Rabu, 1 Juli 2026   |   Khamis, 15 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 733
Hari ini : 12.991
Kemarin : 30.727
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 9 10 11 12 13 >  Last ›
gandin
tukul kayu, pemukul
ganding I; bergandingan, berganding

1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat);  

mengganding 1. menarik sesuatu yg diikat di samping atau di belakang: sebuah kepala kereta api dapat ~ berpuluh-puluh gerabak; 2. memegang tangan, memimpin: orang buta itu diganding oleh seorang budak;  

menggandingkan, mempergandingkan 1. menghubungkan, memautkan, mempertalikan: kereta yg rosak itu digandingkan dgn sebuah lori; 2. menghubungkan, mengaitkan: kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dgn keadaan ekonomi negara; 3. membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan: sampan itu digandingkan dgn motobot;  

gandingan benda yg digandingkan (di samping atau di belakang)

ganding II

Mn; gandingan banding, tanding;  

bergandingan berbanding dgn, berlawanan, bersaingan;  

menggandingkan membandingkan

ganding III
sj tumbuhan (pokok), gandang, Carallia brachiata
gandrung I
Jw sangat rindu (berahi), sangat mengingini
gandrung II

Jw sj tumbuhan (pokok) yg buahnya spt jelai, Andropogon sorghum

gandu
sj buah berwarna hitam yg berbentuk bulat pipih dan dipakai dlm permainan lecek
ganduh I

Mn imbuh, tambah, tokok; 

berganduh bertukar dgn mendapat tambahan (wang dll);  

memperganduhkan, memperganduh-ganduhkan menukarkan sesuatu dgn tambahan

ganduh II Mn; berganduh
Mn; berganduh bercampur, beraduk
gandul Jw; menggandul

bergantung;  

mengganduli 1. bergantung pd; 2. menggantungkan pd;  

gandulan benda yg digantung (kerongsang pd rantai leher dll.)

gandum
sj tumbuhan (pokok dan buahnya), terigu, Trificum sativum; tepung ~ tepung terigu (utk membuat roti dll.)
gandung

buluh (kayu) yg dipasang di kiri kanan perahu (supaya tidak terbalik atau utk menambah muatan), ambau;  

bergandung 1. berambau (memakai gandung); 2. mempunyai muatan yg diletakkan di gandung;  

menggandung memuat barang dgn memakai gandung

gandus
sj kuih (dibuat drpd tepung beras, kelapa, dll); seri ~ sj penganan
gang I
sj pahat (yg dipakai oleh tukang tembaga)
gang II

IB lorong kecil (di kampung-kampung dlm bandar)

ganggang I; berganggang

1. sedang disalai (dgn api); 2. berdiang;  

mengganggang menyalai, memanggang: daun yg hendak dikeringkan itu diletakkan di dlm dulang dan diganggang atas api.  

ganggang II

Mn 1. ruang di antara dua benda, celah: ~ pintu; 2. renggang (tidak rapat): hubungan mereka sudah mulai ~;

berganggang 1. bercelah, merenggang: sambung kayu itu mulai ~ ; 2. bercerai (bkn suami isteri): laki bini itu sudah ~;  

mengganggang menjadi bercelah, merenggang: papan ~;  

mengganggangkan merenggangkan, menjadikan bercelah: ~ pintu

ganggang III
sj lumut yg tumbuh dlm air dll.
ganggu-gugat;mengganggu-gugat
mengganggu dan mendakwa, memperkarakan, mendakwa dan memperkarakan: raja yg berkuasa tidak boleh diganggu-gugat.  
ganggu; mengganggu

1. mengusik, mengacau: pekerjaan orang jangan diganggu; 2. mengusik, mempermain-mainkan, menggoda (perempuan): tidak baik awak ~ murid perempuan itu; 3. menghalangi, mencegah, memacetkan, merusuh: batuknya ~ ia bercakap; ~ keamanan merosakkan keamanan;  

terganggu terusik, tercegah, terhalang: pasukan keamanan nampaknya ~ oleh pengganas-pengganas di hutan;  

gangguan 1. perbuatan mengganggu (mengusik dsb), usikan, godaan; 2. sesuatu yg mengganggu (mengacau, menghalang, menyusahkan, dsb), halangan;  

penggangguan perihal atau perbuatan mengganggu;  

pengganggu orang dll yg (suka, selalu) mengganggu

‹ First  < 9 10 11 12 13 >  Last ›