Ditemukan : 1622 Record
garan II
† gerangan
garang I
1. suka atau lekas menyerang dsb (apabila marah dsb), bengis, galak: anjing itu cukup ~; guru yg ~ menakutkan murid; 2. Mn suka, gemar; ~ makan kuat makan; 3. kencang (bkn angin dll), hebat: angin bukit tiba-tiba bertiup ~; 4. terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: kalau dulu orang gemar cara mekap yg natural, dlm tahun 1983 penggunaan warna yg ~ muncul pula;
menggarang 1. menjadi garang (bkn anjing dll), membuas, mengganas, menggalak; 2. = menggarangkan memberanikan, mengganaskan;
menggarangkan 1. menjadikan garang, memberanikan, mengganaskan, menggalakkan; 2. menjadikan (kelihatan) terang dan bercahaya, menjadikan (warna) sangat cerah: warna-warna tersebut saling bersatu hingga dapat melembutkan atau ~ warna-warna yg bersebelahan;
kegarangan perihal garang: lambang api jelas membawa suasana ~ dan kegigihan.
garang II Jw; menggarang
memanggang, memanaskan (mengeringkan di atas api): ~ tembakau;
garangan; tembakau ~ tembakau yg dikeringkan dgn diganggang
garang III; garangan Mn; → gerangan
garang III; garangan Mn; → gerangan
garangan
tembakau ~ tembakau yg dikeringkan dgn diganggang
garap Jw; menggarap
mengusahakan, mengerjakan: menyelesaikan ~ tanah;
menggarapkan mengolahkan: lebih mencabar seandainya penulis ~ watak-watak spt Murni dan Mei Mei dlm konteks peleraian masalah;
tergarap dapat diselesaikan (diusahakan): dia tahu ada sesuatu yg penting dlm hidup ini, namun tak ~ sampai sekarang;
garapan sesuatu yg diusahakan, usaha, kerja;
penggarapan perbuatan menggarap (mengusahakan, menyelesaikan) sesuatu
garau
kasar dan besar (suara), garuk, parau
gardin
IB tirai (jendela dll)
gardu
Id rumah sentri, rumah pengawal
garebek
Jw hari raya Islam (setahun tiga kali); ~ Maulud (12 Rabiulawal); ~ Puasa (1 Syawal); ~ Besar (10 Zulhijah)
garedeng (garédéng)
Mn rumbai-rumbai (perhiasan kelambu dll)
gari I
sepasang gelang drpd logam utk membelenggu pergelangan tangan penjahat dll, belenggu;
bergari telah dibelenggu dgn gari;
menggari membelenggu dgn gari
gari II Kl; bergari
masih terang mata (walaupun orangnya sudah tua): matanya masih ~.
garing I
keras tetapi rapuh (keropok, roti, dll), kering dan mudah hancur, rangup
garing II
† ambung, keranjang (rotan dll)
garing III
sj ikan darat, sengaring, tambera, Labeobarbus tambra; karing
garing IV; garing-garing
sj tumbuhan (pokok memanjat), Cnestis palala
garis bawah
garis yg dibuat di bawah sesuatu perkataan (rangkai kata, ayat, dll) yg menunjukkan pentingnya perkataan (rangkai kata, ayat, dll) yg berkenaan;
menggarisbawahi 1. membuat garis bawah pd sesuatu perkataan (rangkai kata, ayat, dll); 2. ki memberi penekanan, mementingkan : penulis ~ peringatan Elwood agar kita tidak memisahkan kebenaran.
garis I
1. tanda yg panjang halus yg dibuat pd sesuatu permukaan: melukis dr ~ A ke ~ B; 2. calar: ~-~ di badannya masih kelihatan akibat kena rotan; 3. kedut pd kulit muka; 4. tanda yg panjang halus pd tapak tangan; 5. (dlm beberapa permainan) tanda yg dibuat utk membatasi gelanggang atau bahagian-bahagiannya; 6. baris pertahanan (kubu dll): pasukannya dapat menembusi ~ pertahanan musuh; 7. had, batas, ketentuan: kita harus menunaikan tugas kita menurut ~-~ yg telah ditentukan;
~ akhir baris penghabisan dlm perlumbaan; ~ bahagi garis yg membahagi dua sesuatu sudut; ~ belakang barisan yg tidak terlibat langsung dlm medan perang; ~-~ besar perkara-perkara yg mustahak; ~ bujur (Geog) garis di peta dr kutub utara sampai ke kutub selatan; ~ depan a) barisan yg paling depan; b) garis pertahanan yg menghadapi musuh; ~ haluan = ~ panduan panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; ~ lintang (Geog) garis di peta yg selari dgn khatulistiwa; ~ miring garis yg condong ke bawah dan menyerong; ~ pemisah garis (batas, sempadan, panduan) yg memisahkan sesuatu dgn yg lain; ~(an) pusat garis yg menerusi pusat dan disempadankan oleh lilitan bulatan; ~(an) rentas garis yg menghubungkan dua titik pd bulatan; ~ sejajar = ~ selari dua garis yg sama jarak antaranya; ~ sentuh garis yg menyentuh suatu titik pd lilitan bulatan; ~ singgung garis yg bersentuhan (terlalu rapat); ~ tegak garis lurus yg membuat sudut 90° dgn garis yg lain; ~ tengah Id garis pusat;
bergaris mempunyai garis: kad ~;
bergaris-garis banyak garisnya;
menggaris membuat garis;
menggariskan 1. membuat garis pd (sesuatu), menandakan (sesuatu) dgn garis: ~ perkataan-perkataan yg dieja salah; 2. menyatakan aspek-aspek atau ciri-ciri utama sesuatu (biasanya secara am atau tidak terperinci): Rancangan Malaysia Kelima ~ beberapa dasar, strategi, dan program utama;
penggaris = kayu ~ kayu berskala utk membuat garis atau mengukur panjang garis dll; ~ penamat garis yg menandakan tempat berakhirnya perlumbaan
|