Ditemukan : 1622 Record
gapa II
Jw cekatan, tangkas, tidak berasa kaku; kegapaan ketangkasan, kecekatan; gapah II
gapah I
gopoh-~ terburu-buru, tergesa-gesa; → gopoh
gapah II → gapa II
gapai; bergapaian
berhulur-hulur tangan (utk mencapai atau memegang sesuatu);
menggapai menghulurkan tangan hendak mencapai atau memegang sesuatu: tidak ada jalan lain bagiku melainkan ~ tempat bergantung pd benda-benda yg terapung;
menggapai-gapaikan menghulurkan tangan mencari-cari tempat pegangan: ia ~ tangannya tetapi perahu itu sudah terlampau jauh dr tempatnya;
tergapai-gapai terhulur-hulur tangan (hendak mencapai sesuatu): Bidin ~ dlm laut yg sedang berkecamuk itu.
gAPENA
akronim bagi Gabungan Persatuan Penulis Nasional
gapil
suka campur (dlm hal orang lain), suka mengganggu; ~ tangan suka campur tangan, suka mengusik; ~ mulut = mulut ~ cerewet atau suka menyampuk dll;
menggapil 1. mengambil (memegang) dgn tidak sengaja; 2. mencampuri (hal orang)
gapis
sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, Saraca declinata, S. indica; dan S. thaipingensis; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), akar tuba, tuba benar, tuba jenu, tuba putih, tuba rimba, tuba tudung, Derris elliptica; ~ tanjung sj tumbuhan (pokok renek), Croton griffithii
gapit
Jw penyepit (utk menguatkan anyaman), sepit;
menggapit mengapit dgn sepit, menyepit
gaplek
(gaplék) Jw ubi kayu yg sudah dijemur sampai kering; tepung ~ tepung ubi kayu
gapura
pintu gerbang (istana, kuil, dll);
~ ilu ki institusi, pertubuhan, dll yg berjuang membina dan mengembangkan ilmu: ilmu sastera berkembang bukan sahaja dr ~ ilmu malah melalui gagasan persendirian.
gar
bunyi guruh (meriam dll); ~, ~ kata gelegar, rasuk juga menahannya prb dlm sesuatu perkara jangan terlalu percaya pd kata orang (kerana akibatnya nanti ditanggung sendiri); → degar
gara I → gahara
gara II; gara-gara
1. bencana, huru-hara, kegemparan, kehebohan: drpd ~ serangan udara maka orang ramai di bandar Brunei mesti membuat lubang perlindungan; 2. akibat drpd: ~ judi ini ia jadi melarat.
1. bencana, huru-hara, kegemparan, kehebohan: drpd ~ serangan udara maka orang ramai di bandar Brunei mesti membuat lubang perlindungan; 2. akibat drpd: ~ judi ini ia jadi melarat.
gara III Mn → garah
garah I Mn; garah-garah
senda gurau, lawak jenaka;
bergarah, bergarah-garah bermain-main, berjenaka, bergurau senda;
mempergarahkan memperolok-olokkan
garah II Mn; menggarah
menakutkan (burung di sawah), menghalau, mengusir: kulitnya merah ditimpa panas ketika ia ~ unggas di sawah.
garaj
bangunan atau bahagian bangunan tempat menyimpan kenderaan
garam I
1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yg diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah dan mempunyai banyak kegunaan (termasuk sbg perasa dan pengawet makanan), natrium klorida; 2. sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid atas logam; 3. sj pupuk;
~ abu alkali; ~ dapur garam utk masakan; ~ darat = ~ galian garam dr dlm tanah; ~ jantan buku garam; ~ laut garam dr air laut; ~ siam garam yg halus spt gula pasir; merendang ~ bunyi mendedas; banyak makan ~ = tahu diasin ~ = banyak menelan ~ hidup mempunyai banyak pengalaman hidup;
~ dikulumnya tak hancur prb seorang yg pintar menyimpan rahsia; ~ jatuh di air prb cepat meresap atau segera dimengerti (bkn nasihat, pelajaran, dll); ~ tumpah apakah tempatnya prb kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan; dicecah orang bagai ~ prb Mn hal perempuan yg tidak lama bersuami, lalu bercerai; membuang ~ ke laut prb membuat pekerjaan yg tidak mendatangkan faedah; sbg ~ dgn asam prb sudah padan benar (spt suami isteri); sayang ~ sececah, busuk kerbau seekor prb kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak; sudah seasam se~nya prb tiada bercela;
bergaram 1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang, berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3. menjadi spt garam;
menggaram 1. menjadi masin; 2. menjadi spt garam; 3. menghasilkan garam (membuat, menggali); 4. Mn menjilat-jilat (binatang ternak);
menggarami 1. memberi bergaram, mengasinkan; 2. ki merempahi, menambah-nambahi: langkah-langkah perlu diadakan utk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri;
menggaramkan membuat jadi garam (air laut dll);
pegaraman tempat membuat garam;
penggaraman perihal atau proses membuat (membubuh) garam
garam II; garam-garam
akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Roucheria griffithiana
garan I
Jw tangkai, hulu (pisau dll)
|