Ditemukan : 610 Record
hadam
Ar hancur menjadi bahan yg mudah diserap dan diasimilasi oleh badan, cerna: makanan berlemak susah ~ dlm perut; penyakit tidak ~ penyakit dlm perut yg disebabkan oleh makanan tidak tercerna;
menghadamkan menghancurkan makanan menjadi bahan yg mudah diserap dan diasimilasi oleh badan, mencerna: apabila masuk sahaja makanan ke dlm saluran makanan ia dihadamkan menjadi benda-benda yg lebih ringkas binaan kimianya;
terhadam sudah dihadam, tercerna;
penghadaman proses menghadamkan, pencernaan: sistem ~;
penghadam sesuatu yg menghadamkan makanan, pencerna (makanan); air ~ makanan¸ bahan kimia dlm tubuh (yg menghadamkan makanan)
hadanah
Ar hak memelihara (menjaga, mendidik) dan mengatur segala urusan anak yg belum mumaiyiz selepas berlakunya perceraian suami isteri
hadap
1. bahagian sebelah muka, muka, depan: wang tembaga zaman dahulu sama sahaja ~ belakangnya; seratus penjajap di kanan, seratus penjajap di kiri, seratus penjajap di ~, seratus penjajap di belakang; 2. arah atau hala tujuan: hidupnya sekarang satu ~ sahaja hidupnya menuju satu tujuan (jurusan) sahaja; tak tentu ~ a) tak tentu arah tujuan; b) tidak berbuat sesuatu apa pun; semua pendapat mereka satu ~ sahaja satu sahaja arah maksudnya;
berhadapan 1. = ~ dgn bertentangan (dgn), bersemuka (bertemu muka) dgn: maka ~lah kedua-dua pihak rakyat itu lalu berperang; dia duduk ~ dgn saya; ~ manis mulutnya bila bertemu muka, manis mulutnya; 2. = berhadap-hadapan bertentangan hadap satu sama lain, berdekatan dan bertentangan: mereka duduk dua baris ~; memuji atau mengeji biarlah dibuat ~;
menghadap 1. (bahagian muka atau depannya) menghala ke: orang Islam sembahyang ~ kiblat; rumah peranginan itu ~ ke laut; ~ surut melihat ke belakang; 2. datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dgn raja (orang besar-besar): ~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; pd ketika itu baginda sedang dihadap orang banyak; 3. datang ke (mahkamah, pejabat, dll): ia diperintahkan ~ ke mahkamah utk memberi keterangan; 4. ditujukan kpd (perbahasan dlm surat kiriman drpd yg muda terhadap yg tua), dialamatkan kpd: ~ ke hadapan ayahanda;
menghadapi 1. berada bertentangan (berhadapan) dgn, duduk dll dgn muka ke hala sesuatu: di dlm kedai itu duduklah mereka ~ sebuah meja; mereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yg ditimpa pohon kelapa itu; 2. berjumpa (berhadapan) dgn, bersemuka (dgn): nampak benar takutnya waktu ~ orang banyak itu; 3. menemui atau menempuh (bencana, bahaya, kesukaran, dll), ditimpa (diancam) oleh, menanggung; ~ persoalan yg rumit; ~ kesulitan; ~ tuduhan membunuh; ~ maut; 4. melawan, bertanding dgn, menentang: ~ musuh; ~ pasukan lawan;
menghadapkan 1. menghalakan, mengarahkan (sesuatu ke): maka meriam pun dihadapkan orang arah ke laut; 2. menujukan (pertanyaan, tuduhan, dll): hampir semua yg hadir ~ pertanyaan kpd ahli forum yg kedua sahaja; tuduhan yg dihadapkan kepadanya sangat berat; 3. membawa ke muka (pengadilan, orang yg bertanggungjawab, dll), membawa utk dipertemukan dgn: ia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh; 4. memperlawankan, mempertandingkan, mempertentangkan: dlm pusingan pertama, pasukan Malaysia akan dihadapkan dgn pasukan bola sepak dr Negeri Thai;
memperhadapkan 1. menjadikan berhadap-hadapan, mempertemukan, menyemukakan; 2. mengemukakan (membentangkan, memajukan) perkara dll: ~ beberapa cadangan kpd ahli-ahli jawatankuasa utk dibahaskan;
