Ditemukan : 610 Record
hentar; penghentar
imam dlm gereja Kristian
henti
tidak ~-~nya tidak putus-putus, terus-menerus;
berhenti 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: a tuan hamba lelah ~ dahulu;
berhenti-henti tidak terus-menerus, terputus-putus;
memberhentikan 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti: ia ~ basikalnya; orang itu ~ percakapannya; 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan: ~ peperangan; lagu-lagu piring hitam diberhentikan; 3. memecat, melepaskan seseorang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan;
keberhentian perihal berhenti: ~nya itu mungkin atas sebab-sebab yg sama;
pemberhentian perihal atau perbuatan memberhentikan (diberhentikan), pemecatan: ~ abangku itu diketahui melalui akhbar;
menghentikan, memperhentikan memberhentikan;
terhenti tertahan, tidak berjalan lagi, terputus, tersangkut: ercakapannya ~ hingga itu sahaja;
penghentian hal atau perbuatan menghentikan: ~ beberapa percubaan utk mendirikan tanah jajahan;
perhentian tempat berhenti (bas, teksi, dll).
hentimun → mentimun I
henyak; menghenyak
memijak dgn kuat, menekan dgn keras: kertas itu diramasnya, dicampakkannya ke lantai dan dihenyaknya; duduk ~ duduk seakan-akan menjatuhkan diri ke tempat duduk;
menghenyakkan; ~ diri merebahkan, menjatuhkan diri pd: ~ diri di atas kerusi;
terhenyak terduduk seakan-akan jatuh ke tempat duduk dsb, terjelepuk, terperenyak: orang tua itu cuba bangun tetapi ~ lagi di lantai.
henyut
Pr herot
hepatitis (hépatitis) (Ubat)
penyakit radang hati yg disebabkan oleh jangkitan (biasanya ditandai demam dsb)
herba
sejenis tumbuhan kecil yg batangnya (lembut) tidak berkayu, daunnya dapat dibuat makanan, ubat, dan pewangi
herbarium
1. koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yg dikeringkan yg disimpan dan diklasifikasikan secara sistematik; 2. tempat mengawet dan menyimpan spesimen tumbuh-tumbuhan tersebut
herbivor (Bio)
binatang yg memakan tumbuh-tumbuhan sahaja, maun
herder (hérder)
IB; anjing ~ sj anjing besar
herdik
kata-kata yg keras dan kasar (utk memarahi dll), tengking;
mengherdik mengeluarkan kata-kata yg keras dan kasar, menengking, menghamun: anak itu menyembunyikan diri kerana takut diherdik ayahnya;
herdikan perbuatan mengherdik: ~ guru itu sangat menakutkan murid-muridnya.
herek (hérék); mengherek
meleraikan padi drpd romannya (dgn memijak-mijak tangkainya)
hereng (héréng);
menghereng (bkn badan) tidak menelentang, berbaring di atas sisi: sebentar dia ~ ke kanan dan sebentar ~ ke kiri;
mengherengkan membaringkan badan dlm kedudukan menghereng: dia ~ badan ke kiri utk menghilangkan lenguh-lenguh.
heret (hérét); mengheret
1. menarik (dgn paksa), menghela (dgn kuat), menyeret: Ali terus mengikut saya dr belakang sambil ~ basikalnya; 2. membawa seseorang ke sesuatu tempat: dia telah diheret ke balai polis kerana disyaki mencuri; 3. memikat hati orang (utk mendapatkan harta bendanya dll), memperdaya, menipu;
terheret terlibat bersama: perang yg menyebabkan negara kuasa besar ~ ke dalamnya;
heretan 1. sesuatu yg diheret; 2. Jk sampan (perahu) penambang;
pengheretan 1. perbuatan mengheret, penyeretan; 2. sj kenderaan (utk membawa barang) yg ditarik; 3. Jk penipu, pendusta
hering
sj burung (yg memakan bangkai); ~ paruh panjang, Gyps indicus; ~ tongkeng putih, Gyps bengalensis; ada bangkai, adalah ~ prb di mana ada perempuan jahat di situ terdapat lelaki jahat.
(héring) sj ikan laut, Clupea harengus
hernia (Ubat)
tonjolan lebihan tisu badan ke permukaan kulit melalui rongga atau liang, burut
hero (héro)
1. orang yg terkenal atau disegani kerana keberanian (kegagahan, peribadi yg mulia, dll); 2. watak lelaki utama dlm cerita drama, filem, dll: Inu Kertapati menjadi ~ dlm cerita-cerita Panji.
heroin I (héroin)
watak wanita utama (dlm cerita, filem, dll)
heroin II (héroin)
narkotik yg sangat mengetagihkan yg dihasilkan drpd morfina
heroisme (héroisme)
keberanian membela keadilan atau kebenaran: perang menjadi tempat berkumpulnya mitos dan ~.
|