Rabu, 1 Juli 2026   |   Khamis, 15 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 716
Hari ini : 16.899
Kemarin : 30.727
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 14 15 16 17 18 >  Last ›
garis II
Mn; pitis ~ wang keping (Inggeris)
garis kasar

1. garis yg dilukis secara kasar; 2. rangka, catatan ringkas, maklumat-maklumat utama (yg dikemukakan tidak secara terperinci); 

menggariskasarkan menerangkan sesuatu dgn tidak terperinci: perniagaan kecil boleh digariskasarkan

garisah
Ar naluri
garison
1. pasukan tentera yg berpangkalan di sesuatu tempat (bandar, kota, dsb); 2. tempat (bandar, kota, dsb) yg menjadi pangkalan sesuatu pasukan tentera
garit I

kesan drpd membuat garis dgn benda tajam, gores;  

menggarit membuat garit, menggores;  

penggarit alat yg tajam utk membuat garit pd permukaan logam dll. 

garit II

Mn gerak;  

menggarit bergerak;  

menggaritkan menggerakkan

garong

Jk 1. pencuri, perompak; 2. kucing ~ kucing hutan;  

menggarong menyamun, merompak: rumah itu digarong oleh tiga orang pencuri;  

penggarongan perompakan

garpu
alat utk menyuapkan makanan ke dlm mulut, memegang makanan, dsb yg tangkainya spt tangkai sudu tetapi hujungnya bercabang-cabang
garu I

sj alat (sisir) utk menggaruk tanah dll; ~ bajang parut macam bekas digaruk pd paha perempuan sesudah melahirkan anak;  

bergaru bergaruk, menggaruk-garuk: murid itu ~ kerana diserang agas;  

menggaru menggaruk (tanah dll), mencakar-cakar dgn kuku: ~ kepala;  

tergaru-garu tergaruk-garuk;  

penggaru penggaruk (tanah dll.)

garu II → gaharu
garuk I

alat utk mengeruk-ngeruk (mencakar-cakar), perkakas menyiang padi (bergigi spt sisir), garu; spt ~ dgn sisir prb hal dua orang bersaudara yg berlainan sifat;  

bergaruk, bergaruk-garuk mengeruk-ngeruk atau mencakar-cakar badan (kerana gatal);  

meggaruk 1. mencakar-cakar (dgn kuku dll), menyisir (tanah): tuan itu berhenti ~ kepalanya; 2. ki mengumpulkan harta (dgn jalan yg tidak patut dsb): tanah jajahan diperlukan utk ~ kekayaannya; menggaruk-garuk kepala ki dlm kesusahan dll;  

hendak ~ tidak berkuku prb ingin melakukan sesuatu tetapi tidak mempunyai alatnya; tidak ada orang ~ keluar badan prb orang biasanya berpihak (pd kaum dll) kalau timbul pergaduhan; kini gatal besok digaruk prb pertolongan yg datang terlambat;  

menggarukkan mengeruk dgn, mengeruk utk; 

tergaruk-garuk tergaru-garu: ~ adik Ayu kerana gatal digigit nyamuk;  

garukan hasil drpd menggaruk, bekas-bekas digaruk;  

penggaruk alat utk mengeruk, garu

garuk II
Garau, parau: suaranya ~ sungguh.  
garuk III

akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Willughbeia coriacea

garung I
loceng buluh yg digantung pd kerbau (lembu atau kambing) supaya tuannya tahu tempat binatang itu berada; tarian ~ sejenis tarian di negeri Kelantan yg ditarikan berpasang-pasang dan diiringi oleh alat-alat muzik spt tetawak, serunai, seruling, canang, gendang, dll. 
garung II Mn; menggarung
meraung, menggeru
garut I; bergarut

bergesek, bergosok;  

menggarut 1. menggaru (sampai lecet), menggaruk, menggores (keras-keras); 2. mencakar-cakar tanah (dgn kuku dll), menggaruk: binatang tersebut hanya ~ rumput di tepi-tepi jalan.  

garut II
ubi ~ sj umbi yg boleh dimakan
gas

1. bahan spt udara, bukan cecair dan bukan pepejal; 2. gas yg dikeluarkan drpd batu arang dan mudah terbakar; kilang ~ kilang yg mengeluarkan gas drpd arang; 3. wap minyak benzin (petrol); lampu ~ lampu yg memakai gas utk nyalanya;

~ adi = ~ lengai = ~ nadir (Kim) kumpulan gas (helium, neon, argon, kripton, xenon, dan radon) yg tidak reaktif dan sangat stabil dr segi kimia; ~ air mata = ~ pemedih mata gas yg menyebabkan mata pedih dan berair, biasanya digunakan utk mengawal rusuhan; ~ asli gas yg diperoleh dr kerak bumi; ~ ketawa sj gas (nitrus oksida) yg digunakan sbg ubat pelali; ~ petroleum cecair (Kim) gas butana atau propana yg dicecairkan secara tekanan dan disimpan di dlm tabung gas; ~ sahih = ~ tak sempurna (Kim) gas yg mempunyai saiz tertentu dan terdapat daya tarikan di antara molekul-molekulnya, iaitu gas yg tidak menunjukkan sifat gas unggul; ~ sempurna = ~ unggul (Kim) gas hipotesis yg molekul-molekulnya dianggap terlalu kecil, bergerak secara rawak, dan tidak mempengaruhi satu sama lain.  

gasak

bp ikut suka (hati), biar (utk melakukan sesuatu), lantak; 

menggasak 1. melantak, memukul keras-keras: ia digasak oleh lawannya hingga pengsan; 2. menghentam, mengerjakan dgn keras-keras, makan (lari dll) dgn cepat-cepat: biarlah ia ~ sendiri rojak itu; 3. merebut dgn kekerasan: dia yg ~ duit saya dr dlm saku; 4. bk bersetubuh dgn (perempuan);  

menggasakkan melantakkan, memasukkan (dgn keras): ~ baji.  

gasal
ganjil (tidak genap), angka yg tidak boleh dibahagi dua (3, 5, 7, dsb); empat ~, lima genap, dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela prb tutur kata orang yg bijaksana selalu tersembunyi maksudnya
‹ First  < 14 15 16 17 18 >  Last ›