Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 5.143
Hari ini : 51.766
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 610 Record
‹ First  < 17 18 19 20 21 >  Last ›
herot (hérot)

tidak lurus atau tegak benar, benyot, mencong: ibuku ketawa riang hingga ~ bibir mulutnya; ~-benyot = ~-berot terlalu herot;

mengherotkan menjadikan herot, membenyotkan, memencongkan: garisan yg dilukisnya diherotkan sedikit; suaranya keras mengejut menyebabkan Timah ~ bibirnya;  

terherot-herot menjadi herot-berot, terbenyot-benyot, termencong-mencong: kaca itu membuat rupanya kelihatan ~; 

herotan sesuatu yg tidak tepat, kecacatan : ilmu pengetahuan mereka begitu bebas drpd ~ yg disebabkan oleh pengaruh sosial. 

hertz (Fiz)

unit bagi kekerapan sesuatu fenomena berkala yg mempunyai tempoh satu saat, kitar per saat

hesy (hésy)
sr kata utk menyatakan tidak setuju (tidak senang dll)
heterodoks (héterodoks)
yg (menyimpang) drpd kebiasaan atau yg rasmi
heterogen (héterogen)

terdiri drpd berbagai-bagai jenis, pelbagai: < yg Malaysia> 

keheterogenan perihal atau sifat heterogen;

kepelbagaian, keanekaragaman: sejarah yg heterogen dibayangkan dgn ~ teks. 

hg
kep hektogram (100 gram)
hia
sj tumbuhan (herba), Artemisia vulgaris
hiang dewa; → yang II
hias

almari ~ almari bercermin tempat menyimpan barang-barang perhiasan dll; tukang ~ orang yg kerjanya menghias, juruhias;  

berhias 1. = ~ diri berdandan diri dgn pakaian (barang kemas dsb) yg cantik, berkemas diri dgn barang yg indah-indah: Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya lagi sangat ~; janda ~ janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi); mandi ~ upacara mandi sebelum pengantin perempuan dinikahkan; 2. = berhiaskan diperindah (diperelok) dgn: tangga rumahnya ~ pasu-pasu bunga;  

menghias menjadikan sesuatu lebih cantik atau elok (dgn barang yg indah-indah, gambar, solekan, dll): orang perempuan spt Cik Mahaya ini, memang pintar ~ kamar; 

menghiasi menyebabkan kelihatan lebih cantik atau elok: nasi adap-adapan yg dihiasi emas pun diangkat oranglah ke hadapan baginda; lampu berwarna-warni ~ rumahnya; senyuman yg manis ~ wajahnya; 

menghiaskan mencantikkan (mengindahkan) dgn sesuatu: dia ~ sebutir kerosang pd bajunya;  

terhias telah dihiasi dgn sesuatu: pandangannya kadang-kadang beralih kpd jambangan bunga yg ~ indah di atas meja;

hiasan segala yg digunakan utk menghiasi sesuatu: sekeping gambar wanita telah dijadikan ~ kulit majalah itu; ~ dalaman seni menghias dan melengkapi perabot sesebuah rumah, pejabat, dll; 

perhiasan sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Raja Ahmad pun diarak oranglah bergajah dgn selengkap ~ pakaian segala raja-raja;  

penghias 1.tukang hias, juruhias; 2. yg menghiasi sesuatu: ukiran-ukiran tradisional ~ ruang tamunya. 

hiba

belas kasihan, terharu, sedih, pilu, sayu: semua orang ~ melihat budak-budak itu menangis memanggil ibunya;

berhiba = ~ hati dirundung perasaan hiba: sudah berminggu-minggu dia ~ hati;  

rhiba-hiba menimbulkan rasa belas kasihan, merawankan hati: ia menjawab dgn suara ~; 

menghibai menaruh belas kasihan terhadap, mengasihani;  

menghibakan 1. menimbulkan rasa belas kasihan, menyayukan (menyedihkan, mengharukan) hati: suaranya tenang seolah-olah sudah dapat dilupakannya soal yg ~ hatinya; 2. berasa hiba (terhadap sesuatu): tak perlu dihibakan lagi nasib budak itu, ia telah pun mendapat tempat yg baik;  