terhadap 1. berkenaan, mengenai, tentang: pandangannya ~ gadis itu tidak berubah, bagaimana dahulu begitulah sekarang; 2. kepada, akan: cintanya ~ gadis pilihannya sendiri tetap bersemarak dlm dadanya; ia mempunyai rasa perikemanusiaan drpd seorang manusia ~ manusia juga; 3. dihadapkan (ditujukan, dihalakan), tertumpu: hatinya sudah ~ ke Lampung, angan-angannya sudah ke galas;
hadapan 1. bahagian sebelah muka, depan (lwn belakang): dia berdiri di ~ saya; pintu ~ rumah itu sentiasa terbuka; ke ~ a) ke depan, ke muka; b) (pd permulaan surat bererti) kepada: ke ~ sahabatku yg diingati; 2. yg akan datang; masa (zaman) ~ masa (zaman) yg akan datang;
hadap-hadapan; nasi ~ sajian nasi pulut yg dihidangkan di muka pelamin waktu pengantin sedang bersanding;
penghadapan tempat menghadap (raja): Betara Majapahit pun duduk di ~ dihadap orang banyak; balai ~ ruang tempat menghadap raja di dlm istana atau di tempat raja bersemayam
hadap muka; berhadapan muka
bertemu muka;
menghadapmukakan membuat supaya berhadap-hadapan (bersemuka), mempertemukan: bila sudah dihadapmukakan barulah mereka kenal antara satu sama lain.
hadarah
Ar tamadun: suatu ~ lahir sbg jawapan kpd cabaran itu.
hadas (bkn orang Islam)
keadaan tidak suci diri yg menyebabkan tidak boleh bersembahyang (tawaf dll); ~ kecilhadas yg disebabkan oleh sesuatu yg membatalkan air sembahyang (memerlukan bersuci dgn mengambil air sembahyang); ~ besar hadas yg disebabkan oleh sesuatu yg mewajibkan mandi dll;
berhadas berada dlm hadas
hadi; menghadi
Kd, Pn memukul, menyebat: ~ kerbau
hadiah
1. pemberian (kerana penghargaan, utk kenang-kenangan, sbg penghormatan, dll): terimalah ~ kami yg tidak sepertinya ini; dia menerima berbagai-bagai ~ pd hari jadinya; 2. ganjaran (kerana menang dlm perlumbaan, pertandingan, dll): bagi pemenang yg pertama disediakan ~ sebuah piala perak;
1. pemberian (kerana penghargaan, utk kenang-kenangan, sbg penghormatan, dll): terimalah ~ kami yg tidak sepertinya ini; dia menerima berbagai-bagai ~ pd hari jadinya; 2. ganjaran (kerana menang dlm perlumbaan, pertandingan, dll): bagi pemenang yg pertama disediakan ~ sebuah piala perak;
~ ikhlas a) hadiah yg diberikan dgn ikhlas (tanpa mempunyai tujuan tertentu di sebaliknya; b) buku (tiket dsb) yg diberikan percuma kpd orang-orang tertentu; ~ kerja hadiah kpd kakitangan sesuatu syarikat (persekutuan) perniagaan dll; ~ lebaran Id wang pemberian kpd kakitangan pejabat atau syarikat pd hari raya puasa; ~ nobel hadiah tahunan kerana hasil kajian atau sumbangan yg teristimewa dlm berbagai-bagai lapangan (spt ilmu fizik, perubatan, kesusasteraan, keamanan, dll); ~ penghargaan hadiah yg diterima oleh seseorang yg tidak berjaya memenangi hadiah utama: 10 buah cerpen tersebut telah memenangi ~ penghargaan; ~ penghibur Id = ~ sagu hatii hadiah (ganjaran) kpd petanding yg tidak berjaya sepenuhnya; ~ siswa biasiswa; ~ utama hadiah berupa piala, wang, dll yg menjadi rebutan utk seseorang yg menjuarai sesuatu pertandingan : tiga buah cerpen telah memenangi ~ utama dlm Sayembara Cerpen Remaja kali Ke-8;
berhadiah 1. ada disediakan hadiah: pertandingan ini diadakan dgn ~; 2. memberikan (menyumbangkan) hadiah: sesiapa yg suka ~ bolehlah berhubung dgn jawatankuasa;
menghadiahi memberikan hadiah kpd: ~ setiap pekerja yg bersara sebuah cenderamata; Yang Dipertuan ~ Yuzuki sehelai jubah berwarna merah tua;
menghadiahkan memberikan sesuatu sbg hadiah, menganugerahkan: mereka ~ sebuah jam tangan kepadanya dlm majlis perpisahan itu; dlm tahun 1903, Hadiah Nobel telah dihadiahkan kpd pasangan suami isteri Pierre Curie dan Marie Curie.
