Ditemukan : 610 Record
hajib
Ar † penjaga pintu
hajim
Ar orang yg kerjanya menggunting rambut dan memantik darah; hajam
hak
1. (yg) benar, kebenaran: katakanlah yg ~ walau pahit sekalipun; ajaran-ajaran yg ~ ajaran-ajaran yg benar; al-~ Yang Maha Benar (Allah); ilmu ~ taala ilmu kebenaran (ilmu mengenai sifat Tuhan); 2. kuasa atas sesuatu atau utk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dll): tiap-tiap anak ada ~ atas harta pusaka peninggalan bapanya; ia mempunyai ~ mempertahankan dirinya drpd serangan dan cacian; 3. milik, kepunyaan: ~ orang jangan diambil; setelah ayahnya meninggal segala harta itu menjadi ~nya; 4. yang (mana satu): awak mahu ~ itukah atau ~ ini?; berilah saya ~ merah itu;
~ amendmen hak mencadangkan pemindaan undang-undang; ~ asasi hak yg dasar atau pokok (spt hak bebas mengeluarkan pendapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dll); ~ dipilih hak utk dipilih (dlm pilihan raya) utk menjadi wakil rakyat (ahli Parlimen); ~ istimewa hak yg diberi kpd kaum (golongan) tertentu sahaja; ~ kuasa hak utk menguasai (menentukan nasib dll); ~ kuasa ibu pertalian kekeluargaan dan pembahagian harta menurut nisab perempuan; ~ luar semangat hantu yg masuk ke dlm tubuh seseorang; ~ membatalkan hak utk membatalkan (memansuhkan) keputusan yg telah dicapai dgn suara terbanyak, kuasa pembatal, kuasa veto; ~ mengundi hak utk mengundi kerana memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ milik hak memiliki sesuatu; ~ mutlak hak yg penuh ke atas sesuatu (hak yg tidak terbatas, bersyarat, atau berkecuali); ~ pengarang hak cipta; ~ pilih Id hak utk memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ politik hak mencampuri hal-hal dan urusan-urusan politik (spt giat dlm parti politik, menjadi calon dlm pilihan raya, dll); ~ pusaka harta yg dipusakai turun-temurun; ~ veto hak membatalkan sesuatu keputusan, kuasa pembatal; kalau tiada ~ sendiri, anak mata terdiri-diri prb kalau kita tidak berwang tidaklah dapat memiliki atau menikmati sesuatu dan terpaksalah merasa hampa sahaja;
berhak mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu): seseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya; sifat Siddiq inilah yg menjamin bahawa hak dikembalikan kpd yg ~;
mengehakkan memberi hak kpd, menentukan hak atas
hak cipta
hak penguasaan yg dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian drpd hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll)
hak milik
kekuasaan utk memiliki sesuatu, pemilikan (kepunyaan) yg sah: ~ tanah mestilah dicatatkan di dlm buku pendaftaran ~; ~ mutlak hak milik yg penuh atas sesuatu;
mengehakmilikkan menjadikan (mengambil sbg) hak milik: kerajaan telah ~ tanah-tanah di kawasan itu.
hak negara; mengehaknegarakan
menjadikan milik negara;
pengehaknegaraan tindakan (perbuatan dsb) mengehaknegarakan
hakaik
Ar (jamak bagi hakikat) kebenaran
hakam
Ar † orang tengah, pendamai, wasit
hakap
Pk tamak, haloba
hakikat
Ar sesuatu yg tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenaran, kenyataan: kita tidak dapat menafikan ~ bahawa manusia semakin hari semakin saling bergantungan antara satu sama lain; pd ~nya sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya kemunduran itu adalah akibat kemiskinan; syariat palu-memalu, ~ balas-membalas prb Mn kebaikan hendaklah dibalas dgn kebaikan;
menghakikatkan menjadikan hakikat bahawa: seseorang yg telah menerima dan mengaku dgn kerelaan hati dan ~ Allah sbg Tuhannya
hakiki
Ar (yg) hak, (yg) benar, (yg) sebenarnya: hidup yg ~ ialah hidup yg mempunyai tujuan untuk mencapai segala kesempurnaan; pd ~nya pd hakikatnya (sesungguhnya), sebenarnya; tugas ~ tugas yg sebenarnya;
kehakikian keadaan (sifat dsb) hakiki, keadaan yg sebenarnya: kritikan yg mampu memberi jawapan kpd soal-soal ~ hidup yg ketika itu terumbang-ambing oleh kekusutan;
penghakikian perihal menghakikikan sesuatu
hakim I
1. pegawai yg dilantik utk mengadili sesuatu perbicaraan dlm mahkamah: ~ yg membicarakannya mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara; H~ Besar ketua hakim; menjadi ~ sendiri melakukan sekehendak hati terhadap orang yg dianggap bersalah; dihadapkan ke muka ~ dihadapkan ke mahkamah; 2. orang yg dilantik mengadili sesuatu pertandingan (permainan dsb), pengadil: tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah;
berhakim menjadi hakim: apabila berjanji mungkir, apabila ~ durjana; ~ kpd minta pengadilan kpd: marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa salah siapa benar; ~ kpd beruk (harta habis hajat tak sampai) prb minta pengadilan kpd orang yg tamak, sudah tentu dapat kerugian;
menghakimi, menghakimkan mengadili, mempertimbangkan (utk menentukan salah benar sesuatu atau seseorang): hakim mahkamah tinggi ~ perkara-perkara besar spt perkara pembunuhan, penculikan, rompakan besar, dll;
kehakiman segala hal yg berkaitan dgn urusan hukum (undang-undang) dan pengadilan: jabatan ~; soal-soal ~;
penghakiman perihal (perbuatan dsb) menghakimi: dapatkah kita menjamin keadilan sebenar sekiranya proses ~ masih menghadapi masalah kefahaman.
