Rabu, 1 Juli 2026   |   Khamis, 15 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 844
Hari ini : 14.039
Kemarin : 30.727
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 11 12 13 14 15 >  Last ›
ganjur I

sl tombak;  

mengganjur, mengganjuri menombak(i)

ganjur II

Mn tarik, hela, mundur;  

berganjur mengundurkan diri: pegawai itu ~ diri utk mengelakkan perkelahian; berganjur-ganjur surut ki bersikap maju mundur;  

mengganjur menarik, merenggut (tali wau dll), menarik diri, mengundurkan: dia akan menyuruh Rohani ~ langkah surut; siganjur

gantal

Jw daun sirih yg sudah digulung

gantang

1. sukatan atau ukuran banyak yg sama dgn 4 cupak atau 4.54 liter (lazimnya utk beras); 2. alat utk menyukat (beras dll);  

melukut di tepi ~ prb perkara kecil yg tidak mendapat perhatian; mengisi ~ pesuk prb membuat pekerjaan yg tidak menguntungkan; secupak tak akan jadi se~ prb sesuatu yg tetap dan sukar diubah lagi;  

gantang-gantang patrum (tempat ubat bedil) yg dibuat drpd buluh;  

menggantang menyukat dgn gantang; 

~ asap mengingini sesuatu yg sukar dicapai;  

~ anak ayam prb membuat pekerjaan yg amat susah; penuh sudah bagai ~ prb cukup (benar-benar) penuh

gantar
(Sunda) galah
ganteng

Jw cantik, elok dan gagah, tampan

(ganténg) Jk kental, beku

ganti

1. silih, penukar, pampasan: ambillah buku cerita ini sbg ~ tengok wayang; 2. = pengganti wakil: kalau engkau tak mahu pergi akulah ~ kau; 3. bp beralih, bertukar, berubah (tempat dll); 

~ nama (Lin) kata utk menyebut diri (saya, engkau, dll); ~ rugi wang atau barang utk silihan kerugian, pampasan; ~ tikar kahwin dgn adik atau kakak isteri yg telah mati; ~ hidup berkeredaan, ~ mati berkebulatan prb utk mendapatkan ganti seseorang ketua perlulah dgn muafakat;  

berganti bertukar, berubah, beralih menjadi; ~ nama bertukar namanya; ~ pakaian bertukar pakaian; hari (minggu, bulan, tahun) ~ hari (minggu, bulan, tahun) selepas hari dll ini hari dll kemudiannya pula; satu ~ satu satu demi satu bertukar, bergiliran; silih ~ = saling ~ = ganti-~ bergilir-gilir atau bertukar-tukar;  

berganti-ganti, bergantian bertukar-tukar, bergilir-gilir, silih berganti: seseorang yg berada di sebelah kanan anda datang ke depan anda secara ~; 

mengganti 1. menukar (dgn yg lain, yg baru, dll), menjadikan berganti: pegawai ini perlu diganti dgn seorang yg lebih cekap; 2. memberikan sesuatu kpd seseorang dll sbg cara memulangkan barang dsb yg sudah dihilangkan (dirosakkan dsb), memberi (membayar) ganti rugi: saya tidak dapat ~ pen awak yg sudah hilang itu; 3. mengambil tempat seseorang utk menjalankan sesuatu tugas dll: mengapa cikgu kita tidak mahu ~ guru besar dlm mesyuarat itu?; ~ rugi memberikan sesuatu atau membuat bayaran utk mengatasi atau meluputkan kerugian yang dialami oleh seseorang dsb; 

menggantikan menjadi ganti: anak negeri yg pandai sudah boleh ~ pegawai-pegawai dagang;  

gantian sesuatu yg dapat menggantikan (mengambil tempat) sesuatu yg lain; 

pergantian pertukaran, peralihan, perubahan (kpd sesuatu yg lain);  

penggantian perihal atau perbuatan mengganti(kan): mereka merundingkan perkara ~ Ketua Kampung;  

pengganti benda atau orang yg menjadi ganti: biarlah pantunku ini sbg ~ penawar hatimu; sejak guru itu pindah murid-murid agak gelisah menunggu ~nya.  

gantih
Mn; menggantih memintal benang (dgn rahat)
ganting I
gula ~ gula kasar; gula I
ganting II

sl nama sj perahu lama: maka baginda pun menyuruh berlengkap perahu akan menyerang Singapura, seratus delapan puluh banyaknya jong, lain drpd itu berapa ratus buah ~. 

gantung

hukum ~ hukuman mati dgn mencerut leher dgn tali (yg terikat pd tiang); jambatan ~ titi yg tidak bertiang; kahwin ~ = nikah ~ perkahwinan yg belum lagi diumumkan (diraikan) dgn upacara persandingan; lampu ~ lampu yg disangkut (tidak berdiri); pusaka ~ waris yg belum diketahui pemiliknya; ~ kemudi sl cukai yg dikenakan di pelabuhan; ~ layar sl hadiah kpd orang yg menyelamatkan kapal yg hendak karam;  

bergantung 1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~ dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll: kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato` Ujang; pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan;  