kehibaan; ~ hati perihal hiba, perasaan pilu (terharu): dia tidak dapat menghilangkan ~ hati apabila mengenangkan peristiwa kebakaran rumahnya;  

penghiba orang yg (mudah) selalu berhiba hati

hibah
Ar pemberian hak (harta) secara sukarela kpd orang lain dgn tujuan baik
hibbah Ar → hibah
hibernat; penghibernatan (Bio)
perbuatan merehatkan diri atau tidur yg dilakukan oleh sesetengah haiwan (sbg cara utk menghadapi musim sejuk)
hibrid
1. (Bio) anak (haiwan atau tumbuhan) yg dihasilkan drpd percantuman dua jenis benih yg berlainan, kacukan; 2. (Komp) sifat sistem yg terbentuk drpd gabungan beberapa teknologi yg berlainan
hibuk

Jk sibuk, banyak pekerjaan;  

hibukan perihal hibuk, kesibukan

hibur; menghibur

 menyenangkan atau menggirangkan hati: cerita sedih atau tragedi juga ~ dgn caranya sendiri;  

berhibur, berhibur-hibur berbuat sesuatu utk menghiburkan (menyenangkan) hati: kurangnya kemahuan utk mengikis sikap suka ~; 

menghiburkan menyenangkan, menggirangkan, melipurkan: yg boleh ~ hatinya ialah kekanda dan adindanya sahaja; muzik ~ hati, lebih-lebih lagi setelah penat memeras otak;  

terhibur menjadi senang (girang, gembira) hati, terlipur hatinya: setelah Sira Panji bertemu dgn saudaranya, maka ~lah sedikit hatinya;  

hiburan sesuatu (perbuatan, benda, dll) utk menghiburkan (menyenangkan, menenteramkan) hati: mudah-mudahan cerita ini dapat menjadi ~ kpd sekalian pembaca; taman ~ tempat menghiburkan hati;

penghiburan hal menghibur(kan); 

penghibur 1. sesuatu yg boleh menghiburkan hati, penglipur, pelipur; 2. orang (spt penyanyi, pelawak, dsb) yg kerjanya menghiburkan orang ramai, penglipur, pelipur

hICOM
akronim bagi Heavy Industries Corporation of Malaysia (Perbadanan Industri Berat Malaysia)
hidang; menghidangkan

1. = berhidang menyajikan atau menyediakan makanan (minuman dll): air kopi yg dihidangkan oleh isterinya sudah habis diminumnya; apabila kita berhidang utk tamu hari raya tentulah tidak ketinggalan kita menyediakan minuman; 2. ki mengutarakan atau mengemukakan sesuatu perkara (dlm mesyuarat dll): pengarang surat khabar ~ masalah pengangguran dlm tajuk rencananya; 3. ki memperdengarkan, mempertunjukkan dsb kpd orang ramai, mempersembahkan: penyanyi itu telah ~ lima buah lagu dlm pertunjukan itu;  

hidangan 1. makanan yg disediakan, sajian: maka didapatinya Mak Andeh masih bersiap menyajikan ~; ~ Melayu makanan masakan Melayu; 2. sesuatu (spt lagu, muzik, drama) yg diperdengarkan, diperlihatkan, dsb: masing-masing menyandar ke kerusi mendengar ~ lagu-lagu merdu drpd peti radio;  

sehidangan 1. satu hidangan: anak gadisnya muncul membawa ~ kopi dan kuih-muih; 2. sama hidangan (sewaktu makan): makan sehidang(an);  

penghidangan perihal menghidangkan, penyajian

hidap; menghidap, menghidapi

menanggung sesuatu penyakit dgn lama: ~ penyakit tibi;  

hidapan 1. perihal dihidapi sesuatu jenis penyakit;  2. penyakit yg lama dihidapi dan sukar sembuh: kusta satu penyakit ~ yg berjangkit;  

penghidap orang yg menghidap (menanggung) sesuatu penyakit: ~ penyakit malaria

hidayat, hidayah

Ar pimpinan (bimbingan) drpd Tuhan, petunjuk: akhirnya beliau mendapat ~ dan taufik lalu memeluk agama Islam;  

menghidayatkan memberikan hidayat kpd (bkn Tuhan): Allah telah ~nya sehingga dia menjadi seorang yg beramal dan salih. 

‹ First  < 17 18 19 20 21 >  Last ›