadi-jadi: wabak taun ~;
mengganasi berlaku ganas terhadap, melakukan perbuatan ganas terhadap (seseorang): wanita sepatutnya dihormati sebagai seorang insan, spt lelaki, dgn itu kaum lelaki tidak akan ~ wanita;
keganasan perihal ganas, kebuasan, kegarangan;
pengganasan perbuatan mengganas: anasir-anasir subversif melakukan ~ di sempadan;
pengganas orang yg mengganas: ~-~ komunis masih berkeliaran di kawasan sempadan Semenanjung.
gancang
cepat (tindakan, gerakan, dll), tangkas, cergas, pantas
gancaran
Jw karangan yg tidak bersajak, prosa
gancu
1. pengancing drpd logam, plastik, dll yg dilekatkan pd satu hujung tali pinggang dll, digunakan utk mengancing tali pinggang dll atau sbg hiasan. 2. galah yg mempunyai kait pd hujungnya;
menggancu mengait sesuatu dgn gancu
|