~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah;  

bergantungan bergantung-gantung, bergantung banyak-banyak: ia memerhatikan gambar-gambar yg ~ di dinding;  

menggantung 1. menghukum mati dgn mencerut leher dgn tali yg terikat pd tiang; ~ diri membunuh diri dgn mencerutkan tali pd leher; 2. memasang (kelambu, tirai, dll) dgn menyangkutkan tali dll pd sesuatu : ~ kelambu; ~ langsir; 3. menunda (perkara dll) hingga waktu yg lain (utk mendapat butir-butir yg lebih lanjut): perkara itu digantung utk sementara waktu; 4. menjadikan tidak berkuat kuasa atau sah dsb atau tidak dapat bertindak (bergiat dsb) sehingga diputuskan secara muktamad ; ~ kerja (pekerjaan) tidak membenarkan atau menahan seseorang drpd melaksanakan tugas atau kerja rasminya buat sementara (biasanya sehingga selesai dijalankan sesuatu penyiasatan); ~ lesen menjadikan lesen (memandu, berniaga, dsb) hilang kuat kuasanya sehingga dibuat keputusan lain kemudiannya; ~ raket berhenti sama sekali atau bersara drpd bermain sesuatu permainan yg menggunakan raket (spt badminton, tenis, dsb): selepas ~ raketnya, nama beliau terus hilang dari dada akhbar; digantung tinggi dibuang jauh prb tidak berkuasa sedikit pun (lemah sekali);  

menggantungi 1. menjadikan (sesuatu) sbg tempat menggantungkan (sesuatu): pokok ru itu digantungi dgn lampu yg berbagai-bagai warnanya; 2. menggantung berulang-ulang; 

menggantungkan 1. menyangkutkan pd paku dll atau mengikatkan pd sesuatu dsb supaya terletak pd tempat yg tinggi, menjadikan bergantung: ia ~ semua kad Hari Raya pd tali yg direntang; 2. menyandarkan (nasib, pekerjaan, dll) pd, mengharapkan (pertolongan dll) drpd, meletakkan (harapan dsb): mereka ~ harapan hari depan mereka pd kejayaan Hanifah dlm pelajarannya;  

digantungkan tinggi, digalikan dalam prb perjanjian yg dibuat dgn syarat-syarat yg teguh; ~ kain kotor di muka pintu prb perihal perbuatan yg pandir yg memberi malu pd diri sendiri;  

mempergantungi menjadikan (seseorang) tempat bergantung: akumasih terkatung-katung dgn tiada tempat bergantung tetapi dipergantungi pula oleh orang lain;  

tergantung 1. telah digantung, tersangkut, terpaut: lampu itu ~ di loteng; 2. diserahkan, terserah (pd): hukuman yg akan dikenakan ~ pd hakim;  

gantungan 1. sesuatu yg digantung(kan); 2. alat utk menyangkut (menggantungkan) sesuatu; 

kebergantungan perihal (keadaan) bergantung (pd): sikap ~ pd orang lain;  

ketergantungan keadaan atau sifat (masih) bergantung (pd sesuatu): ini bererti wanita berkenaan perlu belajar berdikari dan bebas drpd ~ pd keluarga.

ketidakbergantungan perihal ( keadaan) tidak bergantung pd: ~ politik kawasan yg berpisah-pisah;  

pergantungan 1. alat atau tempat utk menggantung; 2. tempat bergantung (mis orang yg dipercayai atau yang boleh memberikan pertolongan), tempat bersandar, tempat mengharapkan pertolongan; 3. perihal (perbuatan, sikap) bergantung (pd sesuatu): jelaslah ~ pd beberapa barangan utama akan terus menjejaskan ekonomi negara;  

penggantungan 1. perihal menggantung; 2. tempat menggantung(kan) sesuatu, tempat menghukum gantung orang: ~ kain baju itu letaknya berhampiran dgn katil;  

penggantung digunakan utk menggantungkan sesuatu: tali ~ seluar.

ganu
pelangi.   
ganyah; mengganyah
 1. menggosok atau menyental kuat-kuat: tutup mulutkau, nanti aku ganyah dgn sambal; 2. Kd memakai (kain dll) selalu: kain songket itu tidak boleh diganyah.
ganyang Jw; mengganyang

1. memakan mentah-mentah, memamah, mengunyah; 2. membinasakan, memusnahkan, menghancurkan: operasi Indera Khas telah dilancarkan utk ~ unit penggempur keenam ini.  

ganyar → ganyut
ganyir
Kl senang, mudah
ganyong
Jk sj tumbuhan (herba yg umbinya sedap dimakan), Canna edulis
ganyut
1. tidak lunak (walaupun direbus), basau, engkah-engkah, ganyar; 2. sangat tua: Cu Hawa sudah tua dan ~. 
gap

bunyi degupan jantung, bunyi spt mengetuk meja;   degap I

gapa I
  Kl apa benda
‹ First  < 11 12 13 14 15 >  Last ›