hadir
ada, ada datang (di sekolah, mesyuarat, dll): wakil kami tidak ~ dlm persidangan itu: daftar ~ daftar yg mengandungi nama orang yg hadir (datang);
berhadir sl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata;
menghadiri hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen;
menghadirkan 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menunjukkan diri; 2. sl menghimpunkan, mengadakan, menyediakan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ kelengkapan perang; tuanku, baiklah persilakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan;
kehadiran perihal hadir (di sesuatu perjumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm perjumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir
hadirat
1. kehadiran, tempat menghadap (raja, Nabi, Tuhan); 2. sl (kata yg bererti) Yang Mulia: maka berbahaslah mereka itu dgn kami beberapa hari di hadapan ~ sultan; ke ~ ke hadapan (raja, Tuhan): ke ~ sultan.
hadirin
= para ~ Ar sekalian yg hadir (dlm majlis jamuan dll): para ~ bertepuk tangan.
hadis
Ar sabda (perbuatan atau kelakuan) Nabi Muhammad s.a.w. yg diriwayatkan oleh sahabat-sahabatnya (utk menjelaskan atau menentukan sesuatu hukum Islam): ada sepotong ~ Nabi s.a.w. yg dapat memberi jawapan tepat kpd kemusykilan ini:
berhadis bercakap (berucap) dgn menggunakan hadis sbg dalil: dia ~ utk menguatkan hujahnya.
hadrah
Ar sj dikir yg menggunakan kompang atau rebana kecil
hadrat
Ar 1. hadapan (Allah, Nabi, raja): hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke ~ Allah Taala: datang ke ~ paduka anakanda Seri Sultan Alauddin Riayat Shah; 2. majlis (perjumpaan) yg berhubungan dgn agama
hafal
sudah masuk betul dlm ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan;
menghafal membaca atau mempelajari berulang-ulang supaya hafal: sehari-hari bertubi-tubi ~ nama-nama teknikal yg begitu rumit;
hafalan hasil menghafal: dia mengumpulkan semua ayat al-Quran satu-persatu drpd pelepah tamar kulit, tulang, dan ketul batu serta drpd ~ para sahabat.
hafaz
Ar sudah masuk betul dlm ingatan (khususnya tentang bacaan ayat suci al-Quran): waktu umurnya hanya sepuluh tahun ia sudah ~ kitab suci dan mengetahui banyak drpd syair-syair Arab;
~ Quran dapat membaca seluruh al-Quran dgn tidak melihat kitab;
menghafaz membaca atau mempelajari ayat suci berulang kali supaya ingat dlm ingatan;
terhafaz dapat dihafaz: ayat-ayat al-Quran yg ~ olehnya;
penghafazan perbuatan menghafaz;
penghafaz orang yg menghafaz
hafbek (hafbék)
pemain di belakang barisan hadapan (dlm permainan bola sepak, ragbi, dll).
hafiz
Ar orang yg hafaz; ~ Quran orang yg hafaz Quran
hafnium (Kim)
sj unsur logam yg keras, beracun, dan tahan kakis
hagas
Kl sombong, bongkak: jangan terlampau ~ nanti dibenci orang.
|