Rabu, 1 Juli 2026   |   Khamis, 15 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 204
Hari ini : 16.859
Kemarin : 30.727
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 15 16 17 18 19 >  Last ›
gasan
Kl bermain kasar, berkelakuan tidak sopan
gasang I
1. sangat suka bersetubuh, sangat bernafsu; 2. Kl kasar (kelakuan), bengis; 3. Pr memakai barang dgn tidak cermat
gasang II
Mn tergesa-gesa; gesa
gasar
ganas dan kasar; orang ~ orang yg ganas dan kasar (tidak bertamadun, tidak beradab)
gaser (gasér)

Kl kasar (perbuatan dll)

gasi; gasi-gasi
† gergasi
gasing I

alat permainan drpd kayu dan berpaksi yg dapat dipusingkan dgn tali;  

      bergasing bermain gasing

gasing II
~ bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), Cyclea laxiflora; akar ~ putih = gasing-gasing, = gegasing sj tumbuhan (pokok memanjat), kelempenang, mempenang, Pericamphylus glaucus (incanus)
gasir → gangsir
gasket (gaskét)
(Kej) kepingan leper drpd bahan lembut yg diletakkan di antara dua permukaan logam (supaya ketat dan tidak ditembusi cecair atau gas)
gasolin
minyak petrol
gasor

Kl urut, picit, ramas;  

menggasor, menggasorkan memicit

gastrik bp → gastritis
gastrin (Bio)
hormon yg dirembes oleh lapik perut yg merangsang rembesan jus gaster
gastritis
radang perut, dugal
gat → gad
gatal

1. (be)rasa tidak enak pd kulit hingga menimbulkan keinginan utk menggaru (disebabkan oleh gigitan semut, nyamuk, dsb atau kudis, luka, dsb): jariku ~ benar, barangkali akan mendapat wang; 2. menyebabkan rasa gatal (kerana terkena ulat bulu dll); daun ~ jelatang; sakit ~ menderita penyakit kudis; semut ~ semut yg menimbulkan rasa gatal; 3. suka bergaul secara bebas dgn bernafsu (lelaki, perempuan), galak; 4. = gatal-gatal tidak dapat menahan keinginan utk membuat sesuatu, suka sekali hendak membuat sesuatu: kakiku sudah ~ hendak berjoget; ~ mulut suka menceritakan keburukan orang; ~ tangan sangat ingin hendak mengerjakan yg tidak-tidak;  

diturutkan, ~ tiba ke tulang prb sesiapa yg menurutkan nafsu akhirnya akan menyesal juga; kini ~ besok digaruk prb pertolongan yg terlambat; lain ~ lain digaruk prb lain yg disoal, lain yg dijawab; siapa ~ dialah menggaru prb siapa yg berkehendak, berusahalah sendiri; 

menggatal berkelakuan suka usik-mengusik antara lelaki dgn perempuan dgn tujuan utk menggoda, memikat, dsb: dah tua begini pun masih nak ~ lagi; lelaki ini makin tua makin ~;  

menggatalkan menjadikan gatal: getahnya kalau kena akan ~ badan;  

kegatalan perihal gatal, rasa gatal

gatalbirah
sj burung, burung kekek, Anthracoceros malayanus
gatih

Kl berputar-putar, berpusing-pusing; 

menggatih mengayuh (beca atau basikal); 

penggatih 1. alat utk mengayuh (basikal, beca); 2. orang yg mengayuh (beca, basikal)

gatik
Kl bersama, berserta
‹ First  < 15 16 17 18 19 >  Last ›