Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.367
Hari ini : 19.675
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 610 Record
 < 1 2 3 4 5 >  Last ›
hagur
Tr baling, lempar, lontar: rumah itu kena ~ dgn batu.
hah
1. sr kata utk menegaskan cakap (spt menguatkan suruhan, tegahan, penafian, dll): ~, apa halnya; awak tu kenapa, ~; itu ~, dlm tin tu; ~, apa lagi, makanlah; ~, bukan itu maksudku; 2. sr kata utk menyergah: ~, apa kau buat di sini!
haha
bunyi ketawa: Rahman terus ketawa dan ~nya makin kerap dan kuat.
hahnium
sj unsur logam yg radioaktif 
hahu; hahu-hahu
sj tumbuhan (pokok), durian badak (tuang), panggai, Coelostegia griffithii.  
hai
1. sr kata utk menarik perhatian: ~ Ros, jogetlah; ~ sekalian mukmin, taatlah kamu kpd Allah: 2. sr kata utk melahirkan keluhan (rintihan, rayuan): ~, malangnya nasib diri: kalau komunis bertambah-tambah ganas di kampung ini, ~, sakitlah kita: 3. sr kata utk menyatakan hairan (kurang percaya, sangsi, dll): ~, dia pun serta juga?; ~, baru sekejap tadi aku beri sudah habis? 
haid
1. = darah ~ darah kotor yg turun setiap bulan (biasanya berselang 28 hari) drpd rahim perempuan yg sudah baligh; 2. turun darah haid, datang bulan, mendapat kain kotor: mati ~ Id = putus ~ sudah tidak datang bulan lagi (bkn perempuan yg dlm lingkungan umur 50 tahun ke atas)
haiku
sj puisi Jepun yg ditulis dlm tiga baris dgn tujuh belas suku kata, selalunya membicarakan kisah alam semula jadi
hairan

1. berasa pelik atau ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu, takjub, kagum: ~ saya melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul dgn berbagai-bagai bentuk dan corak; 2. aneh, ajaib, pelik, ganjil: ~ sungguh, mesin itu dapat memberi jawapan kpd masalah itu dgn begitu pantas; ~ bin ajaib aneh sekali, sungguh aneh; 

      menghairankan menimbulkan rasa hairan (pelik, aneh, ganjil): kepintaran perompak itu melepaskan diri di tengah-tengah orang ramai sangatlah ~; keganjilan kelakuan laki-laki itu sungguh-sungguh ~;  

     menghairani berasa hairan terhadap, mengagumi: sekali lagi ia ~ segala apa yg hendak diajar oleh ayahanda saudaranya itu seolah-olah telah diketahuinya terlebih dahulu;  

    terhairan-hairan berasa sungguh hairan, tercengang-cengang (kerana hairan): berdirilah dia di situ ~;  

      kehairanan 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia tercengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihiraukan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila. 

haiwan

binatang: doktor ~ doktor yg kepakarannya mengubati binatang, doktor veterinar; ilmu ~ pengetahuan bkn penyakit binatang dsb dan cara mengubatinya, sains veterinar; ~ khunsa haiwan yg mempunyai alat kelamin jantan dan betina;

kehaiwanan 1. sifat (kelakuan) spt haiwan, kebinatangan: sifat kasar dan suka berbunuhan itu adalah sifat ~ yg merosakkan perikemanusiaan; 2. sesuatu urusan dll yg mengenai binatang: soal-soal ~ dlm negeri ini diurus oleh Jabatan Haiwan. 

haiwanat
Ar † berbagai-bagai jenis binatang, alam binatang
haiwani
Ar † kehaiwanan, mengenai binatang
haiwaniat
Ar † sifat (resmi) binatang
haj

Ar kunjungan ke Mekah (utk menunaikan fardu haji); pergi ~ naik haji.

hajab

Kd azab, seksa, susah

hajah
Ar orang perempuan yg telah menunaikan fardu haji, haji perempuan
hajam → hajim
hajarulaswad
Ar batu hitam di Kaabah yg menjadi tanda permulaan dan penghabisan pusingan tawaf
hajat

1. keinginan, kehendak, maksud, niat, tujuan: hampalah hatinya kerana ~ tak sampai; ~ Badri hendak memperisterinya ditolaknya dgn baik; 2. keperluan, sesuatu yg diperlukan: ada ~ Jk mengadakan kenduri utk mendoakan supaya selamat; doa (sembahyang, solat) ~ doa (sembahyang) khusus kerana memohon supaya Tuhan memakbulkan sesuatu permintaan; qada ~ buang air besar; menyempurnakan (membayar, menunaikan) ~ menyampaikan niat (biasanya mengadakan kenduri); ~ seni = ~ kecill buang air kecil; 

berhajat 1. bermaksud, berniat (akan), mempunyai keinginan: saya ~ hendak menemui tuan; sudah lama dia ~ hendak datang; 2. = berhajatkan memerlukan: manusia selama-lamanya ~ kpd pertolongan Allah; mungkin ia ~ pertolongan kita;

menghajati mengharapkan, mengingini: dia berharap apa yg dihajatinya akan berhasil;

menghajatkan menghendaki, memerlukan: anak itu sudah dewasa tidak ~ perlindungan orang tuanya lagi. 

haji

1. = fardu ~ rukun Islam yg kelima yg memerlukan seseorang Islam (yg cukup syaratnya) pergi ke Mekah dan melakukan beberapa ibadat yg berkaitan dgn fardu itu; mengerjakan ~ menunaikan fardu haji; 2. sebutan orang yg telah menunaikan fardu haji; jemaah ~ rombongan orang yg pergi ke Mekah menunaikan fardu haji; kapal ~ kapal yg membawa jemaah haji ke Mekah; Syeikh ~ orang yg mengurus hal-hal dan keperluan-keperluan jemaah haji (sewaktu mereka sedang menunaikan fardu haji); 3. panggilan bagi orang yg telah pergi ke Mekah dan menunaikan fardu haji: ~ Khairuddin;

bulan ~ bulan Zulhijah; fardu ~ kewajipan menunaikan haji; hari raya ~ hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah, hari raya Aidiladha; naik ~ pergi ke Mekah kerana menunaikan fardu haji; rukun ~ segala perbuatan yg mesti dilakukan supaya sah haji; tabung ~ a) kumpulan wang yg disimpan oleh bakal haji; b) bp = Lembaga Urusan Tabung ~ perbadanan yg mengurus simpanan wang bakal-bakal Haji dan pemergian mereka ke Tanah Suci (Mekah);

~ akbar (besar) ibadat haji yg wukufnya jatuh pd hari Jumaat; ~ badal orang yg menunaikan fardu haji utk orang lain yg sakit dll; ~ ifrad (kecil) haji sunat; ~ mabrur orang yg dianggap sah atau diterima Allah ibadat hajinya kerana telah dilaksanakannya dengan sempurna dan kerana sifat dan kelakuannya selepas menunaikan fardu haji itu baik dan sempurna (spt menjauhkan diri drpd melakukan dosa dsb); ~ mardud orang yg dianggap tidak sah atau tidak diterima Allah ibadat hajinya kerana sifat dan kelakuannya lebih buruk drpd sebelum menunaikan fardu haji (spt banyak berbuat dosa dsb); ~ sunat bp a) budak yg pergi ke Mekah mengikut orang naik haji ketika belum baligh; b) pergi naik haji sebelum baligh; ~ widak haji yg terakhir dikerjakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebelum wafat;

menghajikan menunaikan haji bagi pihak orang lain

 < 1 2 3 4 5 >  Last ›