hakim II
Ar orang yg pandai-pandai, orang yg ahli (yg bijaksana).
hakir
Ar; al- ~ orang yg hina.
hakis; menghakis
mengikis (dan menghanyutkan) permukaan tanah atau batu dll (oleh air, angin, dll) sehingga haus: angin saja tidak boleh ~ batu, tetapi angin yg mengandungi pasir halus dapat mengikis bahagian batu yg lembut; selepas tanah pantai dihakiskan oleh air, maka jelas kelihatan akar-akar lintang yg menegakkan akar-akar ceracak keluar;
terhakis dihakis;
hakisan perihal menjadi haus kerana dihakis, tindakan menghakis
hal I
1. keadaan, kejadian, peristiwa: kita dapat mengetahui ~ keadaan di sekeliling kita dgn lima pancaindera kita; demikianlah ~nya (dgn) demikianlah keadaannya (dgn); lain ~ nya (dgn) lain keadaannya (dgn); 2. masalah, perkara, soal, urusan: ia tidak ada masa utk memikirkan ~ orang lain; pertanyaan itu biasanya mengenai ~ yg kurang difahami; seorang yg ahli dlm ~ bank; 3. asal mula, kerana, sebab: apa pula ~nya maka ia lambat datang; oleh ~ itu oleh sebab itu; 4. = tentang ~ tentang, mengenai, darihal, perihal: ~ makanan binatang akan kita bicarakan nanti; majlis ceramah ~ pembangunan masyarakat luar bandar; 5. sl daya, fikiran, ikhtiar, muslihat, dll: apalah ~ku hendak berjumpa dgn suamiku: jikalau ia datang, apa ~ kita? 6. halangan: risiko dan kos tenteranya dlm peperangan tidak menjadi ~; 7. perkara: dlm ~ ini, mungkin terdapat perselisihan berhubung dgn matlamat dasar luar negara;
~-ehwal berbagai-bagai hal (keadaan, perkara, dll); ada ~ ada sesuatu (yg terjadi, yg akan dibicarakan, dll); ambil ~ mempedulikan; membawa ~ (masing-masing) dgn urusan sendiri-sendiri; tidak jadi ~ tidak apa-apa (tidak keberatan dll); berhal ada sesuatu hal (halangan, kesulitan, urusan, dll): jika ada orang yg ~ dan minta pertolongan kepadanya maka diterimanya dgn senang hati; dia ~ sebab itu dia tidak dapat datang;
mengehalkan 1. mengisahkan, menceritakan (tentang): kesemua majalah itu ~ filem; 2. memperlakukan: hai Rawana, apa juga engkau pohonkan kpd Allah, maka engkau ~ dirimu demikian ini;
terhal terhenti kerana halangan (terhalang, tertahan, dll): perkara itu sudah lama ~.
hal II
Id bp besi nipis berlapis zink
hala I
arah, tuju: sungainya kecil mengalir ~ ke pantai; mereka mempunyai ~ perjalanan yg berlainan; tidak tentu ~ tidak berketentuan (tidak tentu arah, haru-biru);
berhala berarah;
menghala menuju, mengarah: terbang ~ ke utara;
menghalakan mengarahkan, menujukan: pendekatan ini ~ perhatian pengkaji kpd usaha mencari maklumat tertentu; maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam.
hala II
~-kebala Kl, bp biarkan(lah), lupakan (lah), maafkan(lah): ~lah, jangan diingat-ingatkan lagi perkara itu.
halai
~-balai a) kacau-bilau, kusut (tidak ketahuan); b) tidak terpelihara (terselenggara, terbela, dll), terlantar, terbiar;
menghalai-balaikan 1. mengacaukan, mengusutkan; 2. mengabaikan, melalaikan, mensia-siakan: hanya saya berharap supaya Balai Pustaka jangan dihalai-balaikan.
|